bab 34

1K 145 15
                                    

TERKETAR ketar tangan Rania naik menyentuh batu nisan yang tertera nama penuh Rayyan dan tarikh kematiannya. Air matanya yang ditahan akhirnya jatuh juga. Faliq yang sedang berdiri dibelakangnya langsung tidak dipeduli.

"Ra-Rayyan.." Nafas Rania seakan akan terhenti apabila mahu menyebut nama Rayyan. Seperti terkena satu renjatan eletrik apabila melihat nama Rayyan tertera di batu nisan.

  Anak yang Rania sayangkan lebih daripada nyawanya sendiri walaupun hakikatnya Rayyan langsung tiada pertalian darah dengan Rania, tetapi akhirnya pergi juga menghadap ilahi. Lebih menyakitkan, Rania tidak dapat melihat dan mencium buat kali terakhir wajah Rayyan. Begitu juga dengan Muhammad.

"Assalamualaikum Rayyan, Muhammad. Ma-mama datang n-nak melawat. Mama minta ma-maaf sayang seb-sebab mama lambat da-datang." Tergagap gagap Rania berkata kata.

   Tangan Rania naik menyentuh kubur Rayyan. Begitu juga dengan kubur Muhammad. Air matanya yang masih lagi jatuh mengalir langsung tidak dikesat. Saat ini, Rania hilang kata katanya.

  Rania beralih memandang sebelah apabila Faliq duduk di sebelahnya. Tangan kiri Rania diambil dan diusap perlahan. Faliq tahu apa yang Rania rasa sekarang ini, kerana Faliq juga turut merasanya.

"Terima kasih sebab korang berdua sudi hadir da-dalam hidup mama, bagi mama rasa bahagia, mama ha-hargai sangat sangat kehadiran korang berdua walaupun cu-cuma sekejap saja...." Rania berjeda seketika. Sebak yang kian menebal di dalam jiwanya menyukarkan Rania untuk meneruskan percakapannya.

"..... Mama sentiasa sayangkan korang, wa-walaupun hakikatnya mama dah tak boleh nak ja-jaga korang berdua se-sebab korang dah tinggal dekat tempat yang lebih in-indah daripada du-dunia." Tambah Rania lagi.

"Rania..." Panggil Faliq perlahan. Rania terus beralih memandang Faliq.

"Jom balik? Dah lama dah kita dekat sini. Nanti esok kita datang lagi eh? Lagipun awak tu baru saja habis berpantang, saya taknak nanti bila awak duduk lama dekat sini emosi awak semakin terganggu." Pujuk Faliq.

Rania mengangguk perlahan.

  Perlahan lahan Rania dan Faliq bangun dari duduk. Kaki masing masing mula melangkah menuju ke arah kereta Faliq. Masuk sahaja ke dalam kereta, Faliq terus menghidupkan enjin keretanya. Penghawa dingin mula memenuhi ruang kereta. Rania hanya diam sahaja sambil memerhati kubur Rayyan dan Muhammad.
 
  Masuk sahaja ke dalam perkarangan rumah Tuan Azhar, Rania dan Faliq sudah pelik apabila kereta Qayden diparkir elok.

"Kenapa Qayden ada dekat sini?" Soal Rania pelik apabila kereta Qayden berada di dalam perkarangan rumah Tuan Azhar. Mati sahaja enjin kereta terus Rania dan Faliq melangkah keluar. Kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah Tuan Azhar, lagi pelik apabila Rihanna turut ada di dalam rumah.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Rania lalu duduk di sebelah Rihanna.

"Eh, salah ke kalau aku nak jumpa kawan aku sendiri? Lagipun sekarang ni kau ok tak, Rania?" Soal Rihanna. Rania hanya mengangguk perlahan.

"Urm... Rania." Panggil Qayden. Rania hanya mengangkat kening sahaja. Faliq yang berada di sebelah Qayden sudah tidak sedap hati dengan tingkah lalu Qayden kali ini.

"Aku rasa Faliq ada nak bagi tahu satu benda dekat kau. Maksud aku, rahsia yang Faliq simpan selama ini. Betul tak, Faliq?" Soal Qayden sambil memandang Faliq.

Faliq terkedu.

"Ra-rahsia apa ni, Faliq?" Soal Rania. Faliq hanya dian sahaja. Langsung tidak menjawab pertanyaan Rania. Dalam hati , Faliq sudah mula menyimpan seranah Qayden.

.

"AWAK simpan rahsia apa dekat saya, Faliq?" Soal Rania dingin. Suasana di antara mereka berempat mulai tegang apabila Rania mula menyoal Faliq. Tuan Azhar dan Puan Aisha sudah keluar untuk membeli barang sekaligus memberikan ruang kepada mereka berempat.

"Awak simpan rahsia apa, Faliq?" Nada yang digunakan oleh Rania semakin dingin. Faliq mula mengangkat mukanya memandang Rania. Rania dan Faliq masing masing bertentang mata,dari anak mata Rania sahaja menunjukkan yang Rania mahukan jawapan kepada persoalannya.

