𝓑𝓪𝓫 10

10K 487 11
                                    

"Kau dah settle mangkuk-mangkuk tu?"

Luqman Faiz mengangguk sambil meraup wajahnya kasar. Rambutnya diserabutkan.

"Kau rasa macam mana diorang boleh sampai sana? Aku tak rasa diorang macam tu." Tanya Luqman Faiz.

Dia tak percaya kalau Mira jenis yang liar.

Syed Faris memejam matanya seraya menggeleng. Kepalanya disandarkan di dinding.

"Haish..nasib baik doo kau buat kerja gila ajak aku lepak kelab tadi. Kalau tak aku taktau apa jadi dekat diorang." Kata Luqman Faiz lagi.

Kalau bukan disebabkan Syed Faris mengajaknya cuci mata dekat kelab memang dia tak sampai situ tadi.

Sampai-sampai saja dengar orang menjerit dan menangis. Mula-mula Syed Faris yang dah beku dan tak berperasaan itu hanya mahu mengabaikan sahaja tapi disebabkan Luqman yang berkeras dia pun terpaksa ikut sama.

Menyusahkan!

Mira dan Umaira sudah ditempatkan dalam wad biasa. Mereka berdua tidak mahu mengganggu gadis-gadis iti berehat jadi mereka hanya duduk di kerusi menunggu di luar. Dua-dua belum sedar lagi.

"Kau nak tunggu ke?" Tanya Syed Faris apabila kantuk sudah menjengah. Sekarang ni pun dah pukul 4pagi.

"Entahlah..tapi aku rasa better kita balik dulu. Tak elok juga duk tunggu anak dara orang pagi-pagi ni."

Syed Faris menggumam perlahan. Dia mengantuk sangat-sangat.

"Woi! Jomlah balik." Jerkah Luqman Hafiz tiba-tiba.

Tersentak bahu Syed Faris.

"Ye.. ye..nak balik lah ni." Perlahan-lahan dia bangun sempat dia mengerling pintu wad gadis-gadis itu sebelum berlalu pergi.

Tengoklah kalau rajin esok dia datang lagi.

***

Umaira membuka matanya perlahan-lahan. Syiling putih dipandang kosong. Dia menoleh ke sebelah apabila terasa hangat tubuh seseorang melekap. Nafasnya mula berubah rentak. Bayangan semalam kembali menerpa tanpa dipinta.

Dia menarik nafas lega melihat Mira yang sedang enak diulit mimpi sambil memeluk pinggang Umaira. Mira akan begini apabila dia takut. Nasiblah katil di wad ini besar.

Wait! Ward?

Laju dia menoleh sekeliling. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan Mira ke tepi. Mira yang terasa tidurnya terganggu mengalih posisi tidurnya membelakangi Umaira. Dia duduk dan bersandar pada kepala katil.

Encik Stranger?

Berkerut dahi Umaira melihat Luqman sedang tidur di atas sofa. Apa lelaki itu buat disini? Hanya dia sahaja?

Umaira mengeluh tanpa sedar.

Apa yang kau expect Umaira? He will never be here for you.

Malas nak bersendu Umaira menjatuhkan kakinya di sisi katil. Terkaku dia apabila melihat satu tubuh lain yang sedang berbaring lemah di atas katil pesakit di sebelah katil miliknya.

Sy-Syed Faris?

What happen? Kenapa Syed Faris ada disini? Macam-macam soalan yang berlegar di kepalanya.

Risau. Ya, dia sangat risau. Syed Faris tak sepatutnya terbaring di situ. Salah dia kah? Disebabkan ingin menyelamatkan mereka lelaki itu terbaring?

Umaira memejam mata mencari ketenangan. Kaki melangkah mendekati Syed Faris yang berselubung di dalam selimut.

Laju sahaja tangannya naik ingin menyentuh dahi lelaki itu namun sempat ditahan.

Umaira menggeleng. Risau macam mana pun batas perlu dijaga. Lelaki itu bukan muhrimnya yang boleh disentuh. Pesan pada diri sendiri.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now