𝓑𝓪𝓫 64

8.4K 389 24
                                    

"Hai my dear fiancé." Luqman tersenyum manis sebaik sahaja Mira berdiri di depannya.

Mira tahan diri dari tersenyum sama. Mana boleh tunjuk sangat dia suka. Jatuhlah water face dia.

"Buat apa kat sini? Dan awak ke penculik yang nak culik saya masa saya bekerja ni?" Soal Mira garang. Dia agak tidak berpuas hati. Dia disini bekerja bukan pemilik kedai bunga ini, tak wajar kalau dia keluar masuk sesuka hati.

Walaupun kedai ini milik kawan baiknya sendiri, yang penting dia hanya pekerja.

"Haah. Jangan risau, saya dah minta izin bos awak." Kata Luqman tenang. Kalau dua-dua garang nanti jadi meng'rawr' pulak.

"Memanglah awak ada minta izin bos saya, tapi saya tak suka awak kacau saya masa kerja. Saya kerja tau bukannya bos kat sini." Ujarnya tak puas hati sambil memeluk tubuh.

"I'm sorry but sebelum awak nak marah lagi, saya datang nak bawak awak keluar for the first time as my fiancé."

'My fiancé'

Mira tahan senyum lagi. Dua perkataan itu sahaja sudah cukup untuk buat dia berbunga. Kembang setaman bunga.

"Orang cakap kalau bertunang tak boleh selalu jumpa. Tak elok." Uji Mira. Dia sengaja ja nak jual mahal. Kalau Luqman berkeras nak jumpa jugak memang dia akan reject.

Kalau sebaliknya we'll see..smirk. Nampaklah Luqman ni menjaga batas. Luqman tersenyum sahaja langsung tak terkesan.

"I know, sebab itulah saya nak jumpa kesayangan saya ni. This is the first and the last time we meet as a fiance.."Terang Luqman tenang. Dia tahu menjaga batas-batasnya apatah lagi dengan orang yang dia sayang.

'Kesayangan saya'

Oh tidak! Benteng pertahanan hati Mira sudah semakin menipis namun ayat yang menyatakan ini adalah perjumpaan pertama dan terakhir sebagai tunangan itu membuatkan wajah Mira berkerut. Kenapa? Luqman dah tak nak kat dia ke?

Luqman dah tawar hati ke sebab dia terlalu bermain tarik tali? Lelaki itu dah berputus asa kah? Hatinya mula tak sedap. Mata mula mahu memainkan peranan.

"Kenapa? Tanya Mira perlahan sambil memandang Luqman dengan pandangan keliru. Matanya berkaca menahan rasa. Kalaulah dia tahu begini pengakhirannya, dia akan memutuskan tali pertunangan ini lebih awal.

Sekurang-kurangnya sakit yang dia rasa bukan begini. Sakit bila dia mula meletakkan harapan kepada Luqman. Luqman yang perasan perubahan wajah Mira melangkah mendekati Mira. Sapu tangan dari dalam kocek dikeluarkan.

"Maksud saya, ini kali pertama dan terakhir kita akan berjumpa sebagai tunang. Lepas ni, kita akan jumpa balik as husband and wife my dear. Saya kena pergi outstation for a few months and will come back a day before our akad nikah. Bukan macam yang awak sangka. I will not let you go even you beg me, my dear. Its not easy to leave me when I chose you."

Air mata yang mengalir di pipi Mira di lap lembut menggunakan sapu tangan tadi tanpa menyentuh seinci pun kulit muka Mira. Semakin sebak Mira dibuatnya. Hatinya mula memainkan peranan.

Kata-kata dan perbuatan Luqman membuatkan Mira yakin dengan hubungan yang terbina. Sapu tangan di tangan Luqman diambil. Air mata di pipi dilap sendiri sehingga kering.

Sesaat kemudian, Mira tersenyum manis. Terpaku Luqman dimana dia berdiri. Sudah lama Mira tidak menunjukkan senyuman manis itu kepadanya sejak apa yang terjadi antara mereka.

"Thank you. Saya akan tunggu awak balik." Kata Mira lembut. Dia akan tunggu. Sampai bila-bila dia akan menunggu lelaki itu. Lelaki yang selalu berusaha untu mencuri hatinya tanpa dia sedari.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now