bab 27

1.2K 154 8
                                    

SUASANA di dalam kereta hanya sunyi dan sepi sahaja sebaik sahaja Rania dan Faliq pulang dari rumah Tuan Azhar. Rania pula sibuk memeriksa bilangan baju yang baru sahaja sampai daripada kilang di dalam telefonnya dan Faliq pula hanya membiarkan sahaja. Nanti nanti sajalah dia berbual dengan Rania.

"Awak." Panggil Rania. Faliq beralih memandang Rania sekilas.

"Kenapa?" Soal Faliq. Rania menyimpan telefonnya kembali di dalam beg tangannya. Tudungnya yang sedikit kehadapan diperbetulkan sedikit.

"Kita nak pergi ambil Rayyan kan?" Soal Rania. Faliq mengangguk sahaja memandangkan sekarang ini sudah hampir pukul 1.30 petang. Jadi lebih baik terus ambil Rayyan sahaja. Tidak perlu nak patah balik banyak kali.

"Kalau kita lepas ambil Rayyan, kita pergi makan nak tak?" Soal Rania. Hujung bibir Faliq ternaik sedikit. Sebab itu sajakah? Cara nak menyoal tu macam nak tanya soalan soalan yang sensitif.

"Saya ingatkan awak nak tanya saya soalan soalan yang sensitif." Ujar Faliq sambil tertawa kecil. Rania pula pelik.

"Kenapa pula?" Soal Rania. Rasanya cara dia menyoal tadi macam biasa biasa saja. Tak adapun yang lainnya. Melihat Faliq yang masih lagi dengam sisa tawanya membuatkan Rania makin pelik.

"Awak ni dah kenapa? Gila ke?" Begitu dingin sekali Rania menyoal. Seakan sedar akan kedinginan Rania, Faliq terus berhenti daripada gelak. Semenjak Rania mengandung ni, memang mudah untuk Rania naik angin. Tapi nak buat macam mana, pembawakan budak. Sabar sajalah.

"Awak. Lepas makan nanti saya ingat nak ajak awak makan aiskrim. Saya teringin nak makan aiskrim." Ujar Rania lalu beralih memandang ke luar tingkap. Malas mahu pandang muka Faliq,buat sakit hati saja. Benda kecil pun nak gelak.

"Ok. Awak nak makan aiskrim apa?"

"Tak kisahlah aiskrim apa pun. Asalkan aiskrim dan sedap." Rania masih lagi kekal dengan nada dinginnya. Menunjukkan yang dia merajuk dengan Faliq sekarang ini.

"Awak merajuk ke, Rania?" Soal Faliq naif.  Rania terus beralih memandang ke arah Faliq. Muka Rania jelas menunjukkan yang Rania langsung tidak berpuas hati dengan soalan Faliq sebentar tadi.

  'Awak merajuk ke, Rania?' soalan bodoh apakah ini? Sudah terang lagi bersuluhkan lampu dekat spotlight yang Rania sekarang ni tengah merajuk dengan Faliq.

"Taklah saya tak merajuk pun." Ya,itulah Rania. Hati cakap lain tetapi mulut pula cakap lain,langsung tidam mahu bekerjasama.

"Habis itu Rania? Kenapa tiba tiba awak jadi nak marah semacam ni? Kenapa?" Soal Faliq yang masih lagi tidak faham. Rania pula terus beralih memandang ke luar tingkap.

"Saya tak merajuk pun cuma sedikit sulking. "

"Pulak dahhh."

.

MASUK sahaja ke dalam kafe tersebut, Rania dan Rayyan terus mengambil tempat dan meninggalkan Faliq di belakang. Sampai sahaja di meja makan, Rania dan Rayyan terus duduk bersebelahan. Sambil berjalan, Faliq hanya mampu menggeleng perlahan.

  Nasiblah bila Rayyan dah jadi 'geng' dengan mama dia. Dan sekarang ini, Faliq hanya mampu pasrah apabila dia mulai menjadi mangsa buli Rania dan Rayyan. Tambah tambah lagi bila Rania mengandung, sabar sajalah.

  Selesai sahaja memesan makanan, Rania dan Rayyan terus berbual. Rayyan pula sudah seronok menceritakan apa yang terjadi di sekolahnya hari ini. Dan ya ,sekali lagi Faliq di palau.

Kesian.

Bertabahlah.

"Lepas itukan mama, tadi kawan Rayyan dia nak pergi koperasi,lepas tu macam mana entah silap dia. Dia terjatuh tersungkur mama. Habis semua orang dekat situ gelakkan dia." Ujar Rayyan sambil tertawa kecil.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang