𝓑𝓪𝓫 23

10.1K 430 4
                                    

Umaira duduk di meja makan sambil memandang Sharifah Safia yang lincah memasak nak ditolong tapi ditegah sekeras-kerasnya oleh wanita itu. Jadinya, Umaira hanya duduk dan lihat.

Syed Faris pula tak tahulah apa yang dibuatnya kat depan sana. Malas nak ambil tahu.

"Bubur ayam dah siap. Maaflah aunty guna barang dapur."

Kagum dia melihat dapur Umaira. Semuanya cukup lengkap barang basah, kering. Jelas sekali, Umaira seorang yang selalu memasak.

"Thank you, aunty. Tak ada apalah. Saya yang kena minta maaf sebab dah susahkan aunty nak menjaga saya yang demam-demam ayam ni"

"Ada ja kan jawapan. Haih..makan." tersengih Umaira. Faham sangat Sharifah Safia yang Umaira mahu merendah diri.

"Syed Faris Syed Fakhrul!! Come here!" Bergegar jantung Umaira tak lupa juga Syed Faris yang tertidur apabila mendengar jeritan Sharifah Safia yang sangatlah tiber.

"Ya ma..." Sahut Syed Faris malas. Apalah sampai kena jerit-jerit.

"Makan."

Membulat mata Syed Faris. Itu ja? Jerit kuat-kuat hanya untuk bagitahu satu perkataan ja?

Haihh..

Kerusi di hadapan Umaira ditarik. Mata memandang gadis yang sibuk meniup bubur yang masih panas sebelum disuap ke dalam mulut.

Sharifah Safia memandang kedua-dua anak muda di depannya dan tersenyum sinis.

"Angah."

Syed Faris menoleh memandang mamanya pula. Kening diangkat tanda 'apa'.

"Bangun, duduk sebelah Umaira." Ujar wanita itu sebelum tersenyum penuh makna. Bergaduh ja kan. Tunggu...

"Kenapa pulak?"

Umaira dan Syed Faris memandang satu sama lain sebelum memandang Sharifah Safia.

"Duduk je lah..." Ujar wanita itu mendatar.

Dengan malasnya Syed Faris bangun. Kerusi di sebelah Umaira diduduki. Muka macam biasa ketat macam pakai botox.

"Dah?" Tanya Syed Faris sarkastik.

Sharifah Safia hanya tersenyum dan mengambil mangkuk bubur yang diberikan kepada Umaira tadi lalu diberikan pula kepada anak lelakinya. Terkebil-kebil Umaira memandang bubur yang sudah ditukar pemilik.

My bubur..dahla sedap. Rungut Umaira di dalam hati.

"Suap Umaira." Tambah Sharifah Safia sepatah.

"What? Seriously ma?"

Membuntang mata Umaira. Oh my Allah..

Aunty apa macam tu aunty..kesian jantung saya aunty walaupun saya tengah sakit hati dengan anak teruna aunty ni.

"No excuses. Ini denda sebab dah buat Umaira sakit. Denda dia kamu kena jaga Umaira hari ini." Kata wanita itu tegas.

"Mama..please." rayu lelaki itu mencuba nasib. Memang taklah dia nak suap Umaira.

Umaira dari tadi berdoa dalam hati agar dilembutkan hati bakal ibu mertuanya itu eh? Bekas bakal ibu mertua haaa..

"Er..aunty tak payah la. Tangan saya sihat lagi." Kedua-dua tangan digoyangkan di depan wanita itu tetapi tatapan tajam yang diterima. Umaira mengeluh di dalam hati. Susah betul nak makan pujuk.

"No excuses, I said. Syed Faris suap Umaira."

"Okay, okay."

Sudu dicapai. Bubur dicedok sedikit lalu dihalakan ke bibir Umaira. Automatik Umaira menjauh. Oh no! Its not true..

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now