𝓑𝓪𝓫 18

9.2K 422 4
                                    

Umaira dari dalam kereta merenung rumah mewah 4 tingkat milik Sharifah Safia dan Syed Fakhrul. Tidak dia sangka yang dia akan kembali ke sini. Hatinya berdebar sejak dia mula memandu ke sini. Hatinya rasa kurang enak.

Semoga tiada apa yang berlaku. Hari ini dia sengaja memakai baju T-shirt berlengan panjang bersama seluar slack jadi dia boleh menjadikan itu alasan untuk tidak hadir ke majlis pertunangan anak Sharifah Safia entah yang mana satu. Jauh di sudut hati dia berharap bukan Syed Faris.

"Akak, taknak turun dulu? Nak tunggu abang Amir dan Amirul ke?" Suara Liya di sebelah memecah suasana yang dia rasa sunyi sejak mereka sampai tadi.

"Eh..sorry. Akak termenung pulak. Jom. Kita tengok dulu." Nafas ditarik lalu dihembus. Pintu kereta ditolak.

Ya Allah..permudahkanlah urusanku.

"Jom."

Dengan lafaz bismillah mereka masuk ke dalam pagar rumah milik Sharifah Safia. Liya hanya diam tak bersuara apabila melihat majikannya seperti gelisah. Jarang perkara ini terjadi, selalunya majikannya selalu tampak berkeyakinan tidak kira bekerja dengan sesiapa pun. Akhirnya, Liya hanya husnudzon sahaja.

Walaupun masih pagi, tetapi sudah ramai orang yang hadir mungkin ahli keluarga Sharifah dan Syed, fikir Umaira. Beberapa biji khemah didirikan di halaman besar kawasan itu.

"Umaira.." Umaira dan Liya yang asyik memandang orang-orang membuat persiapan menoleh mencari suara tersebut.

Satu senyuman manis dihadiahkan untuk si pemanggil, Sharifah Safia. Tangan wanita itu disalam. Pipi dilagakan. Sharifah Safia yang dari tadi tersenyum bahagia semakin lebar senyumannya.

"Aunty, ini saya punya staf, Liya. Liya ini customer kita for today, aunty Safia."

Liya turut menunduk dan bersalaman sebaik sahaja diperkenalkan oleh majikannya. Senyuman manis tertampal di wajah.

"Alhamdulillah, kamu dah sampai. Dah lama aunty tak jumpa kamu. Pergi mana?" Tanya Sharifah Safia risau.

Kadang-kadang dia ada menyinggah di Umaira's Florist tetapi kelibat gadis itu tidak kelihatan. Akhirnya risau yang berkumpul di hati hilang sebaik sahaja melihat batang tubuh Umaira yang sihat dan cantik hari ini.

"Ada ja aunty. Cuma saya sibuk outstation seminggu dua ni." Bohong Umaira. Kejadian yang terjadi 2 minggu lepas terbayang.

"Ya ke. Jom aunty tunjuk pelamin yang auntu nak korang hiaskan." Tangan Umaira ditarik bersama.

Umaira melirik Liya sekilas supaya gadis itu mengikut langkahnya. Bukan dia tak perasan dari tadi Liya khusyuk memandang anak-anak teruna keluarga Syed yang sedang duduk bersembang di satu sudut. Tersengih Liya.

"Okay here. Aunty tak kisah kamu nak buat macam mana janji cantik. Aunty serahkan semuanya kepada kamu. Aunty percayakan kamu dan kamu punya team tapi aunty minta maaf sebab tak boleh nak tengok kamu semua buat kerja sebab aunty ada kerja sikit. Nanti dah siap cari aunty ya?"

Umaira senyum dan mengangguk.

"Tak apa aunty. Jangan risau. Umaira akan buat sehabis baik dan cantik untuk pelamin anak aunty ni.."

Sharifah Safia tersenyum puas hati. Tepat pilihannya memilih Umaira. Dia mengusap bahu Umaira sebelum meminta diri.

"Liya call dua malaun tu. Asal tak sampai lagi ni?"

"Okay kak."

Umaira melihat pelamin di depannya. Macam-macam bayangan bunga-bunga yang akan dihias sebentar lagi di kepala. Rambut yang terurai diikat tocang.

Hati yang berdegup laju diabaikan. Dia cuba fokus dengan kerjanya. Dia harap Syed Faris tidak muncul sehingga dia selesaikan semua ini.

"Akak, diorang dah ada kat luar."

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now