bab 47 (Re-edit)

811 97 7
                                    

RIHANNA beralih memandang ke luar tingkap, Qayden di sebelah yang sedang memandu dibiarkan sahaja. Mata mula merenung pemandangan hijau di luar.

"Okay?" soal Qayden seraya membuka bicara. Rihanna cuma diam sahaja. Kalau bukan sebab kereta dia rosak tadi dekat parkir hospital, memang taklah dia nak tumpang Qayden.

"Kalau awak ada masalah, awak cakap saja dekat saya. Mana tahu, lega sikit hati awak tu." ujar Qayden sambil memandu kereta. Rihanna beralih memandang Qayden.

"Kau ingat lagi tak, aku pernah cerita dekat kau yang aku pernah kahwin dan bercerai? Aku tak tahulah kenapa tapi semenjak dua menjak ini aku asyik teringat apa yang dah terjadi. Maksud aku, apa yang aku dah hadap sepanjang aku hidup..."

"... Mula mula aku kahwin, lepas tu aku bercerai and then aku balik Malaysia lepas tu aku jumpa kau. You know what, I can't believe it that I can face it." luah Rihanna lalu beralih memandang Qayden. Qayden cuma diam.

"Awak teringatkan kejadian yang buatkan awak sedih ataupun kenangan indah?" soal Qayden senada. Terselit nada cemburu, namun tidak dapat dinafikan juga yang Rihanna berhak untuk mengimbas kembali apa yang telah dia lalui.

"Dua dua. Kalau kau nak tahu lepas apa yang dah terjadi, aku pilih untuk bina dinding kebal dalam hati dan badan aku. Supaya lepas ni, setiap apa yang terjadi aku takkan jatuh tersungkur lagi. Aku janji dengan diri sendiri yang aku taknak lagi jatuh kerana kekejaman dunia..." jeda Rihanna. Qayden yang sedang memandu disebelahnya ditatap lama.

"... Jadi aku minta sangat dekat kau Qayden. Kalau betul kau taruh perasaan kau dekat aku, lebih baik kau lupakan saja. Aku taknak nanti aku kecewakan kau." tambah Rihanna. Qayden diam.

"Rihanna, aku pun pernah rasa macam mana kena khianat dan dibuang dengan orang yang kita sayang, tapi aku mohon dekat kau jangan pernah sia siakan orang yang sayangkan kau." ujar Qayden setelah beberapa minit mendiamkan diri.

"Kau tak tahu siapa aku yang sebenarnya Qayden. Aku yakin kalau kau tahu siapa aku yang sebenarnya, tak mustahil yang kau pun akan tinggalkan aku."

"Kita kahwin?" soal Qayden serius. Kali ini dia yakin dengan keputusannya untuk mengajak Rihanna berkahwin dengannya.

"Kahwin?"

.

.

FALIQ meletakkan mangkuk yang berisi maggi perisa kari. Dengan bacaan bismillah, Faliq menyuap maggi tersebut masuk ke dalam mulutnya. Ralit menjamah maggi, perbuatan Faliq serta merta terhenti apabila panggilan daripada Puan Aisha kedengaran. Punat digital berwarna hijau ditekan.

"Waalaikumussalam Ibu. Ibu call Faliq ni ada apa apa perkembangan fasal Rania ke?" soal Faliq teruja. Lagipun hari ini sudah masuk hampir hari kelima Rania koma.

"Okay, baik ibu, kalau macam tu Faliq pergi hospital terus sekarang." Mangkuk tersebut diletakkan di dalam singki, dibiarkan tidak dicuci. Nanti dia cucilah, terus Faliq mengambil kunci keretanya yang digantung di tepi pintu masuk rumah,  dengan bacaan bismillah Faliq memulakan pemanduannya.

  Sampai sahaja di hospital, Faliq terus memarkirkan keretanya di tempat yang disediakan. Kaki mula menuju ke arah lif. Buka sahaja pintu lif, wad Rania dituju. Baru sahaja mahu masuk, langkah Faliq terhenti seketika apabila Puan Aisha memanggilnya.

"Rania dah sedar. Faliq masuklah tengok Rania dulu ya.  itu, boleh tak kalau Faliq jagakan Rania sekejap? Sebab ibu nak balik rumah nak ambil barang. Lepas Isya' nanti ibu datang balik. Boleh?" soal Puan Aisha. Faliq mengangguk sambil tersenyum tipis.

"Terima kasih ibu sebab tolong Faliq."

"Sama-sama. Benda kecil Faliq, lagipun Rania tu anak ibu juga. Takpalah, ibu pergi dulu." ujar Puan Aisha lalu melangkah pergi dari situ, Faliq terus masuk ke dalam wad Rania.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now