𝓑𝓪𝓫 31

12.4K 478 16
                                    

"Diorang tak buat apa-apa lah..Sudah lah tu. Monyok je. Nah ni ice cream. Aku beli." Tipu sunat tak apa kan?

Kalau bagitahu benda betul si Mira ni tak nak pula.

Mira bersama muka cemberut mengambil juga ais krim itu. Dijilat sedikit. Sejuk! Hilang sikit rasa marah.

"Aku risau je. Aku takut nanti kau tu duk menangis macam orang gila. Cengeng!" Dikutuknya Umaira sesuka hati. Betul apa?! Dia jugak nak kena hadap Umaira badmood nanti bukan dua ekor tu.

"Apa guna kawan kalau tak boleh tumpang menangis.." balas Umaira selamba.

Mira mencebik.

"Masalahnya kalau dah reti menangis tu tak  reti berhenti. Bising tahu tak!?"

"Kau ni berkira sangat..sabar lah kejap. Bukan selalu aku menangis apa?"

Mira membuat muka mengejek dan menghabiskan ais krim di tangan. Meleleh-leleh kalau tunggu Umaira habis cakap.

Umaira tersengih melihat aiskrim yang sudah habis dibaham Mira.

"Kau nak tahu tak?"

"Apa?" Tisu di dalam laci dashboard dibuka. Dua helai tisu ditarik keluar lalu mengelap tangan dan bibir yang comot dengan aiskrim.

"Sebenarnya kan..."

Umaira berjeda.

"Kau jangan main-main. Aku sidekick kau guna tangan."

Apalah pandai sangat Mira ni. Dah nama pun kick asal guna tangan. HAHAHAHHA.

"Sebenarnya..aiskrim tu Luqman yang beli!"

Umaira ketawa suka apabila berjaya mengenakan Mira. Muka cemberut Mira menambahkan lagi rasa kelakar.

"Kau ni kann..buekkk!"

"Haa..kau jangan buat-buat nak keluarkan balik. Aku yang sidekick kau pakai hidung kejap lagi." Umaira memberi amaran ringkas.

Mira bersandar di kerusi penumpang sambil memeluk tubuh. Redha jelah. Tak apa.

Naik lori,
Naik bas,
Ada hari, aku balas.

Umaira yang senang hati memandu dijeling tajam. Suka hati kau eh!

***

Syed Faris yang menuruni tangga terhenti apabila terdengar suara perempuan di bawah. Dia mengangkat bahu. Mungkin kawan mama. Fikirnya.

Turun sahaja ke bawah dia terus membelok ke dapur. Malas nak masuk campur dengan tetamu mama. Namun, beberapa langkah ke dapur namanya diseru.

"Yes mama. Kenapa?" Dia menoleh memandang mamanya yang tersenyum.

"Faris baru turun ke?"

"Haah."

"Tak..Alisa datang. Dia cakap dia call kamu banyak kali tak berangkat pun. Sibuk sangat ke?"

Terkelu bibir lelaki itu. Dia sengaja tak mengangkat telefon tunangnya itu. Dia rasa tak selesa.

"Erm haah sibuk sikit ma. Tak apalah angah pergi jumpa dia kejap."

Bahu anak lelakinya ditepuk perlahan.

"Pergilah. Kesian dia. Dah lama tunggu."

Syed Faris mengangguk lemah. Lantas kakinya bergerak ke ruang tamu. Kelihatan Alisa sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Gadis itu memakai baju kuring berbunga kecil dan bawal plain. Cantik. Namun, tak mampu menggetarkan hati batu Syed Faris bin Syed Fakhrul.

Unrequited Love✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon