𝓑𝓪𝓫 13

8.6K 447 3
                                    

Dari jauh Umaira memandang Mira yang sedang membebel ketika berjalan mendekati pintu masuk bangunan pejabat si Luqman.

Saja dia tunggu Mira balik kerja hehe. Winduu. Tak pun! Bluek.

Umaira yang menunduk di sebalik dinding bersedia menunggu Mira yang semakin mendekat sebelum..

"Baahhh!!"

"Luqman kau kacak eh!" Latah Mira sambil mengurut dada.

Umaira ketawa mengekek, nak ketawa berguling tak boleh sebab kat pejabat yini. Mira memeluk tubuh sebelum memukul Umaira dengan beg tangan.

"Weh..sakit tau. Amboi kau Luqman kacak eh? Dah register nama Luqman ke dalam hati tu." Umaira mengusik Mira pula. Mira hanya menayangkan muka tak bersalah. Dia masih marahkan Umaira. Pergi tanpa notis balik tanpa adab haih.

"Ei! Tak ada makna register nama dia."

"Miss me?" Soal Umaira nakal apabila melihat wajah masam Mira.

"Eii kau ni! Kau tahu tak aku risau. Benci betul."

"Alah..aku pergi kejap ja. Bukan selalu aku pergi jalan-jalan."

"Masalahnya mulut ni mulut ni tak reti cakap ke hah?" Mulut Umaira ditampar bertalu-talu. Tampar-tampar manja.

"Alohh, kau risau ya. Alololo. Mana my car key dengan phone. Pulang balik." Ujar Umaira selamba sambil tersenyum.

Laju sahaja tangan Mira mencubit pinggang Umaira. Kuat Umaira mengaduh. Berbisa tu hanya Allah yang tahu.

"Kau kan kalau tak ada dua benda tu kat aku memang sampai ke sudah kau tak datang jumpa aku kan?"

"Hehhe..mana ada. Aku datanglah, tapi tak secepat ini lah." Ujar Umaira sambil ketawa.

"Benci. Nah." Kunci kereta milik Umaira dihempas di atas tapak tangan Umaira. Umaira tersengih sebelum mengerutkan dahinya.

"Phone?"

"Ouh..phone kau ada kat Syed Faris." Jantung Umaira berhenti berdetak buat satu saat mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut gadis itu.

"Wh-what? Kenapa dekat dia pulak?"soal Umaira lagi. Bala nau. Takkan nak kena pergi cari dia pulak. Manusia yang dia paling nak elak pulak tu. Dulu memang dialah manusia paling bahagia kalau terserempak dengan Syed Faris tapi bukan sekarang. Mulut lelaki itu tajam mengalahkan mata pisau. Nanti mula lah kata-kata kejam yang keluar dari mulut lelaki itu.

At least boleh kurangkan lelaki itu dari dapat dosa mengata dia nanti. Fitnah pulak tu.

"I don't know. Dia ambik and he said 'cakap kat kawan kau, kalau dia nak phone ni, datang jumpa aku' haa.. macam tulah."

Ibu...

Haih.

Kenapa lah kau kejam sangat Syed Faris Syed Fakhrul. Orang kalau benci, bayang pun dah taknak tengok. Ini sampai nak pegang phone lagi ni dah kenapa?

"And he is here with my bos just now. Aku rasa dalam beberapa minit diorang akan turun. Kau jumpalah." Tambah Mira lagi.

Melopong Umaira sehingga dia lupa cara untuk gelabah.

"He wh-what?" Tanya Umaira meminta kepastian. Dia tak salah dengar kan?

"Dia ada kat sini. Tadi bos aku dengan Syed Faris ada meeting sama-sama. Alah kau mesti suka kan dapat jumpa crush." Ujar Mira. Lengan Umaira dicuit mengusik.

Namun hal itu langsung tidak dapat menyenangkan hati Umaira malah menambahkan resah di hati.

"Mira kau balik naik apa?" Tanya Umaira kalut-kalut. Lengan Mira dipegang.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now