Epilog: Pengakhiran Segala-galanya

3K 127 24
                                    

ENJIN kereta dimatikan, Rania dan Rihanna melangkah keluar daripada kereta. Rania mengenakan pakaian serba hitam, fail yang berisi borang perceraian di genggam kuat sebelum dia dan Rihanna masuk ke dalam ruang mahkamah untuk sesi perceraian diantara dia dan Faliq.

  Sementara itu, Faliq turut melangkah keluar daripada keretanya. Songkok berwarna hitam diletakkan di atas kepalanya, dengan hati yang berat dia mula melangkah memasuki ruang mahkamah. Sebelum masuk, figura Rania dan Rihanna menyapa pemandangannya. Tanpa segan silu, Faliq mendekati Rania.

"Rania. " panggil Faliq. Rania terus beralih memandang Faliq, satu senyuman tipis dihadiahkan kepada Faliq.

"Ya?"

"Walaupun selepas ni, kita akan keluar daripada mahkamah ni bukan lagi sebagai suami isteri tapi saya harap kita masih lagi boleh berjumpa dan berkawan macam dulu. Saya harap, perceraian kita bukanlah satu penghalang untuk kita berbaik." tutur Faliq. Rania cuma mengangguk.

"Tapi, selepas ni saya nak ke luar negara untuk 2 ke 3 bulan. Dan rumah yang awak beli sempena perkahwinan kita tu, awak ambillah balik. Saya tak nak rumah tu. Lagipun kenangan kita berdua banyak sangat. Kalau saya duduk dan asyik sedih saja buat apa." ujar Rania sambil memandang wajah Faliq, begitu juga dengan Faliq.

"Saya masuk dulu." tutur Rania sebelum melangkah masuk ke dalam ruangan mahkamah, Faliq memandang lama figura Rania sebelum dia masuk ke dalam mahkamah.

  Rania dan Faliq berdiri memandang antara satu sama lain di dalam mahkamah. Dalam diam, Rania cuba menahan tangisannya sehabis baik. Malah Faliq pula, terketar-ketar mulutnya ingin melafazkan perceraian di antara dia dan Rania.

"Rania..." panggil Faliq perlahan. Rania yang sedang menunduk terus mengangkat mukanya memandang Faliq. Air mata yang mula jatuh dikesat perlahan.

"Rania Ramanshah Binti Azhar, aku ceraikan kau dengan talak satu."

  Faliq menunduk, tangannya naik mengesat air matanya yang semakin jatuh. Rania cuma diam. Matanya naik memandang lama figura Faliq dihadapannya. Perlahan-lahan, Rania tersenyum tipis.

  Faliq Hanafi Shah. Nama ini yang pernah dia cinta dan sayang sebelum ini. Dan, nama ini jugalah yang berjaya menghancurkan harapannya. Yang berjaya merobekkan hatinya sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil yang tak mampu untuk dia camtumkan lagi. Dan, nama ini jugalah yang berjaya membuatkan dia tidak tidur malam kerana dilamun cinta.

  Rania akur, yang dia masih lagi sayang dan cintakan Faliq. Tapi dalam masa yang sama juga raaa benci mula membuak-buak dalam jiwanya. Untuk apa dia pilih untuk bersama dengan Faliq? Tiada guna sebuah perkahwinan jika isinya cuma benci, dendam dan sifat yang negatif. Dan keputusannya untuk bercerai adalah satu pilihan yang tepat, Rania yakin dengan keputusannya

Terima kasih Faliq. Terima kasih atas segala rasa kebahagiaan dan juga penderitaan yang pernah dia alami sepanjang perkahwinan dia dan Faliq.

.

.

KELUAR sahaja daripada mahkamah, Rania dan Rihanna berjalan menuju ke arah kereta. Sementara itu, Faliq pula berlari anak menuju ke arah Rania. Rihanna yang sedar akan kehadiran Faliq terus menyuruh Rania beralih memandang ke belakang.

"Rania!" laung Faliq kuat. Mujurlah tidak ramai orang di mahkamah sekarang ini. Rania terus beralih memandang ke belakang.

"Rania." panggil Faliq sekali lagi. Rania maju beberapa tapak mendekati Faliq, begitu juga dengan Faliq yang turut maju beberapa langkah mendekati Rania.

"Buat kali yang terakhir saya nak cakap, terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih, Rania. Jasa awak saya takkan boleh balas. Saya harap selepas ni awak dapat cari lelaki yang boleh jaga, sayang dan cintakan awak lebih daripada saya. Jangan risau Rania, saya akan sentkasa cinta dan sayangkan awak walaupun di antara kita berdua dah tak ada apa-apa hubungan yang sah."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt