bab 53

750 91 2
                                    

YAKIN yang Rihanna dan Rania tak akan dengar apa yang dia dan Faliq bualkan terus Qayden berhenti. Belakang Faliq ditampar perlahan.

"Salam takziah weh." tutur Qayden perlahan. Faliq mengangguk, tangan kanannya dihulurkan untuk berjabat tangan dengan Qayden. Qayden menghulurkan tangannya.

"Tahniah sebab sekarang ni anda bukan forever alone."

"Kepala hotak kau, macam mana kau tahu ni?" soal Qayden pelik. Lagipun sebelum ni rasanya dia tak pernah pun terkantoi dengan Faliq fasal hubungan dia dengan Rihanna, kenapa pula tiba tiba harini saja kantoi?

"Kau ingat aku tak nampak tadi demat kubur, kau dengan Rihanna siap main main mata lagi? Senyum senyum bagai?" kata kata Faliq membuatkan Qayden tersenyum seperti kerang busuk.

"Tahniah. Kau dengan Rihanna rancang nak kahwin bila?" soal Faliq. Qayden cuma menggeleng kepala. Lagipun baru sahaja mereka berdua menjalinkan hubungan yang lebih daripada kawan, jadi kalau nak fikir fasal kahwin tu...

Lambat lagilah rasanya.

"Aku dengan Rihanna tak rancang pun nak kahwin. Tapi itulah, tunggulah kalau masing masing dah bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai suami isteri kami kahwinlah. Lagipun kalau nak bincang fasal kahwin sekarang ni nacan tak sesuai."

Faliq mengangguk sambil menampar perlahan belakang tubuh Qayden.

"Alhamdulillah, buaya darat dah bertaubat. Tahniah ya Qayden."

"Kurang ajar."

  Senyap. Suasana diantara mereka berdua senyap buat sementara waktu.

"Fasal kematian arwah ayah mertua kau tu a-"

"Kita sembang lain. Aku rasa sekarang ni bukannya waktu yang sesuai sebab aku kesian dekat ibu. Mesti dia terasa sebab dia banyak berdua dengan ayah."

Qayden mengangguk tanda faham.

"Faliq. Sebenarnya kita ada kerja lagi, tapi kali ni aku rasa lagi susah sebab pihak atasan nak berjumpa dengan kau." tutur Qayden. Faliq pelik.

  Lagipun kalau pihak atasan nak berjumpa selalunya perkara yang akan dibincangkan adalah perkara penting. Tapi masalahnya sekarang ini apa perkara penting yang pihak atasan nak berbual dengan dia?

Adakah ianya berkaitan dengan status dia dan Rania?

"Tapi misi kau kali ini lagi susah sebab kali ini dia melibatkan rampasan kuasa dan juga rampasan harta. Dan orang yang kau nak berjumpa pun bukan calang calang orang..."

"... in my opinion kali ni kita akan pergi berperang, bukannya berbincang. "

.

.

.

PUAN Aisha mengambil tempat di atas katil. Gambar dia dan suaminya yang terletak di meja nightstand dipandang lama. Kedua dua matanya mula kabur dan air matanya jatuh. Buat masa sekarang ini dia mahu bersendirian.

  Kosong. Itu yang dia rasakan sekarang ini, dulu rumah ini dipenuhi dengan gelak suaminya. Tapi sekarang ini? Cuma tinggal dia seorang saja. Baru sahaja mahu berbaring, tingkah laku Puan Aisha terhenti apabila telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yabg masuk.

From: Unknown Number.

Macam mana urusan kematian suami kau? Mudah tak?

Puan Aisha terdiam. Walaupun mesej ini dihantar oleh nombor yang tiada dalam contact rapatnya, Puan Aisha tahu siapa yang menghantar mesej ini.

Me:
Untuk apa kau mesej aku lagi? Puas hati kau sekarang ni lepas apa yang kau dah buat? Kau bunuh suami aku. Apa yang kau tak puas hati lagi?

Puan Aisha menutup telefon bimbitnya. Air matanya yang masih lagi jatuh diseka perlahan.

Unknown Number:
Selagi anak tiri kau tak tahu apa yang kau rancangkan selama ini selama itu aku takkan puas hati. Kau kena ingat Aisya, kau yang cari aku bukan aku yang cari kau.

Mesej daripada nombor tidak dikenali itu di-bluetick sahaja. Nombor tersebut di-block, Puan Aisha menyimpan telefonnya kembali. Puan Aisha bangun daripada duduknya. Laci kecil yang berada di dalam almari baju dibuka, fail yang berisi beberapa maklumat penting dibawa keluar.

