bab 63: The war

874 95 7
                                    

"SARA JANE."

"Saya ada benda nak cakap sikit dengan awak Rania. Boleh?" soal Sara Jane. Rania mengangguk tanda setuju, Sara Jane mengambil tempat di hadapan Rania. Beberapa keping gambar diletakkan di atas meja kerja Rania. Tanpa teragak-agak Rania mengambil gambar tersebut.

"Apa semua ni, Sara?" Gambar tersebut diletakkan kembali di atas meja. Merah padam wajah Rania sekarang ini apabila gambar yang diberikan oleh Sara Jane adalah gambar dia berpegangan tangan dengan Faliq.

"Gambar tu 8 tahun yang lepas. Aku rasa Faliq tak cerita dekat kau fasal dia dan aku. Macam kana kami berjumpa, apa yang terjadi. Betul?" soal Sara Jane mendatar. Rania diam tidak mengangguk ataupun menggeleng.

"Untuk pengetahuan kau, Rania. Kita berdua sebenarnya senasib. Dan aku yakin kalau kau tahu siapa Faliq yang sebenarnya, tak mustahil kau akan benci dia macam mana aku bencikan Faliq." tambah Sara Jane lagi.

"Apa maksud kau? Kiranya sekarang ni kau datang dalam hidup aku dan kau nak hancurkan hubungan aku dengan Faliq. Macam itu ke?" soal Rania sarkastik. Sara Jane mengangguk.

"Tapi aku akan pastikan bukan setakat hancur hubungan kau. Aku nak Faliq juga rasa apa yang aku rasa dulu, dan aku yakin kau akan terkejut kalau aku dedahkan siapa Faliq yang sebenarnya. Kau mesti nak tahukan kenapa aku berdendam sangat dengam Faliq?" tutur Sara Jane. Posisi kedudukannya diperbetulkan. Dia dan Rania memandang tepat wajah di antara satu sama lain.

"Dia bunuh keluarga aku. Dia jerat aku dengan cinta palsu dia, dan dalam masa yang sama juga dia rancang untuk bunuh keluarga aku. Hubungan percintaan palsu aku dengan dia, berbaik dengan ahli keluarga aku Faliq dah rancang dengan teliti. Jadi sekarang ini, aku datang sini aku nak balas dendam. Aku nak ambil balik apa yang dia dah buat dekat aku. Kau kena ingat Rania. Kita berdua senasib."

"Senasib? Maksud kau? Kau nak cakap yang Faliq bunuh keluarga aku. Hanya sebab aku gugur dan Rayyan meninggal dalam kemalangan, itu tidak cukup menyakinkan aku yang Faliq adalah pembunuh. Kau boleh cuba lagi. Pastikan sebelum kau nak cakap perkara macam ni dekat aku, ada bukti dulu. Aku tak bodoh untuk percaya semua tu." Rania bangun dari duduknya.

"Aku takkan percayakan orang secara mengkhinzir buta. Kau silap, prinsip aku yang aku takkan mempercayai orang sekeliling macam tu saja. Sama juga dengan apa yang kau cakapkan dekat aku tadi, Sara. Kau kena ingat, singa dalam badan aku cuma tidur. Bukan mati." tutur Rania dingin. Sara Jane bangun dari duduknya.

"Kau mungkin tak percayakan orang, tapi kau terlupa nak pegang prinsip kau dekat Faliq dan juga Puan Aisha. Kalau kau nak berprisip, pastikan kau pegang prinsip kau tu dekat semua orang. Aku memang tak ada bukti, tapi aku boleh tolong kau cari bukti."

"Hati-hati dengan Faliq dan Puan Aisha. Diorang baik dengan kau tak semestinya betul-betul baik. Manusia munafik pandai berbohong. Di depan tidak ubah seperti malaikat, tapi di belakang jahatnya mengalahkan dajjal."

Malas mahu melayan Sara Jane, Rania terus menarik Sara Jane dan mengarahnya untuk keluar daripada pejabatnya. Sara Jane diam tidak berganjak walaupun seinci. Lengan Sara Jane dilepaskan, Rania membuka pintunya namun langkahnya terhenti apabila Sara Jane memanggilnya.

"Kematian mak, adik dan ayah kau semuanya berkait rapat dengan Faliq."

.

.

HAD kelajuan kereta semakin lama semakin meningkat, pulang sahaja Sara Jane daripada pejabatnya tadi, terus Rania mengambil keputusan untuk balik ke rumah. Berhenti sahaja di 'traffic light', nombor Faliq didail. Tidak sampai beberapa saat kemudian talian bersambung.

"Balik rumah sekarang, ada hal yang saya nak bincang. Sekarang!" Rania terus menamatkan talian diantara dia dan Faliq. Apabila lampu menunjukkan warna hijau terus Rania memulakan pemanduannya. Sementara itu, Rania berkira-kira dimana Faliq menyimpan bukti tersebut.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now