𝓑𝓪𝓫 68

7.5K 365 30
                                    

"Sebelum saya bagitahu  hal ni, saya nak minta maaf terlebih dahulu atas kehilangan anak Tuan Syed." Kata doktor wanita itu sambil menunduk.

Syed Faris yang sedang duduk di kerusi sebelah katil Umaira hanya tersenyum pahit. Tiada apa yang perlu dimaafkan. Semuanya kehendak takdir.

"Its okay doktor. Bukan rezeki kami lagi buat masa sekarang." Tangan Umaira yang masih tidur digenggam. Lama Umaira tidur. Mungkin terlalu lelah dengan apa yang berlaku hari ini.

Doktor itu mengangguk lemah. Kasihan. Wajah Umaira yang sembap walaupun sedang tidur dipandang sayu. Berat ujian mereka. Laporan kesihatan Umaira diselak dan kembali serius dengan kerjanya.

"Hasil dari pemeriksaan kami, berlaku hentakan kuat pada bahagian rahim Puan Umaira dan itu adalah punca utama keguguran.."

Berkerut kening Syed Faris. Berdebar-debar menunggu kata-kata doktor yang seterusnya. 

"Kesan daripada hentakan tersebut, saya dapati mungkin Puan Umaira mengalami kesukaran untuk mengandung lagi."

Gelap. Kelam dunia Syed Faris sebaik sahaja mendengar pernyataan yang baru doktor wanita itu keluarkan. Tanpa sedar dia menggenggam tangan isterinya kuat.  Wajah Umaira yang tenang diulit lena dipandang.

Dia tak dapat membayangkan keadaan Umaira jika mendengar apa yang doktor itu nyatakan. Kalau kehilangan anak boleh membuat Umaira selemah ini, bagaimana kalau Umaira tahu bahawa dia sukar untuk hamil lagi?

Allah...

"Tapi peratusan untuk hamil lagi tu ada..dengan kuasa Allah kita tak tahu. Saya hanya menyatakan dari hasil pengetahuan dan kajian saya. Hanya Allah yang menentukan. Saya harap Tuan Syed dan isteri tak putus harapan dan tak putus doa. Mintaklah supaya Dia permudahkan urusan Tuan Syed dan isteri. Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu." Doktor wanita itu memandang sayu pasangan suami isteri di depannya sebelum keluar meninggalkan ruangan itu.

Terdiam Syed Faris. Dia menghela nafas berat. Kekura tangan Umaira dicium lama. Macam mana dia nak cakap dengan Umaira?

"Sweetheart, apa pun yang jadi, jangan tinggalkan abang. Please..Abang tak kisah kalau kita tak ada semua benda dalam dunia ni. Cukup allah dan sweetheart. Itu je. Abang harap sayang kuat. Kita hadap semua ni sama-sama." Rambut Umaira diusap lembut. Dia berdiri dan mencium dahi Umaira lama. 

Dia tak pernah sayangkan mana-mana perempuan sedalam ini selain mama, adiknya dan Umaira. Hilang Umaira, hilang dunianya.

"Sayang rehat ya? Abang keluar kejap. Nanti abang datang balik." bisik Syed Faris perlahan sebelum keluar dari ruangan Umaira dengan berat hati.

Sebaik sahaja pintu ditutup rapat, Umaira membuka mata memandang kosong siling bilik wad itu. Setitis demi setitis air mata jatuh di juring mata. Dia dengar semuanya. Dia tahu yang dia tak boleh mengandung lagi. Dia tahu...

Esakan berat mula memecah kesunyian. Perut kempisnya dipegang. Mulai saat ini, tak akan ada lagi nyawa lain yang menumpang di rahimnya. Pahit rasanya mahu menelan kenyataan yang satu itu. Lumrah seorang wanita mahukan seorang anak. Anak adalah anugerah terindah yang Allah berikan.

Tapi bukan dia..

bukan dia..

Tangan naik menekup mulut menghalang esakan berat didengari orang di luar. Sakit. Sakit hilang anak masih belum sembuh ditambah dengan satu kenyataan pahit yang langsung tak boleh diterima akal.

Umaira memejam mata lagi dengan wajah berkerut. Dia mahu tidur. Dia tahu ini hanyalah mimpi. Tak mungkin dia tak boleh mengandung lagi. Tak mungkin..

Sesiapa tolong kejutkan dia dari mimpi buruk ini. Dia tak sanggup. Tolonglah..




Unrequited Love✓Where stories live. Discover now