  Cadar yang menutupi tilam dibuka. Fail tersebut disimpan di dalam cadar tersebut, cadar tersebut ditutup kembali. Puan Aisha tahu, andai kata Rania tahu apa isi kandungan fail ini, peluang untuk rahsia yang dia simpan selama ini akan terbongkar.

Ketukan di pintu membuatkan Puan Aisha terkejut.

"Ibu, ibu Rania dengan Faliq balik dulu ya. Nanti Insha-Allah esok kami datang jenguk ibu ya."

  Puan Aisha bangun dari duduknya. Pintu bilik yang dikunci dibuka, Rania dan Rihanna yang berada di hadapannya ditarik masuk ke dalam dakapannya. Air matanya mulai jatuh.

"Ibu minta maaf."

.

.

.

SUASANA di antara Rania dan Faliq cuma senyap sahaja. Faliq sibuk memandu manakala Rania memandang ke arah luar tingkap.

"Esok peguam ayah nak berjumpa dengan kita bertiga." tutur Faliq lalu beralih memandang Rania sekilas. Rania beralih memandang Faliq.

"Waktu hari ayah meninggal, awak pergi mana? Saya call awak banyak kali tapi tak angkat pun. Awak sibuk ke?"

"Awak marah saya ke? Ataupun awak masih lagi salahkan diri awak atas kematian arwah ayah?" soal Faliq pula

  Rania diam apabila Faliq menyoalnya balik. Seolah olah tahu sahaja apa yang dia rasakan sekarang ini. Walaupun sudah puas Faliq dan Puan Aisha cakap yang dia bukan sebab ayah meninggal, tapi dia tetap salahkan diri dia. Sebab kalau dia tak tinggalkan ayah dia seorang diri pasti ayah tak meninggal, even ibu pun dah pesan jangan tinggalkan ayah seorang diri.

"Saya tak rasa ayah meninggal sebab kena tikam." ujar Rania perlahan. Kepalanya menunduk sedikit.

"Sebab sebelum ibu balik rumah, ibu ada pesan dekat saya. Jangan tinggalkan ayah seorang walaupun saya nak pergi makan, kalau nak pergi mana-mana pun tunggu ibu ataupun awak balik. Tapi disebabkan saya yang ambil remeh apa yang ibu cakap, then saya kena tanggung apa yang saya buat..."

"... Kalau awak dekat tempat saya Faliq, apa yang awak rasa? Ya. Walaupun awak dengan ibu puas cakap yang saya tak salah pun tapi a-awak faham tak yang saya ni masih lagi rasa bersalah. Awak tak-"

"Sudah." potong Faliq terlebih dahulu sebelum sempat Rania habiskan kata katanya. RnR Dengkil dituju. Siap sahaja memarkirkan kereta, Faliq beralih memandang Rania.

"Awak salahkan diri awak untuk apa yang dah jadi tapi dalam masa yang sama cuba awak fikir, awak tak rasa ke yang saya pun salahkan diri saya? Kalau saya angkat call awak semalam memang tak mustahil kalau ayah masih lagi hidup. Tapi boleh tak kalau awak terima yang memang dah Allah takdirkan semalam hari last ayah dekat dunia ni. Awak sedar tak, Rania. Kalau nak dibandingkan awak dengan ibu, awak lagi beruntung sebab awak boleh jaga ayah sampai waktu waktu last dia..."

"... Awak asyik menangis salahkan diri awak, sedih sebab ayah meninggal. Habis ibu tu? Dia tak sedih? Dia hilang suami tau, apa yang awak rasa kalau awak hilang saya, macam tu jugalah ibu rasa. Cuma bezanya kali ini, apa yang terjadi dekat ayah, susah senang dia ibu ada dengan dia. Tapi sekarang, waktu ayah meninggal ibu tak ada dekat sisi ayah. Awak rasa?"

Diam.

  Rania diam. Kedua dua tangannya naik  menutup wajahnya, air matanya mula jatuh. Faliq cuma diam sahaja sambil memerhatikan Rania. Tangan kanannya naik mengusap perlahan belakang tubuh Rania.

"Ni semua salah saya, Faliq. Kalau saya tak turun pergi kafe ayah takkan meninggal."

"Dalam dunia ni tak semestinya apa yang terjadi disebabkan kita, semuanya salah kita, Rania."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now