Bab 44

11.3K 446 10
                                    

"Mana laki kau?" Tanya Mira sambil membetulkan gaun pengantin yang berwarna maroon yang dipakai oleh Umaira. Sebenarnya, mak andam yang diupah oleh Syed Faris dah siapkan Umaira. Dia saja je nak belek gaun mahal ni. Dia nak pakai, tak ada orang masuk meminang lagi. sedih bukan?

"Dalam toilet kut." Balas Umaira malas. Bosan sebenarnya. Mira dari tadi belek gaun pengantin dia. Tak ada apa pun.

"Kau ni kan cuba excited sikit bila bercakap pasal suami kau tu." Dah ada suami pun bosan ke?

"Apa-apalah lambat lagi ke? Kau tau aku dah mengantuk. Sumpah." Ingat tak letih ke jadi pengantin. Walaupun just kena senyum tapi penat tau jadi fake.

Selepas peristiwa Syed Faris menggatal tadi, dua-dua sekali terbongkang atas katil sampai ke asar. Nasiblah sempat jugak asar. Gelabah bangun tapi penat masih terasa sampai sekarang.

"Kau buat apa ni dengan Syed Faris tadi? Jangan cakap kau..." jari telunjuk di goyang-goyang di depan muka Umaira dengan wajah senyuman mengusik.

Umaira menampar jari runcing Mira. Otak kuning!

" Jangan merepek boleh tak?! Aku tampar kau saja je.."

Mira mencebik sebelum dia terpandang figura di belakang Umaira. Syed Faris bersandar di dinding sambil memerhatikan mereka berdua. Jari telunjuk diletakkan dibibir supaya Mira tak memberitahu keberadaannya disini.

Sudah lama dia tercegat kat situ. Mira mengangguk faham. Haish, meronta-ronta jiwa kesingleanku.

"Aku keluar dulu byeeeeee.." 

"Eh, kau pengapit aku kan.."

Tak sempat ditahan, berdesup Mira berlari keluar dari dalam bilik. Dah kenapa gelabah sangat?

""Ei..suka tinggal aku sorang-sorang. Benci betul." omel Umaira.

Bosanlah, nak turun macam awal lagi. Telefon bimbit di atas meja kecil sebelah katil diambil. Punggung dilabuhkan diatas birai katil. Sementara menunggu Syed Faris baik dia buang masa. 

Syed Faris hanya memerhati Umaira dengan wajah kosong tak beriak. Perlahan-lahan kaki diatur ke arah Umaira. Tanpa amaran, dia melabuhkan duduk disebelah Umaira. Rapat sehinggakan peha mereka berlaga sesama sendiri.

"Awak dah siap?" soal Umaira terkejut. Dia berganjak ke tepi sedikit menjarakkan kedudukan mereka berdua.

Apa ni rapat-rapat?

"Hmm...dah." Dia berganjak mendekati Umaira semula. Baik sahaja Umaira cuba menjauhkan diri sekali lagi dia terus menarik pinggang Umaira sehingga gadis itu terduduk di ribanya.

"Kenapa kau suka jauh-jauh? Aku tak dengar apa kau cakap kalau jauh." Pelukan dipinggang Umaira diketatkan. 

"Lepaslah awak.. awak tuli sangat ke sampai tak dengar." ujar Umaira meleret. 

Umaira meletakkan tangan di dada Syed Faris, berketul. Eh? Masa inilah jantungnya mahu bekerja lebih masa. Tangan yang berada di dada Syed Faris juga dapat merasakan degupan kencang disitu.

"Amboi dah practice masuk neraka ke mengutuk suami ni?"

Umaira berdecit. Mentang-mentang ada kuasa veto. Gila kuasa!

"Mana ada..saya tak biasalah." dalih Umaira. Memang dia tak biasa dengan Syed Fris version bertimbang rasa ni. Tachodddd..

Anak mata Umaira naik memandang mata Syed Faris. Terpaku. Mata itu nampak sangat cantik dan penuh kelembutan dan kasih sayang. Kasih sayang? Berkerut dahi Umaira. Sekali lagi tangannya naik menyentuh dada Syed Faris. Laju. Sama sepertinya.

"Kenapa?" 

"Awak.."

"Hmm.." Mata tak lepas memandang wajah bingung Umaira.

"Ke-kenapa jantung awak berdegup laju sangat. Sakit ke?" soal Umaira.

Syed Faris tersenyum manis. Tangan kecil yang masih melekap di dadanya digenggam erat.

"Tak..Kau yang buat aku jadi macam ni."

Terkebil-kebil mata bundar Umaira. Dia tak faham. Dia buat apa?

"Its excited because its calling your name. My heart will always like this when I see you, hear your name. When its come to you..my heartbeat always like this.."

Redup matanya memandang wajah Umaira. Ya, gadis ini. Gadis ini punca dia mahu membatalkan perkahwinan yang sudah diaturkan. Kerana gadis ini dia tak dapat tidur kerana selalu menyakitkan hati suci Umaira. Kerana gadis ini tiada lagi gadis yang nampak lebih cantik di matanya. Tiada pandangan mata yang lebih menenangkan selain dari pandangan mata Umaira.

Semuanya Umaira. Hanya satu sebab yang membuatkan dia gila seperti ini. Love..

"hah?" Semakin tak faham Umaira dibuatnya. Dia tak bijak ke atau Syed Faris terlalu pandai?

"Tak faham?" 

"Tak." Jawab Umaira polos. Umaira menelan liur kesat apabila lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang dalam. Mampu meneggelamkan Umaira ke dalam mata itu.

" I love you, sweetheart."

Terbuntang mata Umaira. Seriously? Tak salah dengar kan?

Tak sempat Umaira mahu meminta siaran ulangan dia terkaku apabila Syed Faris mencuri nafasnya secara tiba-tiba. Semakin merah pipinya yang sudah tersedia merah dengan blusher. Tercungap-cungap dia mencari nafas sebaik lelaki itu melepaskan tautan di bibir mereka. Gila!

"I love you.." Ulang Syed Faris lagi.  Tangan naik mengusap hujung bibir merah Umaira bersama senyuman nakal dibibir. Dia mengangkat tubuh kecil Umaira dan diletakkan di birai kati sebelum dia berdiri tanpa membuang senyuman nakal di bibir.

Umaira yang masih terkaku hanya memerhati Syed Faris mengambil tisu dan mengelap bibir yang terlekat lipstick Umaira.

Damn! Apa aku dah buat!!

"Sweetheart, I think you need to reapply your lipstick its look like a mess and makesure its pigmented next time. Bye.. don't be late. Aku tunggu kat bawah." ujar Syed Faris bersama ketawa mewah. Dia memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluar dan berjalan keluar daripada bilik dengan senang hati.

Terbuntang mata Umaira. Terus dia berlari ke arah meja solek.

Allah..dia bagai tak percaya melihat wajah sendiri. Bibir dia. Totally mess. Berselerak lipstick yang dia pakai tadi. Dah macam orang gila.

"Arghh!! Malunya! Why? Why? Ya Allah.." terus terduduk Umaira di atas lantai. Mana dia nak lari lepas ni?!

Malunya.....

"Tak guna punya suami. Eii geram. Geram.." 

Dengan kasar tangannya naik mengelap bibir yang comot. Ini kalau Mira nampak muka dia macam ni, memang kena menganjing sampai tahun depan. Satu lipmate kesukaan Mira diambil. Mira cakap lipstick dia semua pigmented dan tahan lama jadi bolehlah dia rembat.

Tangan yang sibuk mengoles lipmatte terhenti.

"Shit! Kenapa kau ikut cakap suami kau Umaira. Bodoh ke? Lagi kuatlah dia kenakan kau..aduh"

Kuat Umaira mengeluh. Syed Faris, Dasar suami. Rakus!

Be continued

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

Be continued...

Unrequited Love✓Место, где живут истории. Откройте их для себя