𝓑𝓪𝓫 80

9.2K 367 20
                                    

"Remember! Jangan balik sendiri abang datang ambil petang nanti. Kita dating." Ucap Syed Faris tanpa melepaskan genggaman tangan Umaira. Berat rasa hati mahu melepaskan Umaira masuk ke dalam kedai. Rindu.

"Ya husband, suami, abang, sayang, baby, buchuk-buchuk sayang oi!" Kata Umaira malas. Sudah 30 minit mereka duduk di dalam kereta sejak sampai di hadapan Umaira's Florist tapi Syed Faris masih belum mahu membiarkan dia masuk dan bekerja dengan tenang.

Sudahlah dia dipaksa datang bersama. Selalunya memandu sendiri okay saja. Harini tahap mengada lelaki itu sangatlah menguji jiwa dan raga.

Tersenyum panjang Syed Faris. Tangan lembut Umaira dia usap. Umaira menggeleng kepala melihat kerenah Syed Faris. Entah silap makan apa sampai jadi macam ni. Rasanya pagi tadi untuk sarapan dia masak nasi goreng saja. Tak ada pulak mandrem apa-apa. Eh?

"Sampai bila abang nak pegang tangan sayang ni? Tak nak pergi kerja ke?" Tangannya yang di dalam pegangan Syed Faris digoyang-goyang. Mahu Syed Faris lepaskan.

Namun, silap Umaira jika dia fikir Syed Faris akan melepaskannya semudah itu. Tidak sama sekali. Pasti banyak helah yang lelaki itu gunakan tapi suami kesayangannya mungkin lupa yang Umaira pun banyak juga helahnya.

"Abang sini jap." Jari telunjuknya digerakkan mahu Syed Faris yang duduk di kerusi pemandu mendekat.

Tanpa memikirkan apa-apa kemungkinan Syed Faris mendekat. Umaira tersengih. Tangan yang bebas dari pegangan Syed Faris naik mengelus lembut rahang tajam lelaki itu. Kacak.

Berdebar-debar hatinya melawan pandangan mata redup tapi menusuk ke hati. Lembut Syed Faris tersenyum.

"Abang handsome sangat. Makin hari makin handsome. Rasa macam nak sorok dalam almari." Umaira tergelak kecil, jarinya dilarikan pada mata cantik dan hitam Syed Faris.

"Then, lets stay in the cupboard together because I can't let others see your beautiful face even for a second too." Lelaki itu tersenyum manis membiarkan jari Umaira bermain di wajahnya. Dia suka.

Umaira memutarkan bebola matanya ke atas. Rasanya dia yang sepatutnya bagi Syed Faris cair tapi kenapa dia yang melebur. Ini tak adil.

"Abang, selalunya abang yang banyak memberi kan? So, harini sayang nak abang menerima. Boleh kan?" Soal Umaira lembut.

Berkerut kening Syed Faris. Memberi? Menerima?

"Apa maksud sweetheart?" Umaira geleng kepala.

"Shuhh! Jangan banyak tanya. Diam. Tutup mata."

"Perlu ke sweetheart?" Tanya Syed Faris tak puas hati. Nak bagi apa yang sampai kena tutup mata ni? Santau ke? Oh uh.

"Alah tutup jelah. Kalau abang tak tutup maknanya abang tak sayang sayang." Kata Umaira berjauh hati. Acah merajuklah konon.

"Fine. I love you okay." Mata cantiknya ditutup juga. Sayang bini punya hal apa pun boleh janji Umaira bahagia.

Umaira tersengih suka bila kemahuannya dituruti. Ini baru betul suami dia, mendengar kata. Umaira ketawa jahat di dalam hati.

Kedua-dua tangannya dilekapkan pada kedua-dua sisi wajah Syed Faris.

"What are you doing sweetheart? Jangan macam-macam." Kata Syed Faris risau. Lain macam Umaira hari ini.

Umaira berdecit geram. Bibirnya dilekapkan pada bibir Syed Faris sesaat. Mahu gam mulut suaminya yang dah macam bertih jagung. Mengeras tubuh Syed Faris, mungkin terkejut dengan tindakan Umaira yang tiba-tiba.

"Please be a good boy for a minute my husband. Can you?" Tanya Umaira perlahan seperti berbisik. Sengaja menguji keimanan dan ketahanan lelaki itu. Cari masalah yang sebetulnya. Dia menelan liur kesat bila Syed Faris diam tak bereaksi. Lipstick merah terang dia keluarkan dari beg dan dioles pada bibirnya. Tebal.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now