bab 40

1K 132 2
                                    

FALIQ melangkah menuju ke arah keretanya memandangkan Faliq memarkirkan keretanya agak jauh daripada parkir yang disediakan. Sambil berjalan, Faliq hanya memandang kosong sahaja. Cuma Faliq seorang sahaja yang tidak pulang lagi, Qayden sudah pulang sebaik kerjanya selesai.

  Langkah kaki Faliq serta merta terhenti apabila bunyi yang agak janggal menjengah telinganya. Sekali lagi Faliq memandang keadaan sekeliling tetapi masih lagi kosong bahkan cuma Faliq seorang saja. Malas mahu melayan, Faliq terus berjalan menuju ke keretanya tetapi langkahnya kali ini dilajukan sedikit.

Buk!

Satu tumbukan mengena tepat di belakang Faliq, Faliq terus beralih memandang ke belakang dan sekali lagi satu tumbukan mengena tepat di pipi kanan Faliq. Dengan penuh kesakitan, sempat mata Faliq memandang sekilas satu figura yang berpakai serba hitam bahkan wajahnya langsung tidak kelihatan.

Buk! Buk!

Tumbukan bertalu taku diberikan kepada Faliq, Faliq yang tidak sempat untuk membalas tumbukan tersebut jatuh terduduk di atas jalan. Dalam samar- samar pandangan Faliq, dapat Faliq lihat figura tersebut mengambil kayu hoki namun langkah figura tersebut serta merta terhenti apabila Qayden menjerit sambil berlari menuju ke arah Faliq yang sudahpun terbaring di atas jalan.

  Sedar akan kehadiran Qayden, cepat cepat figura tersebut melangkah pergi dari situ. Qayden terus berlari mendapatkan Faliq. Baru sahaja mahu mengejar figura tersebut, langkah Qayden serta merta terhenti apabila kereta Alphard yang berwarna hitam berhenti tidak jauh daripada kedudukan figura tersebut.

"Bodoh!" carut Qayden lalu berlari mendapatkan Faliq yang sudahpun terbarung di atas jalan.

"Faliq, macam mana benda ini boleh terjadi?" Soal Qayden sambil membantu Faliq untuk bangun. Dengan penuh berhati hati, Qayden memapah Faliq dan membawa Faliq ke keretanya. Hospital terdekat dituju.

.

RANIA terus melangkah menuju ke kaunter pertanyaan, baru sahaja mahu menyoal jururawat di situ pertanyaan Rania serta merta terhenti apabila Qayden memanggilnya. Rania berjalan menuju ke Qayden.

"Mana Faliq?" soal Rania.

"Doktor cakap Faliq tak perlu warded pun sebab dia bukannya cedera parah cuma cedera ringan saja. Lagipun jangan risaulah Rania, suami awak tu masih lagi sihat tak mati pun lagi." ujar Qayden selamba. Rania sudah mendengus.

"Saya tak main-mainlah Qayden. Mana Faliq sekarang ini?" soal Rania tegas. Lagipun, Rania cukup pantang kalau orang bazirkan masa dia. Lagi lagi kalau ianya melibatkan orang yang dia sayang. Lagilah dia tak suka.

"Itu, Faliq." Qayden menunjuk ke arah Faliq yang sedang duduk di atas kerusi yang disediakan. Tanpa membuang masa terus Rania berlari mendapatkan Faliq, dan mengambil tempat di sebelah Faliq.

"Ma-macam mana awak tahu saya ada dekat sini?" soal Faliq perlahan memandangkan kesan tumbukan di bibirnya masih lagi sakit.

"Tadi Qayden yang call saya cakap awak kena tumbuk. Awak okay tak ni? Macam mana awak boleh kena tumbuk? Siapa yang tumbuk awak?" soal Rania bertubi tubi. Faliq cuma menggeleng sahaja. Mahu bercakap, mulutnya terlalu sakit.

"Qayden, macam mana boleh jadi sampai macam ini sekali?" soal Rania bersama kerutan di dahi. Qayden hanya menggeleng.

"Tak apalah Rania, awak pergi ambil ubat dulu. Saya tolong papahkan Faliq pergi ke kereta awak, Rania. "

"Okay. Kalau macam itu, saya pergi ambil ubat dulu."

  Sampai sahaja di kereta Rania, dengan penuh perlahan lahan Qayden membantu Faliq duduk di bahagian tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Qayden hanya memandang kosong saja Faliq yang sedang merungut kesakitan itu.

