bab 29

1.1K 150 12
                                    

SELESAI sahaja memarkirkan kereta dan meninggalkan kunci kereta di dalam kereta, Rania, Faliq dan Rayyan terus keluar dari kereta tersebut. Kaki masing masing terus melangkah masuk ke dalam Airport. Starbucks dituju. Sampai  sahaja di Starbucks. Rania terus menuju ke kaunter manakala Rayyan dan Faliq mengambil tempat di tempat yang kosong terlebih dahulu.

  Siap sahaja air yang dipesan, Rania terus mengambil air tersebut dan menuju ke arah Rayyan dan Faliq. Air tersebut diletakkan di atas meja dan Rania duduk di kerusi yang kosong itu.

Sementara menunggu flight, lebih baik mereka menunggu di Starbucks dahulu. Lagipun, Rania memang mengidam nak minum air Starbucks.

"Sayang, kita sampai Penang nanti dalam pukul 9 kan?" Soal Rania. Faliq pula mengangguk perlahan.

"Awak rasa nanti kalau kita sampai KL agak agak dalam pukul berapa? Saya rasa macam lambat jugalah." Ujar Rania.

"Saya rasa mungkin sampai dalam pukul 1 pagi macam itulah. Itupun kalau sepanjang jalan nak balik KL tak jammed. Kalau tidak, saya rasa subuhlah baru sampai." Ujar Faliq lalu meneguk air Chocolate Cream Chip miliknya.

"Saya rasa takkan jammed kot awak sebab sekarang ini bukannya musim nak pergi bercuti bagai." Ujar Rania. Faliq diam. Kepalanya ditundukkan sedikit. Rania pula yang sudah pelik. Dia ada tersalah cakap lagikah kali ini?

"A-awak.. Saya ada salah cakap ke?" Soal Rania. Faliq menggeleng perlahan. Kepalanya diangkat dan kedua dua anak mata Faliq memandang tepat wajah Rania. Tangan kanan Faliq naik memegang tangan Rania yang berada di atas meja. Rania pula sudah pelik dengan perangai Faliq.

Tak habis habis lagi ke mood nak berbulan madu ni?

"Kalau satu hari nanti, awak dapat tahu siapa saya yang sebenarnya, awak tahu yang saya ni tak seperti yang awak sangkakan, apa reaksi awak waktu itu?" Soal Faliq sambil kedua dua matanya memandang tepat figura Rania dihadapannya. Rania pula sudah tersenyum tipis. Usapan Faliq di tangan kanannya dibiarkan sahaja.

"Saya rasa saya akan cuba untuk terima awak sebab dalam hidup ni, manusia tak pernah sempurna. Sebaik baik dia,dia pasti ada buat kejahatan walaupu. Sekali dalam hidup dia. Sejahat jahat manusia, dia mesti pernah buat kebaikan juga." Ujar Rania.

"Tapi macam mana kalau waktu itu awak rasa yang saya ni macam jahat sangat?" Soal Faliq lagi. Kali ini, senyuman Rania serta merta pudar. Suasana di antara mereka berdua mulai janggal. Mungkin kerana Faliq yang memilih untuk menyoal Rania dengan soalan macam ini.

"Tak. Awak tak jahat Faliq, awak lelaki paling baik yang pernah saya jumpa selama ini. Awaklah satu satunya. "

Faliq tersenyum tipis. Kepalanya menunduk sedikit. Air matanya yang hampir jatuh ditahan sehabis baik.

"Awak silap Rania."

.

SAMPAI sahaja di airport, Faliq terus menuju ke arah tempat dia memarkirkan keretanya, manakala Rania dan Rayyan tunggu sebentar di luar bahagian airport.  Sambil berjalan, Faliq terfikir akan keadaan diantara dia dengan Rania sewaktu di dalam kapal terbang. Langsung tidak bercakap walaupun sepatah. Berpaling memandang muka masing masing lagilah tidak.

  Kadang kala Faliq terfikir, adakah dia sudah melakukan satu kesalahan besar dengan memilih dan melakukan keputusan untuk mengahwini Rania? Ditambah pula Faliq sendiri langsung tidak berterus terang dengan Rania tentang dirinya yang sebenar.

  Sampai sahaja di keretanya, Faliq terus melangkah masuk dan menghidupkan enjinnya. Baru sahaja ingin memulakan pemanduan, panggilan telefon daripada Qayden.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now