𝓑𝓪𝓫 77

9.4K 379 40
                                    

Umaira meringis sakit. Kepalanya rasa berdenyut-denyut. Pinggangnya terasa lenguh dan tak selesa. Mata dia cuba kelipkan beberapa kali apabila matanya kabur dan tak jelas.

Ternganga mulutnya melihat sekelilingnya. Bilik apa ni? Bilik ini kosong dan dinding pula ada bahagian yang sudah retak dan berwarna hitam. Gelap. Hanya ada sedikit sahaja cahaya yang mencuri masuk ke dalam ruangan ini. Umaira cuba menggerakkan tangannya yang terikat.

Terbuka?!

Eh! Bodohnya orang yang ikat dia ni. Sekali tarik ja dah lepas. Tali yang melilit badannya dia buka. Dengan semudah ABC dia terlepas bebas. Umaira berdiri.

Prak! Prak!

Entah berapa lama orang yang culik dia dudukkan dia kat sini sampai macam tu sekali bunyi tulang. Umaira menggerakkan badannya, cuba untuk membetulkan segala urat saraf yang tidur lama.

Sekitar bilik atau lebih tepat lagi stor dipenuhi dengan kotak dan barang yang tak terpakai. Umaira memeluk tubuh sambil menggosok lengannya. Sejuk.

Terhenti tangannya apabila terasa lengannya tak berlapik sebarang kain. Baju di tubuh dia tilik.

"What is this?" Dress merah hati yang tersarung pada tubuhnya dia genggam. Tadi dia pakai baju t-shirt lengan panjang dengan seluar tidur ja. Macam mana boleh bertukar?

Berdebar-debar hatinya memikirkan sebarang kemungkinan. Tak kanlah penculik itu yang menukar pakaiannya. Umaira menekup mulut.

 Umaira menekup mulut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Syed Faris?

Terdiam Umaira apaila sebaris nama itu lalu difikirannya. 

'Syed Faris accident!'

'Mira?! Kau dengar tak?'

'Aku minta maaf Umaira. Aku terpaksa.'

"Mira? Mana Mira?" Sekeliling bilik kecil dia perhati hanya dia seorang sahaja yang ada disini. Tiba-tiba tombol pintu bergerak-gerak seperti ada yang cuba membukanya dari luar.

Kalut Umaira  duduk dan melilit badannya kembali dengan tali yang dia buka tadi. Semuanya dia buat supaya ternampak seperti tali itu belum dibuka. Mata dia pejam rapat.

Dadanya bagai mahu pecah mendengar bunyi tapak kasut mendekati dirinya. 

"Dia tak bangun lagi ke?" tanya satu suara garau.

"Belum. Berapa banyak perempuan tu letak cloroform yang lama sangat Umaira ni pengsan?" Balas pula suara lembut perempuan.

Kenapa Umaira rasa dia seperti kenal betul dengan suara mereka berdua tapi dia masih belum mendapat jawapan siapa itu. 

"Tak apalah, nanti kita datang balik. " Kata suara garau itu pula.

"Okay. Macam manalah kita boleh termasuk dalam plan bodoh ni." Perempuan itu ketawa sinis.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now