Bab 48

11.1K 452 11
                                    

Masuk saja ke dalam rumah, Sharifah Safia dan Syed Fakhrul sedang duduk bersembang. Nampak sweet sangat. Walaupun sudah berusia masih nampak bunga-bunga cinta di mata masing-masing.

Syed Fakhrul yang mengusik, Sharifah Safia yang tersenyum malu. Sempat lengan suaminya dicubit geram. Sebiji macam pengantin baru. Mana pengantin yang sebenar ni? Macam tenggelam ja.

Umaira tersenyum. Mereka nampak sangat bahagia. Bahagia sangat-sangat. Macam mana agaknya rasa menua dengan orang yang kita sayang sampai ke akhir hayat. Mata dialih memandang wajah Syed Fakhrul yang juga tersenyum memandang mama dan papa.

Terdetik satu pertanyaan dibenak fikiran Umaira. Lelaki inikah yang akan bersamanya hingga ke akhir nyawa nanti? Lelaki inikah yang akan mencintai dan bercinta dengannya seperti ibu dan bapa mertuanya?

Dia tak tahu. Banyak yang dia belum tahu. Tersentak Umaira dari lamunannya apabila Syed Faris bersuara.

"Assalamualaikum. Amboi mama, papa. Tengah honeymoon ke?" Usik Syed Faris. Tak lupa tangan Umaira ditarik sama ke arah orang tuanya.

"Waalaikumussalam. Alah dengki kenapa? Isteri ada kat sebelah tu kan. Pergilah dating." Balas Syed Fakhrul. Kacau je orang nak dating dengan sayang kita..

Sharifah Safia ketawa senang hati. Tangan di dalam genggaman Syed Faris digoyang-goyang mahu dilepaskan. Nak salam mak mertua macam mana ni?

"Lepaslah awak..nak salam mama dengan papa ni.." bisik Umaira perlahan. Masa ni lah nak buat hal.

Dia mengetap bibir bila lelaki itu mengemaskan pegangan tangan mereka. Sharifah Safia dan Syed Fakhrul simpan senyum.

"Amboi! Nak jauh 2cm pun tak boleh. Mengada angah ni."

"Isteri angah nama pun." Ujar Syed Faris bersama sengihan nakal. Dia mengaduh kuat bila mama ketam mencubitnya.

Terlepas ketawa. Haa kau! Main-main lagi. Kan dah kena cubit dengan mama.

"Meh sini menantu mama. Nak peluk sikit. Semalam tak sempat borak. Ramai sangat orang datang."

Sharifah Safia memandang Syed Faris dengan mata mengecil bila lelaki itu menjauhkan Umaira darinya. Kedekutnya lahai. Anak siapa ni?

"Sayang...." Panggil Umaira meleret. Geram pulak. Main-main banyak sangat. Sengaja dia panggil sayang. Biar cair melebur.

Syed Faris.mengemam bibir menahan senyum. Sejuk telinga. Sharifah Safia dan Syed Fakhrul ketawa melihat wajah anaknya. Mengada yang amat.

Akibat geram sangat dengan isterinya ynag comel lagi cantik dia mencium pipi Umaira di depan mama dan papa. Melopong Umaira. Kebas terus mukanya.

"Apa awak ni..." Pipi Syed Faris di tolak menjauh. Laju dia ke arah Sharifah Safia. Syed Fakhrul menggeleng. Anak siapa gatal sangat ni?

"Mama minta maaf ya? Anak mama gatal. Haih." Pipi merah Umaira ditekup dengan tangan. Haih panas dah pipi ni.

Umaira macam nak masuk menyorok sekarang. Selamba saja Syed Faris duduk di sofa sebelah Syed Fakhrul dengan ketawa yang masih bersisa. Berani isterinya mencairkan hatinya disini. Nasiblah ada mama papa.

Sedangkan Umaira yang ditarik duduk sebelah Sharifah menahan malu. Niat nak kenakan Syed Faris. Kenapa rasa macam diri sendiri yang terkena?

"Tadi Alisa datang." Kata Sharifah Safia membuka bicara. Umaira cuba untuk tidak memberi sebarang reaksi atau menoleh ke arah Syed Faris apabila mendengar sebaris nama itu.

"Tahu. Terjumpa tadi." Balas Syed Faris malas. Mata melirik isterinya di sebelah mama. Wajah itu nampak tenang tapi dia dapat melihat sesuatu yang aneh disitu. Dia endahkan saja. Nanti dia selesaikan.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now