𝓑𝒶𝒷 21

10.2K 446 8
                                    

Mahu sahaja dia menjerit tatkala melihat gerangan yang berada di depan pintu pagar.  Semua ada disitu. Syed Faris, Sharifah Safia, Syed Fakhrul, Luqman, Alisa Humaira dan beberapa orang lagi yang tak dia kenali.

"Mira, betul lah orang cakap..." Ucap Umaira lemah. Kepala dihentakkan di stereng.

"Apa yang betul?" Sikit lagi dia mahu menghamburkan tawa apabila melihat Umaira sudah seperti orang tak betul.

"Benda yang cakap taknak, taknak tu lah akan jadi berbanding dari apa yang kita nak. Alahhhhh..macam mana ni..Mira please jom turun. Kau cakap nak back up aku kan."

"Ya.. ya. Jom."

Sebaik sahaja Mira memegang pintu kereta pantas Umaira menahan. Mira menahan sabar. Apa bendalah Umaira ni.

"Kejap, kejap. Bacalah doa dulu. Tahu lah bakal suami kau ada kat situ." Mulutnya dijuihkan ke arah Luqman.

"Eii..memang takla. Alah..kau pun macamlah nak masuk jumpa bakal mak mertua.." bidas Mira pulak.

Umaira memuncung. Benci betul. Tahulah dah melepas. Janganlah disebut. Pandailah aku move on nanti. Kedua-dua telapak tangan diangkat. Terkumat-kamit dia membaca doa. Mira yang dari tadi memerhati cuba menahan tawa tapi tangan diangkat juga. Ikut je lah. Kita sebagai kawan yang baik kena backup kawan kita. Asalkan tak langgar syariah. Cewwah.

"Ok. Jom. Bismillahirrahmanirrahim. Eh jangan lupa turun kaki kanan."

Mira melopong. What?

Cuba bayangkan macam mana nak turun kaki kanan kalau duduk di bahagian penumpang. Umaira mudahla. Akhirnya, Mira sebagai kawan yang baik memusingkan tubuhnya. Kedua-dua kakinya diturunkan serentak. Lebih afdhal bukan?

Mira tersenyum sinis melihat wajah tak percaya Umaira. Kenakan aku sangat. Rasakan.

"Yelah. Kau menang. Jom. Malaikat maut semua ada kat situ." Kata Umaira selamba.

Mira mengemam bibir menahan tawa. Tak guna punya kawan, tak tahukan hamba seorang yang mudah terhibur.

Umaira beriak tenang sebaik sahaja Sharifah Safia menyedari kehadiran mereka. Namun, di dalam hatinya bermacam-macam jenis doa pelindung yang dibaca.

"Eh, Umaira? Dari mana?" Dengan satu suara Sharifah Safia, terus Umaira dan Mira menjadi perhatian.

Tersenyum kekok mereka berdua. Aduhai..

"Pergi kedai. Emergency."

Ampun aunty. Tipu sunat.

Mira mencuit-cuit belakang tubuh Umaira. Dari tadi dia perasan mata Syed Faris tajam menikam Umaira. Namun, Umaira sepertinya tak terkesan dan tak gentar.

"Aunty, ini kawan saya, Mira. Sebenarnya, saya nak minta izin nak balik dulu. Dah lewat tapi sebelum tu nak minta izin sekali lagi nak naik atas. Saya tertinggal baju dengan phone tadi."

Mira tersenyum nipis apabila Sharifah Safia memandangnya.

"Kenapa pulak tak boleh Umaira. Pergilah. Mira jom. Aunty nak bungkuskan makanan untuk kamu berdua."

Laju sahaja tangan Mira ditarik Sharifah Safia. Dia mengemam bibir mengelakkan diri dari mengeluh apabila ditinggalkan sendirian. Hanya mata Syed Fakhrul yang berani dipandang yang lain Umaira cuba abaikan.

Umaira menunduk sedikit sambil tersenyum nipis dan beredar ke bilik tetamu.

Tanpa dia sedari Syed Faris tersenyum sinis. Berani gadis itu kembali lagi.

Sebaik sahaja sampai ke bilik. Umaira laju-laju menukar pakaiannya kepada baju T-shirt hitamnya kembali. Baju kurung yang dipakai diletakkan ke dalam bakul baju kotor ditepi dinding. Sekejap lagi dia bagitahu Kak Mah.

Unrequited Love✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora