bab 41

923 121 3
                                    

"MACAM mana Faliq sekarang ini?" Soal Rihanna lalu meneguk air oren yang dipesan olehnya sebentar tadi. Rania cuma diam.

"Sekarang ini dia dah okay dah. Cuma biasalah sakit sikit-sikit dekat tempat dia kena tumbuk. Lagipun aku pelik lah dengan Faliq." ujar Rania bersama kerutan di dahi.

"Kenapa pula?" soal Rihanna.

"Faliq tak nak buat report polis. Lepas itu bila aku tanya kenapa, Faliq cakap yang dia tak nak keruhkan keadaan lagi. Tapi itulah, masalahnya aku yang risau kalau dia kena tumbuk sekali lagi." luah Rania. Rihanna hanya mengangguk perlahan.

"Tapikan Rania, boleh aku tanya kau satu soalan?" soal Rihanna.

"Apa dia?"

"Kau takkan tak syak apa-apa. Mungkin yang tumbuk Faliq tu musuh dia sendiri. Mana nak tahu." ujar Rihanna lagi. Rania melepaskan nafas berat.

"Entahlah, akupun tak tahulah Rihanna. Sejak kebelakangan ini, aku perasan yang macam ada orang yang selalu ikut aku. Takut jugalah aku. Tambah-tambah lagi bila aku balik malam, lagilah aku takut."

"Rania, aku rasakan sekarang ini lebih baik kalau kau nak pergi mana-mana kena ada orang yang teman kau. Kau tak boleh dah nak keluar seorang. Lagipun bahaya kau tahu tak? Kau dahlah perempuan, lepas itu kau pula bukannya aku tak tahulah kalau boleh semua benda nak buat sendiri." ujar Rihanna. Rania tersengih seperti kerang busuk.

"Eh tapikan, aku ada seorang kawan ini nama dia Sara Jane. Mulanya kami berdua ni macam tak rapat sangat lepas itu semakin lama kami semakin rapat, sampailah satu hari tu. Dia decide nak cerita semua fasal masa silam dia." ujar Rania sambil tersenyum. Rihanna pula sudah pelik.

"Kenapa tiba-tiba kau nak rapat dengan dia? Padahal bukan kau baru jumpa dia. Yang tiba-tiba kau nak rapat ni kenapa? Lagipun, Rania Ramanshah yang aku kenal selama ini. Susah untuk kau rapat dengan orang, cuma lepas kau kahwin dengan Faliq saja yang kau berubah." ujar Rihanna bersama kerutan di dahi.

  Lagipun memang betul pun apa yang dia katakan sebentar tadi, Rania Ramanshah yang dia kenal bukannya seorang yang suka berkawan. Apatah lagi nak rapat dengan orang yang baru sahaja dia kenal. Tapi sekarang?

"Rihanna, salah ke kalau aku nak berubah? Lagipun aku taknak dah jadi orang yang beku sangat sampaikan taknak berkawan dengan dia orang lain. Lepas itu, kau tahu tak Sara Jane itu kesian tau dekat dia. Dia sebatang kara." ujar Rania dengan nada tidak puas hati lagi. Rihanna sudah menggeleng.

"Ikut kaulah Rania. Lagipun, kalau kau nak berkawan dengan dia, kau berkawan sajalah. Tapi kalau kau nak ajak aku kawan dengan dia sekali, sorry but it's a big no for me." ujar Rihanna lalu menyuap Caesar Salad ke dalam mulutnya.

.

.

.

FALIQ mengambil tempat di hadapan Rania. Rania cuma memandang kosong sahaja Faliq dihadapannya, sebelum beralih memandang skrin komputer. Faliq cuma diam memandang keseluruhan pejabat Rania.

"Ada apa awak datang sini?" soal Rania terlebih dahulu.

"Sebenarnya saya ada benda nak cakap dengan awak."

"Apa dia?"

"Lagi dua hari saya kena pergi outstation, tapi sepanjang saya pergi outstation itu saya nak awak duduk dengan ayah dan ibu. Saya taknak awak duduk rumah seorang diri. Lagipun bahaya." ujar Faliq. Rania cuma mengangguk perlahan tanda dia faham.

"Awak pergi outstation berapa hari?" soal Rania sambil memandang Faliq. Faliq tersenyum tipis. Kedua dua tangan dicantum lalu dibawa menongkat dagu.

"Sebulan."

"Hah? Biar betul awak ni? Kenapa lama sangat?" soal Rania separuh menjerit. Faliq tertawa kecil, ditambah pula dengan nada Rania lagilah membuatkan Faliq mahu tertawa.

"Betullah. Lagipun kali ini, kerja saya lagi banyak. Sebab lepas accident itu saya mana ada outstation dah. Jadi sekarang ini memang kerja saya memang banyak. Itu yang sampai sebulan saya kena pergi." tutur Faliq. Perkataan accident disebut dengan nada yang agak perlahan.

