𝓑𝓪𝓫 60

11.2K 479 50
                                    

"Sayang?" Jerit Syed Faris. Sejak dia bangun tidur lagi dia tidak melihat wajah Umaira. Ghaib. Kaki laju menuruni tangga menuju ke arah dapur. Kosong.

Syed Faris mengeluh lemah. Mana isteri dia ni?

"Sweetheart?!" Jerit Syed Faris lagi mencuba nasib. Mana tahu ada dekat tempat yang bunyi tak sampai ke kan. Sunyi. Terlepas keluhan Syed Faris. Macam mana nak pergi kerja ni kalau tak nampak isteri haih.

Sebelah tangannya naik mencekak pinggang, sebelah tangan lagi mengurut dahi. Manalah isteri kesayangan intan payung, intan permata, intan ladyna ni? Eh?

Tiba-tiba matanya terpandang meja makan. Kebiasaannya meja makan selalu kosong tanpa bertudung saji tetapi hari ini ada tudung saji. Hmm..pelik. Kaki diatur ke arah meja makan. Kerusi ditarik ke belakang sebelum dia melabuhkan duduk di atas kerusi.

Tudung saji dibuka. Terjongket senyuman di bibir lelaki itu apabila terpandang sandwich buatan isterinya. Sticky note yang tertampal di tepi pinggan diambil.

To : My Husband a.k.a Syed Faris bebal

Abang, sorry hari ni saya tak boleh nak jumpa abang sebelum pergi kerja. Ada hal dekat kedai. Makan sandwich tu sampai habis. Itupun kalau sayang Umaira Syafinilah.

Bubye, I love youuuuu <3.

"Bebal eh sayang." Syed Faris tersenyum sinis. Nakal. Syed Faris mengeluh lemah. Dia dah mula rindukan Umaira.

"Sweetheart ni, hal apa yang penting sangat sampai pukul 8 dah hilang ni. Macam aneh-aneh je. Apa-apa pun I love you too sweetheart."

Tangan mencapai sandwich di dalam pinggan. Mata tak henti-henti membaca nota yang ditinggalkan oleh Umaira sambil mengunyah sandwich. Rasa macam Umaira ada bersama. Haih...

***

Mira memandang pelik Umaira yang sibuk menggubah bunga. Mana tak peliknya, dengan hoodie yang selalunya pakai tak tutup kepala, pakai tutup kepala. Kalau malam okay lagi lah maybe sejuk.

Ini siang, dengan panasnya. Kalau setakat tutup kepala okaylah kut. Ini siap ikat. Sangatlah pelik pada pandangan Mira.

"Woi minah!" Sergah Mira. Sekelip mata jelingan tajam Umaira menyapa Mira. Mira hanya tersengih tak kisah. Setakat jeling, aku pun ada.

"Nak apa? Kerja kau dah siap ke?" Tanya Umaira mendatar. Dia tak ada mood nak layan perangai mulut murai Mira sekarang. Dia nak sibukkan diri dari terfikirkan hal semalam.

Zaass!

Terus memerah pipi Umaira tanpa salam. Laju-laju dia beristighfar. Dalam taknak fikir dia terfikir. Laju dia menggelengkan kepala mahu menyedarkan diri sendiri.

"Tak nak apa dan dah siap. Yang kau ni muka merah tiba-tiba kenapa? Demam eh?" Tebak Mira tangannya laju naik cuba untuk memeriksa suhu di dahi Umaira.

Terbeliak matanya. Pipi Umaira pula ditekup. Panas!

"Weh Umaira, kau demam ni..kejap kejap aku call laki kau.."

"Weh jangan!!" Tak sempat Umaira nak tahan Mira sudah berdesup lari mencari telefon.

"Oh no! Aku tak nak jumpa laki aku lagi lah sengal. Buat apa aku penat-penat bangun awal kalau kau nak bawak laki aku datang sini sengal. Lagi satu muka aku panas bukan sebab demam tapi malu...." bebel Umaira sendiri. Disembamkan kepalanya di meja.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now