bab 72: Pembalasan

949 79 3
                                    

JAM yang sudahpun menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam membuatkan Faliq tersentak, terlalu fokus sangat membuat kerja sampai tidak sedar dah pukul 12 tengah malam dah. Malam ni, cuma dia seorang sahaja yang berada di pejabat. Qayden pula lepas berjumpa dengan Rihanna sebentar tadi, terus dia balik ke rumah. Tak ada mood terus, maklumlah baru lepas putus cinta.

  Keluar sahaja daripada lif, Faliq melangkah menuju ke arah keretanya. Cuma keretanya sahaja yang berada di tempat parking, ini menunjukkan cuma tinggal Faliq seorang saja yang berada di pejabat. Sampai sahaja di kereta, langkah Faliq serta merta mati apabila telefonnya berbunyi. Telefon dibawa keluar daripada poket seluar, Faliq mulai pelik apabila yang tertera di skrin cuma nombor sahaja. Tanpa teragak-agak Faliq menekan punat digital yang berwarna hijau.

"Pandang belakang." tutur satu suara di dalan talian, Faliq terus beralih memandang ke belakang.

Buk!

  Tubuh Faliq serta merta rebah apabila belakang leherya dipukul dengan kayu. Darah mula mengalir keluar daripada lehernya.

.

.

PERLAHAN lahan Faliq membuka matanya. Otaknya mula mencerna apa yang terjadi, Faliq mengangkat mukanya untuk memandang keadaan sekeliling. Gelap. Pandangan mata Faliq jatuh memandang dirinya yang sedang duduk di atas kerusi. Tangan dan kakinya diikat.

"Dah bangun?" soal satu suara. Faliq terus mengangkat mukanya memandang pemilik suara yang sedang berdiri di hadapannya.

"Rania..." panggilnya perlahan. Rania cuma tersenyum sinis, mata Faliq jatuh memandang kayu hoki yang dipegang oleh Rania.

"Kenapa Faliq? Kau takut ke? Ataupun kau tak sangka yang aku akan bertindak sampai macam ni, sekali?" soal Rania. Faliq diam tidak menjawab.

"Awak dah betul-betul berubah." tutur Faliq perlahan namun cukup untuk Rania seorang sahaja yang dengar. Rania tertawa sinis. Kayu hoki diletakkan di atas bahu Faliq.

"Aku hilang anak-anak aku, mak, adik dan ayah aku. Dan semua ahli keluarga aku yang mati, semua mati kena bunuh. Tak cukup kuat lagi ke alasan untuk aku berubah?" soal Rania. Kayu hoki dibawa turun. Rania duduk bersila di hadapan unggun api.

"Awak nak saya buat apa untuk redakan kemarahan awak?" soal Faliq secara tiba-tiba. Rania tersenyum tipis, kedudukannya masih lagi statik tidak beralih memandang Faliq.

"Aku nak sangat kau mati Faliq, sebagai bayaran lepas apa yang kau dah buat dekat aku. Tapi, dalam masa yang sama aku sayangkan kau lagi, Faliq. Aku kadang-kadang benci dengan diri aku sendiri. Orang dah khianat dan bunuh keluarga sendiri pun, masih lagi nak kesian..." Rania berjeda seketika. Faliq dibelakang cuma memasang telinga mendengar apa yang dikatakan oleh Rania.

"... Dalam hubungan kita berdua ni, aku yang salah. Kita dua berkahwin, tapi aku tak tahu langsung latar belakang kau. Ahli keluarga, masa silam kau. Tapi nak buat macam mana, aku bodoh. Aku ingat bila kau dah bawa aku jumpa dengan ayah aku, aku anggap kau baik. Tapi rupa-rupanya, tak."

"Sebab tu orang cakap, kalau nak pilih suami pilihlah elok-elok. Jangan jadi macam aku, rupanya aku kahwin dengan pembunuh keluarga aku sendiri." tambah Rania lagi.

  Faliq tergamam dan terdiam. Dalam masa yang sama, dia juga tersentak dengan kata kata Rania. Dapat dia lihat dari pandangan matanya yang Rania sedang menahan daripada menangis.

"Aku sedih Faliq. Aku hilang anak-anak aku, lagi-lagi Rayyan. Aku tak boleh nak peluk, cium dia. Tapi kau untung Faliq, kau boleh buat semua benda tu untuk kali yang terakhir."

  Rania beralih memandang ke arah Faliq. Dia bangun dari duduknya, tudung yang dipakai olehnya diperbetulkan sedikit. Tidak dilupakan juga kayu hoki yang dipegang.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now