"Tapi kalau saya tak tinggal dengan ayah dan ibu boleh tak? Saya malaslah. Lagipun saya risau kalau nanti ibu tanya dekat saya kenapa saya taknak mengandung lagi. Saya malaslah awak." tutur Rania.

Faliq cuma diam.

"Tak, ibu takkan tanya awak soalan macam itu lagi dah. Lagipun saya taknak awak duduk rumah seorang sebab bahaya tahu tak? Awak dahlah perempuan, lepas itu duduk seorang pula. Kalau apa apa jadi dekat awak, ada ke yang nak menolongnya? Takkan." tutur Faliq.

  Diam. Rania cuma diam sahaja, bohonglah kalau dia tak kecewa. Tapi ada betulnya juga kata-kata Faliq sebentar tadi. Bahaya juga kalau apa-apa terjadi dekat dia. Dahlah dia duduk seorang.

"Hurm. Okaylah, nanti saya kemas baju."

.

.

.

FALIQ dan Tuan Azhar yang sedang rancak berbual hanya dipandang kosong sahaja. Malas Rania mahu menyampuk. Puding roti di potong kecil dan disuap ke dalam mulutnya. Figura Puan Aisha dipandang sekilas.

"Rania." panggil Puan Aisha. Rania terus mengangkat mukanya memandang Puan Aisha, satu senyuman tipis diberikan kepada Puan Aisha.

"Kenapa Rania makan sikit saja? Rania kenyang dah? Ataupun Rania tak ada selera nak makan?" soal Puan Aisha. Rania hanya diam sahaja.

"Rania hari ini tak berapa nak sihat, ibu. Itu yang Faliq hantar Rania awal sikit. Sepatutnya hantar esok tapi tak apalah, Faliq hantar Rania malam ini." sedar akan keadaan Rania yang cuma diam sahaja saat disoal oleh Puan Aisha, terus Faliq menjawab bagi pihak Rania.

"Tak apalah, kalau Rania tak sihat nanti esok ibu masak kan bubur dekat Rania. Esok Rania rehat saja, tak payahlah nak pergi butik. Rania rehat dulu sampai sembuh." ujar Puan Aisha. Rania menggeleng sambil tertawa kecil.

"Jangan risaulah ibu. Lagipun esok nanti, Rania okaylah. Tak apalah ibu, Kalau macam itu Rania naik atas nak rehat. " ujar Rania lalu bangun dari duduknya. Faliq cuma memandang sahaja figura Rania yang mulai jauh dari pandangan matanya.

"Kamu dengan Rania tak ada bergaduh?" soal Tuan Azhar sebaik sahaja Rania masuk ke dalamnya. Faliq cuma menggeleng sahaja, lagipun daripada awal lagi memang Faliq sudah tahu yang Tuan Azhar pastu akan tanya soalan itu.

"Betul?" soal Tuan Azhar sekali lagi. Faliq cuma menggeleng sahaja.

"Jangan risau ayah, kami memang tak bergaduh pun. Lagipun tiba tiba saja hari ini Rania tak sihat. Mungkin sebab Rania terlalu penat kot." ujar Faliq mendatar.

"Baguslah kalau kamu dengan Rania tak bergaduh, lagipun ayah sebenarnya bukannya nak menyibuk fasal hal rumah tangga kamu. Tapi itulah, tak elok suami isteri gaduh lama lama." Dalam bertutur, sempat juga Tuan Azhar selitkan nasihat kepada Faliq. Faliq cuma mengangguk sahaja.

  Suasana di meja makan itu senyap tanpa sepatah bicara. Tuan Azhar memandang Faliq yang sedang menjamah puding roti. Kemudian, pandangan mata Tuan Azhar beralih kepada Puan Aisha pula.

"Faliq, ibu sebenarnya nak minta maaf kalau kata-kata ibu tempoh hari dekat Rania tu, ada buatkan Rania sakit hati."  Faham dengan mimik muka Tuan Azhar, terus Puan Aisha meminta maaf terhadap Faliq tentang kejadian tempoh hari.

"Lagipun, ibu tahu yang ibu sebenarnya tak ada hak langsung nak tanya soalan macam itu dekat Rania. Ibu minta maaf, Faliq sebab buatkan Rania sedih." tutur Puan Aisha lagi. Faliq tersenyum tipis. Anak mata Faliq mula naik memandang Puan Aisha.

"Tak ada apalah ibu, lagipun ibu tak buat salah pun. Lagipun mungkin apa yang terjadi semua ini salah Faliq. Mungkin se-"

"Sudahlah tu Faliq. Benda yang dah lepas jangan dikenang lagi dah. " potong Tuan Azhar. Lagipun, sudah hampir 1 tahun akan kejadian tersebut. Jadi tidak perlu lagilah untuk mengungkit kejadian itu lagi.

Benda dah lepas tidak perlu dikenang lagi.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now