𝓑𝓪𝓫 33

11.9K 517 25
                                    

"Kenapa kau bawak aku datang rumah kau? Aunty nak jumpa aku ke?" Soal Umaira apabila Syed Faris memberhentikan kereta di hadapan pagar rumah agam milik keluarga syed itu. Tangan perlahan-lahan membuka tali pinggang keledar.

"Diam. Ikut je."

Umaira menjulingkan mata ke atas. Tak function.

"Boleh tak kau cakap je. Nak berahsia sangat ni kenapa?" Bentak Umaira apabila melihat Syed Faris diam memandang rumahnya sendiri. Fikir apa tak tahulah.

Syed Faris langsung tak menghiraukan Umaira. Terus dia keluar dari perut kereta. Pintu kereta dihempas kasar.

Melopong Umaira. Kereta aku oi! Tercabut pintu aku tolak kau masuk longkang. Dengan sebal Umaira keluar dari kereta.

"Jom. Ikut aku. Diam dan setuju je dengan apa yang aku akan cakap." Katanya dingin sambil mengarahkan Umaira mengikut langkahnya.

"What?! Merepek apa kau ni?"

Ya Allah! Dia rasa macam nak hempuk saja kepala lelaki itu dengan dinding sebelah ni. Dia abaikan aku! Sudah tu bagi arahan ikut suka hati je.

Nak tak nak Umaira mengikut langkah Syed Faris yang sudah masuk ke dalam rumah.

"Assalamulaikum." Kaki kanan melangkah masuk terlebih dahulu. Umaira berdoa tak henti-henti di dalam hati. Dia rasa tak sedap hati.

Tambahan pula apabila melihat Syed Fakhrul, Sharifah Safia dan tunang Syed Faris, Alisa Humaira juga turut berada dia ruang tamu.

"Waalaikumussalam." Jawab mereka serentak.

Umaira tahan je diri sendiri dari mencarutkan Syed Faris yang tenang duduk bersilang kaki di sofa. Bukan main kau!

Aku ni tak tau apa motif kau bawak aku datang sini nak kena buat apa ni? Menggelabah?

"Mama, papa. Angah nak cakap something." Kata Syed Faris sebaik sahaja Umaira selesai bersalam dengan Sharifah Safia dan Alisa Humaira.

Umaira melabuhkan duduk di sofa apabila dipelawa oleh Sharifah Safia bersama senyuman.

"Apa ni angah? Macam suspend je." Soal Syed Fakhrul.

Alisa Humaira memandang Umaira sekilas. Dia rasa dia kenal gadis itu. Macam mana boleh datang bersama?

Tak senang duduk Umaira dibuatnya apabila semua mata memandangnya. Saya tak salah!

Syed Faris menoleh memandang Umaira.

"I want to switch my bride to be."

Alisa terpempam. Syed Fakhrul terdiam. Sharifah Safia diam menanti ayat seterusnya. Dia tahu hubungan anaknya dan Alisa bukan seperti yang dia harapkan.

Umaira terngadah. Senangnya lelaki itu membuat keputusan. Langsung lelaki itu tak memandang tunangnya yang masih sihat duduk disitu. Entah kenapa hatinya dapat merasakan kesakitan yang Alisa rasai. Jelas mata gadis itu berkaca.

"Faris, apa awak cakap ni? Awak bergurau kan?" Soal Alisa tak percaya.

"Aku cakap aku nak tukar pengantin perempuan dan perempuan tu bukan kau."

Alisa menunduk. Hatinya sakit bagai disiat siat belati tajam. Mudahnya lelaki itu membuat keputusan. Umaira menjeling tajam Syed Faris. Berani lelaki itu sakitkan hati Alisa di hadapan mama dan papanya.

"Angah kenapa nak tukar pulak ni? Siapa perempuan tu." Soal Sharifah Safia lembut.

"Angah taknak kahwin dengan orang yang angah tak cinta."

Syed Fakhrul diam berbalas pandangan denga isterinya. Alisa bagai kan tersedar dari mimpi. Betul lah..lelaki itu tak pernah sayang hatta suka sekalipun padanya.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now