Bab 36

11.7K 458 2
                                    

Syed Faris tersenyum kecil melihat wajah cemberut Umaira yang duduk di sofa di dalam butik pengantin sambil memeluk tubuh. Sejak tiba di butik tadi gadis itu langsung tidak menunjukkan minat dengan mana-mana baju yang Syed Faris cadangkan.

Syed Faris sahaja yang tekun mendengar cadangan yang yang dicadangkan oleh pekerja butik itu. Umaira menjeling dengan hujung mata sahaja. Suka betul lelaki itu! Erghh!

"Mrs. Syed Faris to be, boleh awak ikut saya? Saya nak ambil ukuran badan cik." ujar pekerja butik itu. Takut juga nak tegur bakal isteri Syed Faris itu. Muka tarak senyum maa!

Zaas!

Umaira menjeling pekerja butik itu tajam sebelum bangun dengan malas. Itupun selepas mendapat pandangan membunuh dari Syed Faris yang memandangnya tajam seperti memberi amaran keras dengan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Ish lambat lagi ke?" rungut Umaira. Rimas tahu rimas! Sejak tadi dia berfikir macam mana dia mahu melarikan diri dari perkahwinan dan butik ini tetapi kelibat dua lelaki sado bersut hitam yang berdiri di hadapan butik mematikan niatnya.

Bukan dia tak tahu ini semua angkara siapa! Siapa lagi kalau bukan angkara lelaki yang asyik memandangnya dari tadi. Macamlah kita nak lari tapi memang nak lari pun.

"Sekejap ya cik Umaira. Sikit ja lagi." tekun pekerja butik itu mengukur. Sekejap di pinggang. Sekejap di lengan. Tak lenguh ke dik? Aku yang tercongok berdiri ni pun dah kejang betis.

"Okay siap."

Umaira mengeluh lega. Finally!

Laju dia melangkah ke arah Syed Faris. Tangan disuakan meminta sesuatu. Syed Faris berkerut kening sebelum tersenyum nakal. Terus tangan Umaira digenggam erat tak mahu dilepaskan. Terlopong Umaira dibuatnya.

"Eh eh kau kenapa? Aku tak suruh kau pegang tangan aku pun. Aku minta kunci kereta aku yang kau dah buat hak milik tu. Dah siap semua kan?"  

Tangannya di dalam gengaman Syed Faris cuba ditarik namun semakin kuat genggaman Syed Faris.

"Semua dah siap tapi kita belum, sweetheart."

Tangan Umaira yang dipegang ditarik mendekat dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya bersama-sama tangannya sekali. Gelabah Umaira dibuatnya. Jantung yang berombak marah sebentar tadi bertukar rentak. Bagai mahu tercabut jantungnya apabila ia berdetak terlalu laju.

"Mama dengan papa nak jumpa dengan bakal menantu dia ni. Jom."

Tersengih-sengih pekerja-pekerja butik disitu melihat kemanisan pasangan itu. Namun tidak pada Umaira. Dia masih cuba mencerna apa yang terjadi. Apakah?

Umaira menunduk ketika mereka berselisih dengan pekera butik yang asyik tersenyum. Dia sangat yakin bahawa orang yang ada di hujung dunia sana juga boleh nampak mukanya yang sudah memerah kalah tomato. Malu.

Syed Faris hanya tenang tanpa reaksi. Pelik. Tak ada rasa malu ke?

"Kau tak payah over nak pegang-pegang aku boleh tak? Rimaslah!" ujar Umaira keras pura-pura memberontak. Malu oi! Tangannya cuba di tarik lagi. Orang cakap usaha tangga kejayaan. tapi malangnya tangga itu adalah Syed Faris memang dia akan tersungkur sebelum memijak tanggalah nampaknya.

"Shut up sweetheart. Jangan buat aku cium kau kat sini." kta Syed Faris tenang. Pening kepala mendengar gadis itu menceceh sejak tadi. Tak letih ke?

Umaira berdecit. Benci betul! Ugut orang je kerja kau.

Syed Faris membukakan pintu untuk Umaira. Tubuh Umaira ditolak masuk ke dalam kereta. Umaira mendengu. Kenapa dia selalu menurut kata-kata lelaki itu. Euww.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now