bab 44

911 105 0
                                    

RANIA melangkah keluar daripada keretanya. Kaki mula melangkah masuk ke dalam butiknya. Masuk sahaja ke dalam butik, terus Safya datang menerpa ke arah Rania. Kotak yang berwarna merah diberikan kepada Rania. Rania pelik. Surprise box mungkin?

"Apa ni Safya?" soal Rania bersama kerutan di dahi. Kotak tersebut dibelek sehabisnya, namun tidak pula dibuka. Safya cuma diam.

"Kotak ni Cik Rihanna yang bagi. Dia datang butik tadi sebab dia nak ajak Puan Rania keluar makan dengan dia. Lepas itu, saya cakaplah yang Puan Rania dah keluar dah. Terus Cik Rihanna bagi kotak ni dekat saya lepas tu keluar." terang Safya.

  Tanpa membazirkan masa, Rania terus masuk ke dalam pejabatnya. Kotak tersebut diletakkan di atas meja, malas mahu menunggu lama Rania terus membuka kotak tersebut. Riak wajah Rania serta merta berubah apabila melihat isi kotak tersebut.

  Puluhan keping gambar dia dan Rihanna sepanjang mereka berkawan menjadi isi kotak itu. Tangan Rania mula membawa keluar satu persatu gambar, kemudian sekeping surat diambil dan dibuka. Sebaik sahaja membaca surat tersebut, terus Rania melangkah keluar daripada butiknya. Satu tempat dituju.

  Dalam hati Rania, Rania sudahpun menyumpah seranah dirinya sendiri. Dia marah akan dirinya sendiri, kalau dia tahu rupanya ini tujuan Rihanna menelefon tadi, sumpah! Rania tak akan tolak panggilan itu.

  Fikirnya tadi, Rihanna menelefon nya berkali kali kerana dia bosan ataupun sekadar mahu mengajak dia untuk berbual kosong. Tapi rupanya tidak, ada sebab mengapa Rihanna menelefon nya berkali kali.

.

.

SAMPAI sahaja di hadapan perkarangan pejabat Rihanna, terus Rania memarkirkan keretanya. Kaki mula melangkah masuk ke dalam lif. Buka sahaja pintu lif, Rania terus menuju ke meja personal assistant Rihanna memandangkan semenjak apabila Rihanna naik pangkat, dia juga diberikan personal assistant.

Tag nama di pandangan sekilas.

"Aza, boleh saya tak kalau sekarang ni saya nak jumpa dengan Rihanna?" soal Rania lalu memandang pintu pejabat Rihanna. Aza yang merupakan personal assistant Rihanna hanya diam.

"Sebelum itu, boleh saya tahu yang cik ni siapa?" soal Aza sambil tersenyum tipis.

"Saya kawan Rihan-" kata kata Rania serta merta mati apabila pintu terbuka dari dalam. Figura Rihanna menyapa pandangan mata Rania, Rania terus menuju ke arah Rihanna.

"Tak apa, jangan risau Aza. Lagipun Rania ni kawan saya. Nanti kalau ada siapa siapa nak jumpa saya awak suruh dia tunggu sekejap, tapi kalau benda tu penting suruh dia masuk." ujar Rihanna lalu melangkah masuk ke dalam pejabatnya, begitu juga dengan Rania yang turut membuntuti langkah Rihanna.

"Ada apa kau nak berjumpa dengan aku?" soal Rihanna lalu mengambil tempat di atas kerusi. Skrin komputer ribanya dibawa naik, wajah Rania langsung tidak dipandang.

"Aku minta maaf."

"Aku minta maaf, Rihanna sebab tak jawab call kau tadi. Aku terlalu sibuk sangat tadi sebab tu aku tak sempat nak jawab call kau." bohong Rania. Tanpa pengetahuan Rania, Rihanna tahu apa yang Rania bohongkan.

"Rania Ramanshah yang aku kenal dia tak suka berbohong. Sebab dia tahu, munafiknya seseorang itu apabila dia berbohong terhadap mereka yang percayakan dia. Dan kau juga pernah cakap dekat aku..."

"Munafiknya seseorang itu apabila dia mula berbohong, dan benda itu akan terus berulang selagi dia tidak bertaubat."

"Tapi sekarang kau yang jadi orang munafik. Kau tipu aku, Rania. Aku kawan kau tau waktu kau jatuh kau sedih, aku yang ada dengan kau. Tapi sekarang? Kau yang munafik, Rania." tutur Rihanna. Rania cuma diam sambil memandang ke arah Rihanna.

