Bab 25

1.3K 166 8
                                    

SUASANA di meja makan agak riuh rendah dengan suara Faliq, Qayden, Rania dan Rayyan memandangkan mereka berempat dah selalu sangat dudk berbual. Cuma Rihanna saja yang agak mendiamkan diri dan tidak terlalu berbual.

"Rihanna." Panggil Qayden. Rihanna yang sedang bermain dengan telefonnya terus mengangkat mukanya memandang Qayden. Senyuman tipis diberikan kepada Qayden.

"Ya saya? Kenapa?" Soal Rihanna.

"Kalau saya nak minta nombor Rihanna boleh tak?" Soal Qayden tanpa segan silu. Rihanna pula sudah menayangkan riak pelik. Rihanna beralih memandang ke arah Rania yang sedang sibuk berbual dengan Faliq dan Rayyan.

"Bo-boleh... Tapi nak buat apa?" Soal Rihanna pelik. Macam mana tak pelik, tiba tiba saja minta nombor telefon. Nak kata kalau ada hal penting, rasanya setakat ini tak adalah pula memandangkan Rihanna berniaga dan bukannya bekerja bawah Qayden.

Kan?

"Yelah,manalah tahu kalau ada apa apa urusan yang saya kena contact awak macam minta tolong awak ke." Ujar Qayden sambil tersenyum miang.

  Rihanna semakin pelik. Nak minta tolong apanya dah kalau dia dengan Qayden bukan kerja sekali. Lagi pula dia dengan Qayden bukannya rapat pun berjumpa pun baru 2,3 kali saja.

"Nak minta tolong apa pula?" Soal Rihanna. Kali ini giliran Qayden pula yang mati akal, tak tahu mahu bagi alasan apa nanti. Lebih lebih lagi sekarang ini Rania dan Faliq sedang memandangnya.

"Ok, saya bagi contoh eh. Macam mana kalau Faliq dengan Rania sibuk lepas itu tak ada siapa yang boleh ambil Rayyan and nak dijadikan cerita pula, waktu itu saya sibuk. Jadi bolehlah saya contact awak tolong ambilkan Rayyan dekat sekolah." Ujar Qayden. Kali ini Rania pula yang pelik.

"Dah kalau macam itu, aku sajalah yang contact Rihanna minta tolong dia ambilkan Rayyan. " Celah Rania. Faliq mengangguk perlahan. Ada betulnya juga kata kata Rania.

"Rania.. Cuba kau bayangkan, nak dijadikan cerita waktu itu telefon kau ada masalah dan kau tak boleh nak contact Rihanna. Takkanlah Faliq nak mesej Rihanna kan? Nampak tak manislah pula. Betul tak, Rania?" Soal Qayden. Rania mengangguk perlahan.

Dengar macam pelik tapi ada juga betulnya.

"Jadi kesimpulannya Cik Rihanna,boleh tak kalau saya nak nombor Cik Rihanna?" Soal Qayden lalu memberikan telefon bimbitnya kepada Rihanna.

  Rihanna pula hanya mengangguk perlahan dan mengambil telefom bimbit Qayden. Siap sahaja menambah nombornya ke dalam list contact telefon Qayden, Rihanna terus memberikan telefon tersebut kepada Qayden semula.

  Qayden pula sudah tersenyum girang manakala Rania dan Faliq pula sudah menayangkan riaksi menyampah dengan perangai Qayden. Rayyan pula daripada tadi hanya memerhati sahaja perbualan di antara mereka berempmasak
.

.

SUASANA di dalam kereta Faliq hanya sunyi dan sepi sahaja memandangkan Rayyan pun sudah tertidur, kalau tidak selalu Rayyan yang selalu buatkan suasana tidak janggal.

  Melihat Rania yang sedang merenung ke luar tingkap, Faliq bertindak mencuit sedikit pinggang Rania. Rania pula terus melatah,mujur jugalah dia tidak mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.

Rania memandang Faliq.

"Ye sayang... Kenapa? Ada benda penting ke sampai nak kena cuit cuit saya bagai ni? " Soal Rania. Faliq pula sudah tertawa kecil.

"Kenyang tak?" Soal Faliq. Rania pula hanya mengangguk perlahan. Kenyang jugalah sebab tadi Rania makan banyak dekat kedai makan tadi. Maklumlah, ibu mengandung.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now