𝓑𝓪𝓫 56

10.9K 458 26
                                    

Nasi goreng yang baru saja siap digoreng Umaira masukkan ke dalam mangkuk besar. Hari ini dia sengaja buat sarapan yang berat sikit sebab bak kata Syed Faris, hari ini dia sibuk sangat-sangat dan mungkin tak sempat lunch.

Mangkuk nasi goreng diletakkan di atas meja. Umaira tersenyum sambil bercekak pinggang.

"Siap!" Apron di badan dia cabut dan disangkutkan pada kerusi.

Umaira berlari kecil memanjat tangga. Nak pergi cari suami yang tak turun-turun. Rindu...Sempat dia bernyanyi kecil sambil memanjat tangga. 

Pintu bilik ditolak tanpa salam, terjengul kepalanya di balik pintu. Eh? Mana suami dia pergi? Masuk- masuk saja ke dalam bilik, bayangan Syed Faris tiada. Pintu bilik air ditolak, kosong.

"Mana dia ni?" Pintu bilik air ditutup semula. 

Keras Umaira berdiri apabila tiba-tiba saja dia dipeluk dari belakang. Macam nak tercabut jantung dengan pelukan tiba-tiba itu.

"Hi sweetheart." lembut suara husky Syed Faris menyapa telinga. Umaira menampar lengan sasa di perutnya geram.

"Abang ni! Terkejut tahu tak? Dah ready nak jadi duda ke kalau saya kiok kat sini tadi."

Syed Faris sengih tak bersalah. Bahu Umaira dicium sekilas. Sebenarnya tadi dia nak keluar bilik nak cari Umaira. Tiba-tiba pintu terbuka. Dia kebetulan berdiri belakang pintu tiba-tiba ada idea nak bersembunyi.

Jadi, kat situlah di sembunyi.

"Sebelum nak dudakan aku, kau atleast kena bagi baby kat aku seorang dua. lepastu bolehla dudakan aku." Umaira bersandar pada dada Syed Faris.

"Amboi.. nak baby je. Mak baby tak nak ke? Tak kenang budi betul." Tergelak Syed Faris dibuatnya.

"Mak baby mestilah nak, nanti lepas seorang dua, nak lagi seorang dua baby." Umaira berdecit geram. Senyuman dibibir ditahan. Haih..bukan Syed Farislah namanya kalau tak boleh buat Umaira rasa nak sengih memanjang.

"Abang nak baby?" Umaira berpusing berdiri berhadapan dengan Syed Faris tapi tangan Syed Faris masih kekal di pinggangnya. Dia mahu tahu. Dia belum menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang satu itu.

Syed Faris tersenyum kecil. Anak rambut Umaira yang menghalang mata Umaira dikemaskan sebelum dia mengangguk kecil.

"Siapa taknak baby sayang..tapi abang tahu, isteri abang ni belum ready lagi. Jadi, kita tak payah cakap lagi tentang ni okay? Kita spend time berdua sama-sama dulu. Okay?" Dahi Umaira dicium sekilas.

"Abang? Sayang? Mana sweetheart?" Umaira tahan bibir dari tersenyum teruja apabila lelaki itu menukar panggilan. Tentang baby tu nanti dia fikir. Sekarang dia dah teruja dengan benda lain.

Syed Faris tersenyum. Dia sengaja je tukar. Tiba-tiba sedap pulak dengar.

"Sayang abang, sweetheart abang, baby girl abang, my lady..semuanya ada pada Umaira. So. ikut sukalah nak panggil apa pun."

Umaira mencebik tak puas hati. Tamak. Namun, dihati tiada siapa tahu macam mana berkembangnya bunga- bunga cinta. Ceyhh..

"Abang, jom makan. Nanti lambat pulak." ajak Umaira. Hampir saja dia lupa niat asalnya naik tadi. Dah sejuk agaknya nasi goreng kat bawah tu.

"Jom tapi sebelum tu .." Tali leher di lehernya di lurutkan dan diberikan pada Umaira. Berkerut kening Umaira.

Dah cantik pakai tie, pergi buang pulak dah kenapa?

"Pakaikan." 

Jatuh rahang Umaira. Sengaja kan? Syed Faris dijeling tajam. Geram. Tali leher diambil juga. Syed Faris tersengih. Biarlah dia nak bermanja kejap. Buat bekal pergi kerja. Single apa tahu.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now