"Rihanna, kau cakaplah apa yang kau nak cakap dekat aku. Cakaplah kalau benda tu yang boleh puaskan hati kau. Boleh redakan kemarahan kau dekat aku. Tapi aku mohon satu ja dekat kau, Rihanna. Tolong jangan benci aku..." Rania berjeda seketika. Kaki mula melangkah mendekati Rihanna yang sedang memandangnya.

"... Semua orang buat salah, termasuklah aku. Tapi aku minta sangat kau tak perlu nak hukum aku macam kau itu tak pernah buat salah, Rihanna." nada Rania sudah mula berubah menjadi dingin.

  Lagipun bukannya dia tak mengaku yang semua ini adalah salah dia. Tapi kenapa Rihanna perlu marah dia teruk sangat seolah olah sebelum ini dia tidak pernah buat salah langsung? Sedangkan dia cuma tidak menjawab panggilan telefon Rihanna saja.

"Just apologized when you do something wrong. Stop find random quotes just to defend your stupidity." ujar Rihanna lalu bangun dari duduknya. Jarak di antara dia dan Rania didekatkan lagi.

"Aku tak kisah kalau kau nak berkawan dengan orang lain sebab kau berhak Rania. Tapi aku kecewa bila kau jumpa kawan baru dan kau lupakan aku. Yang itu aku marah. Kau dah berubah Rania. Kau dah berubah dan aku dah tak kenal siapa Rania Ramanshah yang dulu. Tapi satu saja yang aku nak cakap dekat kau..." Rihanna berjeda seketika.

"Jangan lupakan orang yang dah banyak tolong kau hanya untuk orang yang kau baru jumpa. Tak semestinya orang yang kau jumpa ni baik Rania."

.

.

KAKI mula melangkah menuju ke arah keretanya. Sambil berjalan Rania mengesat air matanya, fikiran tidak lepas daripada asyik memikirkan tentang apa yang terjadi di antara dia dan Rihanna sebentar tadi.

  Ya, Rania mengaku. Dia sangat bodoh kerana sanggup berbuat sedemikian terhadap Rihanna. Sedangkan selama ini Rihanna yang sentiasa ada bersama dengannya sewaktu dia susah dan senang. Bukannya Sara Jane!

Bodoh Rania!

   Air mata yang jatuh dikesat tanpa henti,  Rania berhenti jalan sebentar. Telefon dan juga kunci keretanya diambil. Baru sahaja mahu melangkah ke keretanya, langkah Rania terhenti apabila telefon berbunyi menandakan ada orang yang menelefonnya. Nama Faliq tertera di skrin telefon.

"Hai. Ada apa awak telefon saya?" soal Rania seraya memulakan perbualan di antara dia dan Faliq. Senyuman tipis Rania mula terukir, sekurang kurang kesedihan dia berkurang sedikit apabila dia dapat mendengar suara Faliq.

"Hai too, tak ada apa pun. Lagipun saya saja telefon awal sebab semalamkan saya tak telefon awak. Lagi satu saya nak tanya awak satu soalan. Boleh tak?" soal Faliq didalam talian. Rania mengangguk walaupun Rania sendiri tahu yang Faliq tak akan nampak.

"Boleh je. Awak nak tanya apa dekat saya? Tanya sajalah. Lagipun sejak bila Faliq yang saya kenal ni pandai minta izin nak tanya soalan?" ujar Rania sambil diselangi ketawa kecil di hujung ayat.

"Awak dekat luar ke sekarang ni? Kalau awak masih lagi ada dekat luar awak baliklah rumah cepat, bahaya. Lagipun awak tu perempuan." pesan Faliq di dalam talian. Rania cuma diam sahaja, entah kenapa persoalan dan pesanan Faliq agak mengusik hatinya.

"Okay, jangan risaulah awak. Saya pandai jaga diri saya sendiri. Bye." ujar Rania lalu menekan punat berwarna merah untuk menamatkan panggilan diantara dia dan Faliq. Telefon disimpan di dalam beg tangannya.

  Rania terus melangkah menuju ke arah kereta miliknya. Baru sahaja mahu membuka pintu kereta di bahagian pemandu, langkah Rania serta meets mati.

PIN! PIN! PIN!

BOOM!

"Rania!"

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Kde žijí příběhy. Začni objevovat