"Kau kenapa? Selalu kalau kena tumbuk okay saja, ini bila depan Rania tiba tiba saja berubah. Kau dah kenapa? " Sinis sahaja Qayden menyoal.

"Mana ada."

"Tapikan aku pelik, siapa pula yang berdendam dengan kau? Siap nak pukul kau pakai kayu hoki lagi. Dasyat betul. " ujar Qayden. Faliq cuma diam sambil bersandar, nafas berat dilepaskan.

"Tak apalah, kalau tak ada apa-apa aku balik dulu sebab Rania pun dah sampai. Lagipun, kau boleh berjalan juga bukannya sampai tak boleh berjalan langsung." ujar Qayden selamba. Satu jelingan tajam diberikan kepada Qayden.

"Rania, kalau ada apa apa yang kau tak sedap hati. Kau terus terang dekat Faliq. Aku balik dulu." ujar Qayden lalu melangkah pergi daripada situ. Rania pelik, malas mahu melayan kata kata Qayden Rania terus masuk ke dalam kereta

"Sakit lagi ke awak?" Soal Rania sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, beg tangannya diletakkan di bahagian tempat duduk belakang. Faliq yang masih lagi memegang pipinya terus beralih memandang Rania.

"T-tak. Cuma s-sakit sikit lagi ja." ujar Faliq tergagap sambil menahan sakit. Rania melepaskan nafas berat.

"Macam mana boleh jadi sampai macam ini sekali? Siapa yang berdendam dengan awak ini, Faliq? Sampai tumbuk dengan pukul awak. Nasib baik Qayden tak balik lagi, boleh dia tolong bawa awak pergi hospital." ujar Rania sambil memulakan pemanduannya.

  Sambil memandu Rania tidak Henri daripada memandang Faliq walaupun sekilas. Mujurlah cedera Faliq tidak terlalu teruk, lagi yang membuatkan Rania tidak faham. Siapa yang berdendam dengan suaminya ini? Sampai tahap memukul suaminya.

"Rania." panggil Faliq perlahan. Rania terus beralih memandang Faliq sekejap.

"Lepas ini saya minta sangat awak berhati hati bila jumpa dengan siapa siapa pun. Kalau boleh, biar saya yang temankan awak."

Rania diam.

.

DENGAN penuh berhati hati,Faliq duduk di atas kerusi kerjanya. Pipinya yang ditumbuk tadi mulai hilang sakitnya. Faliq mencapai telefonnya yang terletak di atas meja kerjanya. Pintu bilik kerjanya yang sudahpum dikunci selamat memudahkan lagi untuk Faliq membuat kerjanya.

Komputer dibuka, beberapa maklumat tentang kerjanya mulai tertera di skrin komputer. Dengan penuh teliti Faliq memeriksa satu persatu maklumat. Tangan dicantum untuk menongkat dagu. Faliq melepaskan keluhan kasar apabila tanggapannya langsung tidak masuk logik akal.

  Fikirnya tadi, bahawa penjenayah kali ini yang mengupah seseorang untuk menumbuknya. Tapi ternyata tanggapnlannya salah sama sekali. Jam di dinding dipandang. Sekali lagi nafas berat keluar daripada mulut Faliq.

  Selalunya jika ada misi, memang Faliq akan tidur awal dan bangun awal pagi untuk workout supaya badannya kekal fit dan berstamina. Faliq bersandar di kerusi kerjanya, entah kenapa sekarang ini fikiran Faliq bercelaru. Kadang- kadang Faliq terlalu rasa bersalah terhadap Rania kerana tidak berterus terang tentang dirinya.

  Macam mana dia mahu terus terang kalau Faliq sendiri tiada kekuatan langsung. Malah setiap rahsia yang tersimpan rapi oleh Faliq bukanlah satu perkara yang boleh membuatkan Rania tersenyum, tetapi mampu membuatkan Rania menangis.

  Tipulah kalau Faliq tak pernah marah akan diri sendiri. Faliq sendiri sudah berjanji dengan diri sendiri yang dia mahu menjaga dan melindungi Rania walau apa pun yang terjadi, tetapi sekarang ini? Faliq sendiri tidak boleh melindungi dirinya sendiri. 

"Macam mana kau nak jaga Rania sedang kan diri kau sendiri pun kau tak mampu nak jaga?"

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now