𝓑𝓪𝓫 2

13K 518 8
                                    

TUALA yang digunakan untuk mengelap rambut yang basah di lempar begitu sahaja di atas kerusi meja belajar sebelum Umaira duduk di birai katil. Rambut yang panjang separas pinggang dibiar lepas.

Letih keluar dengan Mira sehari-suntuk masih belum reda. Bukan boleh buat main kalau dengan Mira. Window shopping dia sangatlah tak boleh percaya. Habis dua biji mall dia ajak jelajah. Pergi tangan kosong balik pun tangan kosong yang extranya adalah letih.

Nasib baik ajak balik lepas isya dia nak balik. Kalau tak hmm tak buka kedai lah esok nampaknya. Umaira menapak keluar dari bilik. Dia ingin memeriksa sama ada pintu sudah dikunci atau tidak. Duduk seorang diri di rumah macam inilah gayanya. Nak mengharapkan siapa lagi nak kunci pintu selain diri sendiri.

Sebaik sahaja memastikan semuanya sudah dikunci, Umaira sempat mencapai telefon pintarnya diatas meja kopi sebelum membaringkan tubuh rampingnya di atas sofa.

Aplikasi Instagram dibuka. Nak buat apa lagi kalau bukan nak jadi FBI agent. Smirk. Jangan buat main kalau perempuan dah start mencari. Tak pernah tak jumpa, WAJIB jumpa. Diulang W.A.J.I.B.

Simbol explore dipilih. Nama yang dikehendaki di type. Semudah A B C jeng jeng dah jumpa suspek yang dikehendaki. Siapa lagi kalau bukan...Syed Farisku.

Tersenyum Umaira sebaik sahaja melihat ada posting baru. Yeay! Rindu walaupun tadi ada terserempak. Over.

"Masyaallah, handsomenya lahai bakal suamiku.."

Wajah handsome Syed Faris diusap bagai gambar itu adalah orang yang sebenar. Daripada telentang diubah kepada mengiring. Dicium skrin telefon pintar itu sepuas-puasnya. Kalau orang tengok ni dah macam obses sangat.

Tapi tidakk..Inilah cinta bak kata seorang Umaira. Makan tak kenyang, mandi tak basah, hmm..semua tak kena.

Telefon pintar dipeluk kemas, mata yang kian melayu perlahan-lahan terkatup kemas. Akhirnya Umaira tertidur di atas sofa. Esok kalau ada yang sakit belakang jangan tanya siapa.




"ASSALAMUALAIKUM." Salam diberi sebaik sahaja dia meloloskan diri ke dalam kedai bunga miliknya.

"Waalaikumussalam, Kak Maira." Seorang gadis yang sibuk mengemas kaunter tersenyum manis sambil membalas salam dari majikannya.

"Awalnya Liya harini. Ni akak sempat singgah beli sarapan. Amir dah sampai?"

Plastik berisi sarapan diletakkan di atas meja kaunter. Mata melilaukan mencari rakan kongsinya, Amir.

"Biasa ja kak. Abang Amir ada dekat belakang kak, dia baru sampai. Terima kasih untuk sarapan ni."

"Tak ada hal. Makan tau. Ajak Amir. Akak nak ke belakang jap."

"Okay kak."

Belum sempat pintu disebalik kaunter itu ditolak, pintu sudah ditarik dari dalam terlebih dahulu. Terjengul wajah Amir.

"Eh..boss"

"Banyaklah kau bos..tu aku ada beli sarapan. Pergi makan pastu baru buat kerja."

Ujar Umaira sebaik sahaja melihat Amir yang tersengih.

"Wahh..terima kasih. Eh kau pun sekali lah jom. Makan sama-sama."

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now