bab 6

2.2K 305 13
                                    

Daripada tadi mata Faliq tidak lepas daripada memandang Rayyan yang sedang bermain dengan permainannya. Kemudian, Faliq mengalihkan pandangannya memandang ke arah luar tingkap di bilik Rayyan. Fikirannya mula melayang mengingatkan kejadian dua hari lepas iaitu 'kemalangan' kecil itu.

"Siapa perempuan tu?" Soal Faliq sendirian dengan nada yang agak perlahan cukup untuk dia seorang sahaja dengar. Kemudian, Faliq terus mengalihkan pandangannya memandang figura Rayyan.

Kadang kadang, Faliq sendiri setuju dengan kata kata Qayden yang menyuruh dia untuk cari seorang mama kepada Rayyan. Kalau ikutkan hati dia nak saja dia membujang sampai ke tua. Biarlah, kalau memang sudah tidak ada jodoh sekalipun. Tapi itulah, kalau Faliq sendiri berfikiran macam tu dan orang yang paling terkesan ialah Rayyan.

"Rayyan." Panggil Faliq dengan nada yang agak mendatar, Rayyan yang sedang bermain dengan permainannya terus mengangkat muka memandang Faliq yang sedang duduk di atas sofa.

"Meh sini ..." Faliq menepuk sedikit sofa. Rayyan pula terus bangun dan melangkah menuju ke arah Faliq.

"Kenapa abah?" Soal Rayyan polos. Faliq pula terus menepuk sofa menyuruh Rayyan mengambil tempat disebelahnya. Tanpa disuruh buat kali kedua, Rayyan mula mengambil tempat.

"Rayyan...kalau abah nak tanya something boleh tak?" Soal Faliq. Rayyan pula hanya mengangguk.

"Rayyan....rindu arwah mama tak?" Soal Faliq dengan nada yang agak teragak agak. Entah kenapa mulutnya agak lancar menanyakan soalan tersebut kepada Rayyan tanpa berlapik.

"Rayyan rindu sangat dekat arwah mama dengan arwah daddy. Tapi kalau Rayyan rindu, Rayyan bukan boleh jumpa arwah mama dengan arwah daddy pun."

Deg.

Faliq terkedu. Sedikit sebanyak mula timbul rasa menyesal sebab bertanyakan soalan yang sememangnya sangat sensitif kepada Rayyan.

"Macam ini ..." Faliq berjeda seketika. Kedua dua tangan Rayyan diangkat seolah olah berdoa.

"... kalau Rayyan rindukan arwah mama dengan arwah daddy, bila Rayyan dah habis solat. Rayyan doakan supaya mama dengan daddy tenang dekat sana ... " ujar Faliq. Rayyan pula hanya mengangguk. Bibir Rayyan pula sudah tersebik sebik menahan sebak yang semakin menguasai diri.

"A-abah." Panggil Rayyan. Faliq pula hanya mengangguk lemah. Kedua dua anak mata Faliq memandang tepat ke arah Rayyan.

"Mama dengan daddy dah lupakan Rayyan ke?" Soal Rayyan lagi. Faliq pula hanya menggeleng lemah. Sedikit sebanyak rasa sebak sudahpun menguasai dirinya.

"Tak."

"Mama dengan daddy masih sayang Rayyan lagi ke?" Soal Rayyan polos. Faliq pula hanya mampu menganguk lemah. Faliq sendiri seolah olah tiada kekuatan apabila solah daripada Rayyan menjengah gegendang telinganya.

"Mama dengan daddy, tenang tak dekat sana?" Soal Rayyan sekali lagi. Faliq pula hanya mengangguk. Wajahnya ditundukkan sedikit. Biarlah, sekurang- kurangnya kalau air matanya jatuh sekalipun, Rayyan tak nampak.

Cukuplah selama ini Faliq lemah apabila Rayyan menyoalnya perihal arwah Zayden dan Kak Saera. Kadang kadang, air matanya juga hampir jatuh bila Rayyan sentiasa tenung gambar arwah Zayden dan juga Kak Saera.

Tipulah kalau selama ni Faliq sendiri hampir menangis apabila dia sendiri terkenangkan nasib Rayyan. Memang dia sendiri tak dapat nafikan yang Rayyan hidup dalam keadaan yang mewah. Tapi dalam masa yang sama, Rayyan juga hidup dalam keadaan kekurangan kasih sayang.

"Rayyan janji satu benda dengan abah boleh tak?" Soal Faliq pula. Perlahan lahan Rayyan mengangguk. Air matanya yang ditahan akhirnya jatuh jua. Perlahan lahan tangan Faliq naik mengesat air mata Rayyan menggunakan belakang tangannya.

Rania Ramanshah: Dikhianat Kerana Dendam (C)Where stories live. Discover now