bab 66: Sakit

964 88 1
                                    

FALIQ membuka pintu rumah, dan ditutup semula. Hari ini, genap 2 bulan Rania tiada dan dia juga langsung tidak berhubung dan berhubung dengan Rania. Hari-hari yang dia lalui kian kosong. Mungkin, inilah kifarah yang dia perlu hadapi selepas apa yang telah dia lakukan.

  'Briefcase' miliknya diletakkan di atas sofa, nantilah dia bawa naik. Faliq menuju ke arah dapur, gelas kosong dan diisi dengan air kosong. Selesai sahaja minum air, Faliq berkira-kira sama ada mahu naik bilik terus ataupun tidak.

Klak!

  Pistol yang diselit di belakang seluar diacu tepat ke muka Sara Jane yang sedang berdiri di belakangnya. Begitu juga dengan Sara Jane yang turut mengacukan pistol ke arah Faliq.

"Apa lagi yang kau tak puas hati?" soal Faliq. Sara Jane tertawa sinis, pistol yang diacu dibawa turun. Begitu juga dengan Faliq.

"Soalan bodoh apa kau tanya ni? Kau dah bunuh orang yang aku sayang, kau boleh tanya aku lagi apa yang aku tak puas hati?"

"Kau nak balas dendam kan? Kau bunuh aku. Kau bunuh aku sekarang! Tak perlu nak kaitkan isteri aku!" jerkah Faliq. Anak matanya memandang dalam wajah Sara Jane. Sara Jane tergamam.

  Dia tergamam kerana jelas dari anak mata Faliq, Faliq benar cintakan Rania. Tidak macam dia, dia dibutakan dengan kata-kata pujangga palsu Faliq.

"Aku tahu, kau marah dan berdendam dekat aku tapi aku minta sangat-sangat, jangan libatkan isteri aku! Aku merayu dekat kau Sara Jane. Kalau kau nak tembak aku sekalipun, kau tembaklah." rayu Faliq. Sara Jane cuma diam memerhati.

"Kau merayulah macam mana sekalipun, aku tekad dengan dendam aku. Dan untuk pengetahuan kau kemalangan kau dan Rania aku yang rancang. " ujar Sara Jane dan tersenyum sinis, Faliq mengangkat mukanya memandang Sara Jane.

  Sara Jane duduk di hadapan Faliq. Gelas kosong diambil dan Sara Jane menuang air oren. Habis sahaja air, Sara Jane meletakkan kembali gelas tersebut di atas 'Island Kitchen'.

"Sama juga dengan kemalangan arwah abang Zaliq dan kak Saera. Aku juga yang rancang, mesti kau tak sangkakan? Sebab selama ni kau pandang rendah dekat aku, anggap yang aku ni lemah. Tapi kau pun bodoh juga Faliq, cuba kalau kau tembak aku hari tu? Mesti semua ni takkan jadi. Betul tak?" soal Sara Jane.

"Pandai juga aku, sebab apa yang aku rancang kau langsung tak tahu yang kemalangan bukannya satu kebetulan. Mungkin lepas ni aku boleh rancang kemalangan untuk Rania? Kan?" soal Sara Jane lagi.

  Faliq menuju ke arah Sara Jane. Tanpa sepatah kata kedua-dua tangan Faliq naik mencekik kuat leher Sara Jane, tangan Sara Jane turut mencekik dan juga mencakar muka Faliq 

"Kau ingat aku akan benarkan semua tu terjadi?" tangan Faliq mula mencekik leher Sara Jane dengan lebih kuat.

"Kau yang mulakan dulu!" balas Sara Jane. Nadanya juga mula naik seoktah.

"Mati kau, Sara! Kau memang bodoh! Kau dah bunuh anak dengan abang aku, jangan harap aku nak lepaskan kau kali ni!" Sebelah tangan Faliq naik mencekik Sara Jane dan sebelah lagi naik menghentak kepala Sara Jane di 'Island Kitchen.'

  Tingkah laku Faliq serta merta terhenti apabila telefonnya berbunyi. Nama Rania tertera di skrin telefon, cepat-cepat Faliq menjawab panggilan tersebut. Sara Jane pula sudah jatuh terduduk di atas kerusi, tangannya naik memegang lehernya yang dicekik oleh Faliq sebentar tadi.

'Saya tahu awak nak bunuh Sara Jane. Tapi janganlah bunuh dia sekarang, bagi saya balas dendam dulu dekat dia. Lepas tu kalau awak nak bunuh dia ke awak bunuhlah.' tutur Rania di dalam talian, Faliq terkedu. Macam mana Rania boleh tahu apa yang terjadi di dalam rumah ini sekarang?

'Macam mana saya tahu? Tak perlu kot awak ambil tahu semua benda, tapi tolong. Jangan bunuh Sara Jane sekarang. Awak lepaskan Sara untuk kali ni, anggap sajalah itu amaran dia dekat awak. Itu baru amaran Sara Jane, tak termasuk lagi amaran saya. 3 bulan lagi, awak dan Sara Jane bolehlah bersedia...'

