𝓑𝓪𝓫 20

11K 436 8
                                    

Mira menghentakkan kakinya di lantai teksi. Perasaan risau dia ini kalau boleh nampak memang setinggi langit dah. Berkali-kali dia menelefon Umaira tetapi satu pun yang tak diangkat.

"Mana kau ni..suka buat aku risaulah." Gumam Mira perlahan.

Mata diliarkan keluar teksi. Dia sangat berharap Umaira tidak melakukan kerja gila. Hampir sahaja dia menjerit kegembiraan apabila ternampak sebuah kereta yang sangat dia kenali di tepi jalan.

"Pakcik! Berhenti pakcik!" Kalut-kalut tangan menepuk kuat belakang kerusi pemandu teksi. Bergegor kepala pakcik itu. Sabar ja dapat penumpang begini.

"Ya, ya sabar sabar." Dia mengeluh lega sebaik sahaja gadis itu keluar selepas membayar duit tambang.

"Kalau sepuluh orang macam budak tu, mahu amnesia aku disebabkan gegaran kepala berlebihan."

Laju dia menggeleng sebelum memandu pergi mencari penumpang yang lain.

Mira berlari kecil ke kereta itu. Mati langkahnya apabila ternampak Umaira memandang kosong jalan yang sunyi di dari dalam kereta. Mukanya tak berperasaan. Malah, kehadiran Mira masih belum disedari.

Tingkap kereta diketuk. Umaira tersentak. Perlahan-lahan pintu dibuka seraya melangkah keluar. Mereka bersandar di hadapan kereta sambil memandang jalan yang lengang.

"Aku nak kau dengar cakap aku." Ujar Mira setelah lama berdiam diri.

"Aku nak kau menangis depan aku sekarang"

Mira tidak memandang Umaira sedikit pun. Lama kelamaan suara esakan kedengaran. Tersedu-sedu Umaira menangis.

"Mira, sakit...sakit sangat-sangat." Dada dipegang.

"Mira.." panggil Umaira sayu.

"Sakit..."

Mira menggigit bibir. Sedaya upaya dia menahan diri dari menyertai Umaira menangis.

"Aku tahu. Come." Lengan Umaira ditarik sebelum kepala gadis itu ditolak supaya bersandar di bahunya.

"Aku tak sangka. Aku terkejut sangat." Tergagap Umaira bercerita. Air mata laju menimpa bahu Mira.

"Aku salah ke? Salah ke aku sayang dia Mira walaupun dia dah sakitkan hati aku? Kenapa sakit sangat."

"Umaira.. kau tak salah. Tak ada siapa yang bersalah tapi kau kena ingat cinta tak semestinya harus memiliki. Bukan semua benda yang kita nak akan jadi milik kita. Kadang-kadang perancangan Allah itu lebih baik dan terbaik." Belakang tubuh Umaira diusap perlahan. Memujuk. Kali ini dia tak mahu berkasar. Soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dilakukan secara paksa.

Umaira menarik nafas dan hembus.

"Aku cuba untuk benci dia Mira, tapi tak boleh."

"Kau tak perlu cuba untuk membenci sebab perasaan tu kadang-kadang akan buat kau makin susah untuk melepaskan. Satu-satunya jalan adalah kau kena redha. Kau kena ikhlaskan hati kau. Lepaskan dia dari hati kau. Sakit, I know. Kau kena sabar sebab semua ini ambil masa."

"Thank you, Mira."

Dia cuba menelan semua kata-kata Mira tetapi hatinya menolak setiap satu kata-kata itu. Hatinya masih mahu menyayangi. Akalnya bertindak sebaliknya.

"Sama-sama."

Pak!

"Aw! Mira sakitlah.." Umaira merengek. Hilang terus suasana sedih dan syahdu tadi apabila rasa perit singgah di lengannya.

"Kau suka buat aku risaukan? Kenapa tak angkat call aku?! Phone tu baik campak je lah." Bebel Mira.

Umaira mencebik. Pelukan di lengan Mira dikemaskan.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now