"Saya bukanlah sebaik yang awak sangkakan Rania."

"Maksud awak?" Soal Rania tidak faham. Rania beralih memandang Rihanna yang berada di sebelahnya.

"Saya bukannya ahli perniagaan macam yang awak nampak selama ini. Saya spy, kerja saya memang bahaya, Rania. Banyak sebab kenapa saya cakap yang kerja saya ni bahaya. Lebih lebih lagi ianya lebih membahayakan keselamatan awak...."

".... Peraturan kerja saya, saya tidak boleh kahwin dan mempunyai keluarga. Tapi kalau diorang dapat tahu yang saya ada keluarga ataupun isteri,diorang akan arahkan saya untuk ceraikan isteri saya. Tapi kalau saya ingkar juga,diorang akan culik dan bunuh. Tapi saya tahu saya salah sebab tak berterus terang dengan awak, Rania.. Tapi percayalah saya janji yang saya akan jaga awak." Faliq bangun dari duduknya. Kedua dua tangan naik mencekak pinggangnya sendiri.

"Kerja saya ni memang bahaya, Rania. Terlalu bahaya sampaikan saya perlu rahsiakan perkara ni dekat awak. Tapi silap saya, sebab saya tak berterus terang dekat awak tentang siapa saya yang sebenarnya...."

"Kenapa Faliq? Kenapa awak rahsiakan perkara macam ni dekat saya?" Soal Rania. Rania juga turut bangun dari duduknya.

"Sebab saya tahu kalau saya cakap dekat awak,awak memang akan benci dan marahkan saya."

"Habistu?! Awak rasa sekarang ni saya tak marahkan awak?! Saya tak bencikan awak?! Saya penatlah , Faliq! Kenapa sekarang awak cakap dekat saya fasal benda ni?! Kenapa?!" Nada Rania sudah naik. Faliq hanya diam sahaja. Anak mata Faliq naik memandang Rania.

"Kenapa, Faliq? Kenapa sepanjang perkahwinan kita ni, awak mesti selalu sakitkan hati saya? Saya penatlah, Faliq. Kadang kadang saya rasa yang saya ni tak layak nak bahagia langsung. Waktu kecil saya hancur macam tu saja. Tapi bila saya jumpa awak, saya letak harapan yang tinggi. Saya harap sangat yang awak boleh jaga dan lindungi saya. Tapi rupanya saya silap."

  Faliq hanya diam sahaja. Kata kata yang diucapkan oleh Rania sebentar tadi sedikit sebanyak agak menghiris hati Faliq. Namun dibalik kata kata Rania ada juga betulnya. Daripada awal perkenalan dia dan Rania, yang dia tahu cuma buat Rania bersedih. Itu saja.

"Saya minta maaf Rania sebab dari awal kita kenal saya cuma tahu sakitkan hati awak saja."

Kedua dua anak mata Rania masih lagi memandang tepat figura Faliq.

"Dah lambat dah, Faliq. Saya dah hilang anak saya, saya dah hilang orang yang saya sayang, awak tinggalkan saya dua bulan  bila awak dapat tahu yang saya ni depression. Dan sekarang ni baru awak nak bagi tahu saya? Baru sekarang ini awak nak minta maaf dekat saya?" Soal Rania.

"Terus terang saya cakap, saya kecewa dengan awak Faliq. Saya sangat sangat kecewa dengan awak. Tapi saya sedar salah saya juga sebab saya expectations saya dekat awak sebagai seorang suami terlalu tinggi." Tambah Rania lagi.

"Saya minta maaf, Rania. Kalau awak nak minta saya buat apa sekalipun, saya sanggup buat Rania. Asalkan awak sudi dan sanggup maafkan semua kesalahan saya." Ujar Faliq pula.

  Air mata Faliq yang jatuh langsung tidak dikesat. Tetapi berbeza pula dengan Rania, walaupun setitik pun air matanya langsung tidak jatuh dan daripada tadi kedua dua anak mata Rania tidak lepas dari memandang Faliq yang sedang berdiri di hadapannya.

  Hati Rania sekarang ini seperti disiat siat. Kenapa perlu sekarang ni Faliq berterus terang dengannya? Kenapa? Kenapa terlalu terlambat? Malah apa yang Faliq rahsiakan ini adalah salah satu perkara yang langsung tidak boleh dibawa main dan satu perkara yang diluar jangkaan Rania sendiri.

"Mulai harini, Faliq. Saya buka pintu hati saya kepada awak untuk terus sakitkan hati saya lagi dan lagi tanpa henti. Kalau awak ada agenda agenda awak yang mungkin saya tak tahu, tak apa teruskan saja. Kalau awak nak bunuh saya, awak bunuhlah saya asalkan awak buat. Sebab saya tahu,semua benda yang terjadi ni salah saya juga....."

"..... Sebab saya terlampau berharap dekat manusia sedangkan manusia itu banyak agendanya. Ada yang baik ada yang sebaliknya,tapi kali ini memang saya betul betul silap sebab saya anggap awak ni baik bak malaikat."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Место, где живут истории. Откройте их для себя