Bab 55

11.5K 466 6
                                    

Syed Faris mengeluh bila melihat Umaira yang masih menangis di hadapan pintu rumah. Dia naik atas mandi tadi. Melekit badan lepas workout tadi.

Kaki diatur mendekati Umaira. Dia duduk bersila disebelah Umaira yang masih menangis sambil kepala diletakkan di atas lutut yang dipeluk.

Tangan diselitkan di belakang Umaira sebelum menarik gadis itu bersandar di bahunya. Terhenti tangisan Umaira. Terkejut. Bila masa Syed Faris ada disini?

"Sudahlah tu, janganlah menangis." Lembut suara Syed Faris. Tepi kepala Umaira dicium lama.

Semakin teresak-esak Umaira. Tangan yang tadi memeluk lutut memeluk tubuh Syed Faris pula.

"Abang.." panggil Umaira tersedu-sedu.

Belakang badan Umaira diusap. Cuba menenangkan Umaira yang semakin teruk menangis.

"Ya...dahla sweetheart."

"Abang, jangan marah saya. Janganlah merajuk. Saya minta maaf. Saya janji saya percayakan abang. Abang janganlah merajuk."

Syed Faris tersenyum manis. Macam mana dia nak marah lama-lama. Terlalu comel.

"Aku tak marah pun.."

Umaira mengangkat wajah memandang muka Syed Faris yang tersenyum. Tersebek-sebek bibirnya mahu menangis.

" Betul ke?"

Syed Faris mengangguk yakin. Kesian tengok Umaira menangis. Habis merah pipi, mata dan hidung.

Umaira bangun dan melabuhkan duduk di atas riba Syed Faris. Leher Syed Faris dipeluk kemas. Dia takut lelaki itu menipu. Dia takut Syed Faris pura-pura memaafkan dirinya.

"Abang..I miss you. Abang jangan palau saya lagi tau?" Kata Umaira perlahan. Muka disembamkan di leher Syed Faris. Wangi. Terpejam matanya.

"You know how bad I'm holding myself from talking to you. Its suck sweetheart. I miss you too."

Badan Umaira di atas ribanya dipeluk kemas.

"Sweetheart.." panggil Syed Faris apabila mereka lama diam melayan perasaan.

"Hmm.."

"Believe me. Trust me. I feel what u feels. Jangan pernah ragu dengan perasaan aku."

"I'm sorry. My trust issue getting bad when its come to someone I love. Sorry." Kata Umaira kesal.

Satu saja harapannya. Dia harap dia dapat menahan diri dari melakukan sesuatu yang dapat menjarakkan hubungan dia dan Syed Faris.

Dia tak nak. Dia dah terlalu sayangkan suaminya.

"Its fine. Kau nak tahu bila aku mula sukakan kau?" Soal Syed Faris.

Umaira mengangguk laju. Pelukan dileher Syed Faris dieratkan. Dia mahu mendengar cerita lelaki itu dalam keadaan begini. Selesa. Rasa selamat dan disayangi.

"Rumah mama."

"Hah? Kenapa dengan rumah mama?"

"That day is the day when my feeling grows toward you." Kata Syed Faris perlahan.

"Aku tak tahu macam mana tapi aku rasa something. Kau tahu kenapa aku tiba-tiba ada ketuk tingkap kereta kau masa kau balik?"

Syed Faris tersenyum bila teringatkan hari itu. Beria-ria dia marahkan Umaira kerana berhenti di tepi jalan yang sunyi.

"Aku ikut kau dari belakang. Aku risaukan kau. Aku tak tahu kenapa. Aku just ikut apa yang hati aku nak buat. Aku risau gila bila nampak kau letak kepala kau kat stereng kereta. Aku ingat kau sakit."

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now