'... Nasihat saya awak bertaubat nasuha siap-siap, yelah manalah tahu nanti saya naik mahkamah sebagai pembunuh Faliq Hanafi Shah dan Sara Jane? Tapi okay juga, lagipun korang berdua dah orang yang aku sayang. Okaylah tu.'

'Awak dengan Sara cabar silap orang. Saya lemah lembut tak bermakna yang saya ni boleh dipijak sesuka hati. Takpelah, awak tunggulah 3 bulan lagi. Tahulah nasib awak dengan Sara Jane.'

Tut.

  Rania menamatkan panggilan serta merta. Faliq melempar telefonnya ke atas 'Island Kitchen'. Sara Jane yang sudahpun nyawa-nyawa ikan dipaksa untuk bangun.

"Kali ni, aku lepaskan kau atas permintaan Rania. Tapi sekali lagi, kau jangan harap aku nak lepaskan kau. Kai faham tak?" Faliq menolak Sara Jane untuk keluar rumahnya. Beg tangan Sara Jane diambil dan dilempar ke luar rumah.

"Kau ingat, bila kau buat macam ni dekat aku. Aku akan takut dengan kau? Memang taklah. Dendam aku lagi bertambah. Kau ingat Faliq, apa-apa jadi aku akan pastikan kau dengan Rania mati! Tapi, aku bagi kau dengan isteri kesayangan kau tu pilih, nak mati dengan cara yang macam mana." ujar Sara Jane sebelum melangkah keluar dari rumah tersebut. Faliq diam memerhati Sara Jane yang sudah keluar daripada rumahnya.

"Bodoh!"




.

.

CAWAN yang berisi air kopi panas diletakkan di atas meja makan, Rania mengambil telefonnya. Rakaman kamera tertutup dibuka, dapat Rania lihat Faliq yang sedang mencekik Sara Jane. Rania tertawa sinis.

"Ini baru permulaan. Kau cabar silap orang Sara Jane. Rania Ramanshah yang dulu dah lama mati, siapa yang bunuh? Kau dengan Faliq. " tutur Rania. Telefon diletak kembali di atas meja makan, Rania bangun dan menuju ke arah rak kecil yang berada di dapur. Album kecil dibawa keluar.

  Setiap satu polaroid yang dilekatkan di dalam album kecil dipandang. Antara gambar-gambar yang ada di dalam polaroid ialah gambar Rayyan daripada kecil sehinggalah besar, gambar sewaktj dia 'scan' bagi keduanya. Dan terakhir sekali, gambar alat 'pregnancy test' yang diambil oleh Rania sendiri sebaik sahaja dia dapat tahu yang dia mengandung baru ini. Rania kembali ke tempat duduknya, terketar-ketat tangan Rania mahu membuka album kecil itu.

"Mama rindu Rayyan sangat-sangat. Lepas Rayyan tak ada dekat dunia ni, banyak benda yang mama kena hadap seorang diri. Mama nak peluk, cium Rayyan tapi tak boleh sebab Rayyan dengan mama dekat tempat yang berbeza. Mama janji, nanti semua dah selesai mama jumpa Rayyan..."

"... Mama minta maaf sebab mama tak boleh nak jumpa, cium dan peluk Rayyan untuk kali terakhir. Mama rindu  dekat Rayyan. Kenapa Rayyan pergi tak ajak mama? Mama penat Rayyan, semua orang tipu mama." Air mata Rania semakin lebat jatuh menyembah bumi.

  Tangan Rania membuka satu lagi helaian album kecil itu. Baju yang dipakai sewaktu dia keguguran dan terdapat kesan darah digunting menjadi kecil dan diletakkan di dalam polaroid itu. Walaupun sudah basuh, tetapi kesan darah tetap ada.

  Album kecil itu ditutup. Di 'cover' luar album itu terdapat dua tarikh yang berlainan. Iaitu tarikh seorang Rania Ramanshah kehilangan anak-anaknya. Bukan seorang tetapi dia hilang 3 orang anak. Sakit, terlalu sakit. Lebih menyakitkan bila kau gugur disebabkan orang sekeliling.

  Rania bersandar di kerusi. Air matanya yang masih lagi mengalir dilap menggunakan belakang tangannya. Polaroid dibawa ke dadanya, seolah-olah Rania memeluk ketiga-tiga anaknya yang sudahpun tiada di sini. Air mata yang jatuh langsung tidak dikesat.

Dia hilang anaknya.

Dia hilang penguat semangat,

Dunia akhirat,

Dan juga cinta mati dia sampai mati.

Dia hilang semua itu, dia hilang ketiga-tiga anaknya. Lebih menyakitkan, kematian anaknya semuanya dirancang.

Tolonglah, dia sendiri tak kuat.


Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now