𝓑𝓪𝓫 5

10.2K 460 11
                                    

Dipeluk, dicium wajah wanita itu dengan penuh kasih sayang. Tiba-tiba rasa sayang sangat-sangat dengan Sharifah Safia walaupun baru sahaja kenal.

Layanan yang wanita itu berikan sangat lembut. Terharu jadinya. Terindu pulak dengan arwah ibu.

"Balik elok-elok tau. Terima kasih." bisik Sahrifah Safia di telinga gadis itu.

Umaira mengangguk kecil. Sebaik sahaja selesai makan wanita itu mengajaknya berbual sebentar. Lama sangat kat rumah orang tak elok jugak. So, dia nak balik even hati dia ada kat sini. Ehek.

Tangan wanita itu disalam.

"Uncle saya balik dulu ya? Jaga diri semua." sempat dia berpesan. Syed Fakhrul tersenyum seraya mengangguk.

"Angah teman Umaira sampai kereta dia." Arah Syed Fakhrul kepada Syed Faris yang hanya membisu sejak tadi.

Kan dah kata dia kedekut. Semualah nak kedekut! Suara, senyuman dan semualah. Sakit hati.

"Eh! Takpa. Duduklah mesti awak penat. Tak payah susah-susah."

Syed Faris mengabaikan Umaira, pintu rumah ditujunya. Umaira terkebil-kebil sebelum mengikut langkah lelaki itu. Mungkin cara nak halau secara halus kan?

Syed Faris bersandar di pintu rumahnya sambil menunjukkan jalan keluar kepada gadis itu.

Kurang ajar!

Umaira menjeling Syed Faris tajam. Saja nak buat aku marah. Tampar sekali berterabur gigi!! Persoalannya sanggup ke nak tampar?

Taktahu, tanya reader.

Gadis itu hanya menonong menuju ke keretanya tanpa menegur Syed Faris. Malas lah nak ringan mulut dengan orang yang berat mulut macam lelaki itu.

Syed Faris mengetap bibir bila gadis itu langsung tidak menegurnya. At least cakaplah thank you ke sebab dah hantar sampai pintu. Buang angin tayar kereta baru tahu.

Baru sahaja dia menjatuhkan handbrake, Umaira tersentak apabila tingkap kereta diketuk kuat.

Eh! Nak apa lagi?

Malas-malas dia menurunkan tingkap apabila melihat wajah ketat Syed Faris.

"Nak apa?" tanya Umaira mendatar.

"Thank you sebab dah tolong mama aku." terus lelaki itu meninggalkan Umaira yang terkebil-kebil. Dia masih loading..

Sumpahlah Syed Faris yang cakap terima kasih tadi?

Tak semena Umaira terjerit kecil. Laju dia menaikkan tigkap kereta kembali sebelum meninggalkan perkarangan rumah mewah itu.

Dia mahu menjerit.

Kereta dipandu jauh dari perkarangan rumah Syed Faris dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Sunyi semacam. Tapi ada dia kisah.

Tanpa ditahan terus dia menjerit suka. Sudah lama dia tahan rasa nak menjerit ni. Bingit bunyi dalam kereta itu. Nasib baik alone. Umaira tersengih panjang lalu menyembamkan kepalanya di stereng kereta.

Harini hari yang sangatlah beruntung. Jodoh bethul.

Umaira tersentak apabila cermin kereta diketuk. Tiba-tiba rasa takut menjengah. Sudhlah jalan area sini sunyi tak ada orang

Menyesal pulak sebab terlalu ikutkan perasaan.

"Umaira.."

Terus Umaira mengangkat kepalanya. Tercengang dia apabila melihat wajah risau Syed Faris yang menghiasi matanya.

Laju dia membuka cermin keretanya.

"Kau okay tak ni?"

"Kenapa pulak saya tak okay?"

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now