bab 58

778 78 14
                                    

MUG yang berisikan air white coffee diletakkan di atas piring kecil. Sara Jane mengangkat mukanya memandang Puan Aisha yang duduk dihadapannya. Sara Jane tersenyum sinis dalam diam. Dia tak sangka langsung yang perempuan tua dihadapannya ini juga turut menyimpan dendam, bezanya perempuan ini berdendam terhadap Tuan Azhar. Dan, dendamnya juga sudah selesai.

"Thanks."

"For what?" tutur Sara Jane.

"Sebab kau dah tolong aku untuk bunuh suami aku." ujar Puan Aisha dingin.

"Lagipun, aku kahwin dengan dia bukannya sebab aku nak harta dia ataupun cintakan dia. Tapi aku nak balas dendam. Tapi tak sangka rancangan aku ni ada yang berubah." tutur Puan Aisha lagi.

"Rancangan berubah? Maksud kau?" soal Sara Jane.

"Aku tak sangka yang kau pun ada juga berdendam dengan keluarga aku. But, its okay. Aku boleh bersubahat dengan kau. "

"Oh ya, aku lupa nak bagitahu. Aku rasa mungkin kita dah boleh mulakan apa yang kita rancangkan selama ini, lagipun aku tak sabarlah nak jatuhkan anak kau."

"Sure. Pastikan Rania jatuh tersungkur, biar dia jatuh sampai tak boleh nak bangun." tutur Puan Aisha dingin, Sara Jane cuma diam. Tangannya membawa keluar telefon bimbitnya, nombor Rania didail. Tidak sampai beberapa saat kemudian, talian bersambung.

"Hello, kau free tak? Aku nak jumpa dengan kau. Boleh?" soal Sara Jane kepada Rania di dalam talian. Puan Aisha diam sambil memerhati.

"Sorry, aku tak free sekarang ni. Kalau minggu depam boleh tak?" soal Rania di dalam talian, Sara Jane mengangguk sambil tersenyum tipis.

"Boleh saja. Okaylah, bye. Nanti kita jumpa." butang merah digit ditekan. Sara Jane menyimpan kembali telefon di dalam beg tangannya.

"Aku pergi dulu. Lagipun, aku taknaklah pula nanti Rania syak macam macam dekat aku. Bye." tutur Puan Aisha dan melangkah pergi dari situ. Sara Jane memandang kosong figura Puan Aisha yang semakin lama semakin hilang dari pandangan mata. Tubuhnya disandarkan ke kerusi yang dia duduk, tangan naik memegang dahi.

Fikirannya secara tidak langsung mengingatkannya satu perkara, ataupun satu tragedi.

.

.

(6 tahun yang lalu)

FALIQ beralih memandang Sara Jane disebelah, sejambak bunga yang dibeli olehnya semasa dia dalam perjalanan ke sini diberikan kepada Sara Jane. Sara Jane pelik.

"Kenapa?"

"Saja, saya beli untuk awak. Lagipun sekarang ni saya kan sibuk, kita berdua pun jarang keluar. Awak anggap sajalah bunga ni sebagai tanda permohonan maaf saya kepada awak." tutur Faliq. Sara Jane tertawa kecil. Bunga tersebut diambil dan diletakkan di atas kerusi. Memandangkan sekarang ini waktu malam dan suasana di taman ini agak sunyi, cuma beberapa orang sahaja yang ada di taman.

"Awak cakap tadi awak nak berjumpa dengan saya sebab ada benda penting nak berbincang dengan saya. Awak nak cakap apa?" soal Sara Jane. Faliq cuma diam dan bangun dari duduknya. Melihat Faliq bangun, Sara Jane juga turut bangun mengikut Faliq.

"Saya minta maaf sangat sangat sebab sejak kebelakangan ni kita berdua macam dah jarang contact. Lagipun dekat universiti pun kita jarang berjumpa. Saya rasa bersalah sangat lagi-lagi bila eom-ma dengan a-ppa ajak saya makan dekat rumah tapi saya tak boleh nak datang. I'm sorry." tutur Faliq lagi.

"Ish, benda tu sebenarnya saya tak kisah sangat. Lagipun bila bercinta tak semestinya setiap masa nak kena contact. Tapi kalau lepas ni awak lapang jemputlah datang ke rumah saya."

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now