𝓑𝓪𝓫 9

8.3K 430 10
                                    

Umaira mengurut pelipisnya. Serabut. Mira dah gila! Dia tak tahu Mira segila ini.

Tadi dia tengah sedap tidur, Mira datang kejutkan katanya dia bosan tak boleh tidur and here we are..Club!

Dia bawa aku yang naif ni datang club! Oh man! Dengan dua-dua pakai hoodie besar sampai lutut dengan legging hitam.

"Mira! Kau gila ke?" Umaira memegang tangan Mira erat yang tersengih melihat pintu masuk club. Jelas bunyi muzik kuat nak matey kat dalam.

"Alah chill lah! Sekejap ja.. aku curious pulak tiba-tiba nak tahu apa diorang buat kat dalam sana." Ujar Mira selamba.

Umaira menepuk dahi. Ketara sangat orang-orang kat situ pandang mereka berdua macam kami ada buat salah. Nak cakap baju tak cukup kain. Ini dah lebih dari cukup dari diorang yang macam berkemban tu lagilah.

"Mira kau tahu tak tempat ni bukan tempat yang sesuai untuk kau jadi Detective Conan! Pleaselah jangan buat aku meraung kat sini Mira!" Rayu gadis itu.

Mira memegang kedua-dua bahu Umaira.

"Umaira.. aku janji ni first dan last kita masuk sini. Serious."

Umaira merenung mata Mira. Argh dia tak percayakan Mira. Macam-macam kemungkinan boleh jadi kat dalam tu. Itu bukannya masjid itu club tempat-tempat orang jauh dari tuhan.

"Mira...no! Kalau kau ajak aku qiamullai sekarang aku ikut weh sumpah! Ni kau ajak masuk club. Aku sumpah takleh brain." Umaira memegang kepala. Tak tahu dah macam mana lagi nak pujuk Mira balik.

"Alahh! Sekejap je. 5 minit, then kita blah. Janji!" Kata Mira bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangan ke sisi kepala tanda berjanji.

Umaira memincingkan mata memandang Mira. Mira tersengih tak bersalah. Dia hanya mampu menghela nafas kasar seraya mengangguk lemah.

"Kau ingat ini last aku jumpa kau kalau jadi apa-apa kat dalam!" Sempat Umaira memberi amaran.

"Alah! Janganlahh.."

"Tengok! Kau pun tak yakin kau selamat kalau masuk dalam. Then, macam mana aku nak yakin. Haish!"

Umaira memandang sekeliling. Meriah suasana di sini tapi menyeramkan dengan lelaki berbaju gelap penuh menjaga kawasan. Wajah mereka semua garang dan menakutkan.

"Aku akan bertanggungjawab kalau apa-apa jadi. Janji!" Tambah Mira lagi. Apa yang dia tahu dia nak masuk jugak even sekejap.

"Mira..." Rayu Umaira lemah. Dia dah tak tahu macam mana nak lawan dengan Mira yang terlebih degil hari ini.

Tanpa menghiraukan Umaira, Mira mengenggam tangan gadis itu seraya menarik ke arah pintu masuk.

Muka Umaira yang tadinya lemah terus berubah cuak. Laju dia memeluk lengan Mira erat. Takut. Macam-macam dia fikir dan semuanya yang tak baik.

Nak expect apa datang club ni? Dengar ceramah kat dalam? Mimpi.

Sebaik sahaja masuk, Mira menyusup masuk di celah-celah manusia yang sudah tidak ingat Allah. Semuanya sudah lupa bahawa Malaikat Maut sentiasa menunggu.

Mira menarik Umaira duduk di sofa yang agak tersorok.

"Cepat! Kau tengok apa yang patut. 5 minit ja eh!"

"Ya.." mata Mira sudah meliar ke sekeliling. Yang penting matanya sudah tidak suci.

Ramai manusia yang sudah hanyut ditelan nafsu. Ada yang rakus meneguk air kencing syaitan. Ada yang terkinja-kinja menari bercampur lelaki perempuan. Expect apa lagi? Ada orang mengaji kat sini?

Umaira menarik rambut menutup muka. Dia perasan ada beberapa mata buaya memandang mereka berdua. Lagilah dia takut.

"Mira..dahlah. Jom. Please!" Rayu Umaira. Dia sudah tak tahan. Duduk tanpa berbuat apa-apa sudah buat dia rasa berdosa sangat-sangat dengan disajikan dengan pemandangan yang menjijikkan.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now