𝓑𝓪𝓫 63

8.8K 431 50
                                    

Umaira membuka matanya. Rambut yang kusut dibetulkan. Kerusi di bahagia pemandu di pandang. Kosong. Mana Syed Faris?

Sekelilingnya dipandang. RnR? Dia kat mana sekarang ni? Tahu-tahu saja dah tertidur. Pintu kereta dibuka. Dia keluar. Susuk tubuh Syed Faris dicari. Pengunjung yang ada disitu ramai ke hulur ke hilir.

"Sweetheart." Umaira menoleh apabila gelaran nama itu disebut. Syed Faris tersenyum melangkah ke arah Umaira. Tangannya penuh dengan plastik.

"Abang kita nak ke mana ni?" Soal Umaira.

Syed Faris mendekati Umaira sebelum dia menarik kepala Umaira lembut dan satu ciuman di dahi diberikan. Lama.

Segar biji mata Umaira yang masih mamai. Tersengih bibir merah bak delima Umaira. Bangun-bangun tidur hati dah berbunga-bunga. Macam mana ni?

"Kita larikan diri." Kata Syed Faris sebelum membuka pintu kereta untuk Umaira.

"Hah? Lari?" Berkerut kening Umaira.

Syed Faris tersenyum sahaja. Sebelah tangan diletakkan di atas kepala Umaira sebelum menolak Umaira masuk ke dalam kereta.

Pintu ditutup. Plastik yang dibawa tadi diletakkan di atas riba Umaira sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta.

"Kita lari dari siapa dan kenapa kita lari?" Soal Umaira lagi. Siapa saja suka bila kena tertanya-tanya macam ni. Kalau boleh semua jawapan dia nak sekarang.

Sambil-sambil berfikir dia membuka plastik yang Syed Faris letak sebentar tadi. Makanan? Terus perutnya rasa lapar.

"Kita lari dari semua orang. We are going to the place that nobody know us." kata Syed Faris . Tangannya membuka laci dashboard di hadapan Umaira. Ubat yang dia beli ketika Umaira tidur tadi diambil.

"Kita nak buat apa? Bukan ke abang busy sekarang ni, tambah-tambah lepas cuti kahwin haritu?" 

Syed Faris mengangguk mengiyakan kata-kata Umaira. Badan Umaira ditolak supaya isterinya bersandar di kerusi. Umaira hanya menurut walaupun kini bertambah lagi soalan yang ingin ditanyakan.

"Sandar dulu sayang, abang nak letak ubat kat leher tu. Kesian sayang asyik berselubung. Panas. Kita tak pernah honeymoon sejak kita kahwin. So, kita nak pergi honeymoon. Tajuk honeymoon kita adalah Unplanned Honeymoon." Kata Syed Faris sebelum tertawa dengan pernyataan diri sendiri.

"Ubat apa ni? Lepastu kita nak pergi mana? Kita nak pergi berapa lama? Ada orang tahu tak kita lari?" Soal Umaira lagi bertubi-tubi.

Baru sahaja Umaira mahu membuka mulut mahu bertanya lagi, mulutnya di halang oleh bibir Syed Faris yang melekap lama disitu. Terbuntang matanya terkejut dengan perbuatan tiba-tiba si suami.

Syed Faris tersenyum sinis di sebalik ciumannya. Tanya banyak lagi. Tak penat ke tanya banyak-banyak. Dia melepaskan tautan bibir mereka. Wajah Umaira yang merah padam membuatkan dia semakin teruja untuk mengusik.

"Ada soalan lagi sayang?" Bisik Syed Faris betul-betul di hadapan muka Umaira. Berkelip-kelip mata Umaira memandang Syed Faris sebelum kepala digeleng pantas.

Okay, dia tak nak tanya dah. Oh my Allah. Syed Faris nak bagi dia sakit jantung untuk kali yang keberapa ni.

"Kita letak ubat dulu baru makan okay?" 

Umaira mengangguk laju. Bersetuju tanpa suara. Syed Faris tersenyum senget. Ubat di tangan dipicit sedikit. Perlahan-lahan ubat itu di sapu pada leher Umaira yang penuh dengan bekas merah dan ungu.

Umaira tahan nafas. Muka Syed Faris dan dia hanya berpisah untuk beberapa jengkal sahaja. Silap langkah sakit jantung untuk sekali lagi Umaira dibuatnya.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now