𝓤𝓛 -𝓢𝓹𝓮𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 1

10.4K 416 51
                                    

1 tahun kemudian..

"What are you doing abang?" Rimas Umaira dibuatnya. Nak memasak pun rasa kekok. Nak bergerak apatah lagi. Ini semua salah Syed Faris. Lelaki itu sejak awal Umaira berada di dapur hanya diam dan memerhati Umaira memasak dan bersandar di pintu dapur.

"Enjoying my view." Kata Syed Faris tenang. Isterinya nampak cantik. Rambut yang disanggul tinggi mendedahkan leher jinjang Umaira bersama baju lengan panjang tapi mendedahkan sebahagian besar bahu mulus itu menampakkan tali halus 'baju kecil'. Sangatlah menarik perhatian.

"Abang ingat dapur ni pantai? View apa benda nya. Pergilah rehat. Kejap lagi sayang panggil." Kata Umaira perlahan. Cubaan menghalau yang entah untuk kali keberapa. Dia berdiri di hadapan sinki sedang mencuci sayur dan membelakangi Syed Faris.

Kalau bertentangan mata memang tak menjadi kerja. Jadi lain nanti. Syed Faris sekarang pantang betul nampak peluang. Ada peluang sikit saja, habislah Umaira. Melebur dalam dakapan suami sendiri.

"You are my beautiful view and you are mine. So, its up to me what I want to do with my own wife. Don't tell me what to do sweetheart because I can do anything with you." Bisik Syed Faris tiba-tiba di telinga Umaira.

Terlepas besen yang Umaira pegang gara-gara terkejut dengan kehadiran tiba-tiba Syed Faris di belakang. Sudahlah ayat yang dia baru dengar membuatkan perutnya memulas hebat ditambah dengan kehadiran dua tangan sasa yang mengepungnya rapat ke sinki.

"Astaghfirullahalazim.." dada yang berdetak laju diurut. Ya Allah. Walaupun dah lama kahwin tapi perbuatan Syed Faris yang selalu tak diduga memang mampu menggugurkan jantung Umaira. Alhamdulillah dia masih sihat sehingga sekarang.

Umaira mengetap bibir resah apabila Syed Faris mula mencium bahunya. Cepat-cepat dia menaikkan leher bahu yang jatuh naik ke bahu semula. Kalau tak di elak ni memang tak makan tengah hari.

"Abang, please jangan kacau sayang. Sayang nak masak ni." rengek Umaira apabila Syed Faris sengaja menjatuhkan semula leher bajunya.

"Tak payahlah masak. Kita makan kat luar je." Mudah Syed Faris berkata-kata. Memang mudah pun. Benda boleh settle. Dagunya direhatkan di bahu kiri Umaira sambil melihat tangan Umaira yang terketar-ketar mencuci sayur.

"Tak payah nak mengada, semua dah siap dah tinggal sayur ni je. Lagi 10 minit siap. Abang pergilah tunggu kat meja sana nanti sayang datang." Halau Umaira lagi. Sebenarnya dia malu dengan Syed Faris. Tak tahu kenapa tapi dia malu bila Syed Faris mula bermanja dengannya.

Sebelum ni biasa je. Kadang-kadang Syed Faris sendiri tak mampu nak mengawal Umaira. Terlalu hyperactive.

"Sweetheart ni ada sorokkan apa-apa ke? Dari tadi abang perasan sweetheart macam nak lari dari abang. Kenapa?" Kata Syed Faris dingin. Terasa la jugak hati kecilnya apabila Umaira asyik mahu menolaknya menjauh.

Laju Umaira menggeleng. Sudah! Drama apa pulak ni? Pili air ditutup pantas. Tangannya yang basah dilap pada baju begitu sahaja. Lantaklah basah baju pun. Baju boleh tukar tapi kalau Syed Faris terasa hati, dia yang risau. Terus dia berpusing ke belakang dan meletakkan kedua-dua tangannya pada leher lelaki itu menghalang Syed Faris yang baru berura-ura mahu meninggalkan dapur.

"Mana ada sorokkan apa-apa. Sayang just tak selesa bila abang asyik pandang sayang. Rasa..you know rasa tu. Alah rasa tulah.." kata Umaira tak tahu nak menerangkan bagaimana perasannya yang pasti dia tak selesa dan malu.

Syed Faris hanya memaparkan riak kosong. Kedua-dua tangannya digenggam erat mengawal diri dari memeluk pinggang kecil Umaira. Jual mahal.

"Rasa apa?!" Tanya Syed Faris tak sabar-sabar.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now