𝓑𝒶𝒷 59

10.6K 488 29
                                    

Kereta hitam di hadapannya Mira pandang sekilas. Dia tengah tunggu mama nak balik rumah. Lambat pulak mama ambil dia hari ini. Yang masalahnya kereta hitam depan ni, dengan hitamnya lepastu cermin pun hitam.

Nak kata tak ada orang, enjin kereta hidup. Akhirnya, Mira pandang buat tak endah saja. Bukan masalah dia. Telefon bimbit dia keluarkan. Mana tahu mama dia lupa anak tunggal dia seorang ni.

Bunyi hon yang nyaring menyentakkan Mira yang duduk di bus stop itu. Hampir sahaja dia terlepas telefon di tangan. Mira merengus geram sambil memandang kereta hitam di hadapannya.

Apa kena yang hon tiba-tiba ni? Kiri dan kanannya dilihat. Dia seorang saja. Tak ada tanda-tanda yang pemandu kereta hitam itu memanggil orang lain.

Takkan dia kut. Malas nak berfikir punya pasal, Mira berdiri dari duduknya dan melangkah ke arah kereta hitam itu. Tingkap kereta diketuk.

Terbuka sahaja tingkap kereta itu Mira merengus geram apabila melihat pemandu kereta itu. Terus dia berpatah balik semula ke bus stop. Sambung main telefon.

Luqman tersengih tak bersalah. Dia keluar dari kereta dan duduk di sebelah Mira yang langsung tak hiraukan dia yang kacak lagi bergaya di mata semua perempuan kecuali Mira.

"Awak kena balik dengan saya." Kata Luqman tiba-tiba.

Terlepas ketawa sinis Mira yang menunduk memandang telefon di tangannya. Muka Luqman dipandang sekilas.

"Senang hati dia je. Pergi sana lah. Nanti mama datang ambil." Halau Mira. Bukan tak suka sangat tapi hati dia yang taknak bertenang sekarang.

Bau minyak wangi Luqman kuat mencucuk hidung menambahkan lagi nervous Mira. Sudahla hanya mereka berdua sahaja. Masa inilah orang nak tak ada pun. Keluh Mira.

"Tak..mama awak dah suruh saya culik awak." Ingat dia datang tak minta izin mama mertua ke. Ya sudahlahhhh...

Melopong mulut Mira. Mama!? Oh noo.. jangan cakap mama betul-betul berkenan dengan si Luqman ni..matilah dia.

"Penipu!"

Dia ragu-ragu pula sekarang. Ada je possibility yang mama dia buat kerja kurang bernas dan ada juga possibility yang Luqman punya idea yang kurang bijak.

"Eh! Tak percaya pulak. Kalau tak percaya, call lah mama 'kita' sekarang."

Mira menjeling Luqman tajam bila telinga rasa berdesing pulak dengar mama kita tu. Bila masa entah jadi anak mama.

Nombor Puan Maryam didail pantas. Kaki dikawal sebaik mungkin supaya tak menggigil. Nervous la labu dengan Si Luqman yang tak habis-habis duk tenung muka dia yang cantik ni.

Tahulah cantik. Mata tu jaga. Nak je dia tolak muka Luqman sampai jatuh ke bawah tapi tak boleh nak pegang. Mengsedih.

"Mama! Mana mama? Kenapa tak ambil Mira?" Terus Mira serang Puan Maryam dengan soalan yang bertubi-tubi sebaik sahaja wanita itu mengangkat panggilannya.

"Ish apa kamu ni..terkejut mama tau! Lah..tunang kamu tak datang jemput ke?" Soal Puan Maryam selamba.

Eh?! Berkerut kening Mira memandang Luqman yang tersengih di sebelah. Tunang? Bila masa pulak dia bertunang ni?

"Mama.. mama baru bangun tidur ke apa ni? Bila masanya Mira bertunang ni?"

Tergelak Puan Maryam di hujung panggilan. Dia dah tahu dah begini reaksi Mira.

"Tak, mama serius. Tanya Luqman sendiri atau lebih tepat lagi tunang kamu."

Bertambah pusing Mira bila nama Luqman pula disebut sama. Apa benda ni?

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now