bab 13

1.8K 255 27
                                    

2 Bulan Kemudian.

"TAK APA, kalau awak rasa tak faham dengan apa yang kita bincang tadi,awak boleh contact je saya. Don't worry." Ujar Rania sambil tersenyum tipis. Fail yang berada di dalam pegangannya diberikan kepada klien dihadapannya.

Sepanjang 2 bulan ini,boleh dikatakan butik Rania semakin lama semakin mendapat perhatian orang ramai. Bermula daripada golongan remaja dan juga dewasa. Dan ada juga pelakon terkenal yang membeli beberapa koleksi daripada butiknya.

Rania tersenyum tipis.Dan sepanjang 2 bulan ini jugalah Rania langsung tidak berjumpa dengan seseorang. Apatah lagi ingin bertanya khabar dan berbual seperti dahulu.

Siapa lagi kalau bukan Faliq Hanafi Shah.

Okay okay, husnuzon sajalah Rania. Mungkin selama 2 bulan ni, Faliq berada di luar negara? Dan mungkin dalam masa yang sama juga Faliq ada banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Kan?

Husnuzon jelah nak.

Kemudian, Rania melangkah keluar daripada pejabat. Kaki mula dibawa menuju ke arah pantry. Tanpa disuruh, Rania mengambil tempat disebelah Safya yang sedang menikmati nasi lemak sambal ayam.

"Amboi Safya, selera nampak?" Soal Rania mengusik. Safya pula sudah tersengih seperti kerang busuk. Kantoi pula dengan Cik Rania. Dahlah harini Safya bedal 2 bungkus nasi lemak.

"Tak pernah saya tengok Safya makan nasi lemak sampai 2 bungkus. "

Sekali lagi Safya tersengih.

Rania sudah menggeleng kecil. Tapi betul apa,sepanjang Safya kerja dengan Rania,tak pernah lagilah Rania nampak Safya makan nasi lemak sampai 2 bungkus. Selalunya, Safya akan makan nasi lemak ataupun mee goreng.

"Cik Rania,kalau saya nak tanya satu benda,boleh dak?" Soal Safya. Rania pula hanya mengangguk perlahan. Sebungkus maggi goreng diambil dan dibuka.

"Baik awak tanya cepat Safya sebelum saya makan." Ujar Rania lalu menyuap maggi goreng ke dalam mulutnya. Tangan Safya pula sudah naik menggaru kepalanya sendiri.

Sat, nak tanya ka dak?

"Nih camni. Haritu waktu saya dok jaga kaunter, adalah sorang jantan ni mai duk tanya fasal Cik Rania." Ujar Safya teragak agak. Rania yang sedang menjamu selera terus mati tingkah lakunya.

"Dia tanya apa?" Soal Rania dengan nada yang agak mendatar. Tidak terlalu lembut dan tak terlalu dingin.

"Dia tanya saya, Cik Rania ni sihat ke dak? Dah makan ka belum."

Rania pelik.

Dah siapa pula ni? Takkanlah Faliq pula? Eh,tapi boleh jadi juga sebab selama 2 bulan ni,dia langsung tak berhubung dengan Faliq. Tapi,apa motif Faliq buat macamtu?

"Tapi lelaki yang mai duk tanya Cik Rania ni,setiap hari dia akan pakai baju sut. Gaya pemakaian dia macam orang kaya."

Sah!

Memang Faliq yang datang ke butik dia setiap hari. Tapi,apa motif Faliq buat macamtu?

Cepat cepat Rania mengeluarkan telefon bimbit miliknya. Gambar Faliq pantas dicari. Daripada mana dia dapat gambar Faliq?

Jangan tanya.

"Lelaki ni ke Safya?" Soal Rania lalu menunjukkan gambar Faliq kepada Safya yang sedang meneguk air teh ais.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now