𝓑𝓪𝓫 12

8.6K 413 3
                                    

Syed Faris menggenggam stereng kereta dengan kuat. Geram!

"Hello, Luq kau dah sampai ke?"tanya Syed Faris.

"Dah, kau mana? Asal lambat sangat kau ni. Kau apa-apakan dia ke?"bisik Luqman keras risau didengari Mira.

"Heh! Nak buat apanya..batang hidung dia pun tak ada." Kata Syed Faris sebal.

"What? Maksud kau? Dia tak ikut kau?"

"Ya...dia lari." Ujar Syed Faris bosan.

Dari jauh dia nampak kereta Audi milik Luqman tersadai di hadapan rumah Umaira.

"Haih..entahlah aku nak cakap pun. Turun. Sembang kat luar."

Panggilan telefon dimatikan. Kereta diparking di belakang bontot kereta milik Luqman. Pintu kereta dibuka dan tubuh kekar itu melangkah keluar bersama cermin mata hitam yang tersangkut di hidung.

"Mira?" Soal Syed Faris bila ternampak kelibat Luqman sahaja.

Luqman menjuih bibir ke dalam kereta. Mira sedang tidur sambil berpeluk tubuh.

"Macam mana dia boleh tak ada? Kau marah dia ke?"

Syed Faris menjeling Luqman. Suka hati tuduh-tuduh.

"Mana ada. Aku tak cakap apa pun. Aku tunggu dalam kereta lama tapi tak muncul-muncul. Masuk dalam aku tanya nurse kat situ dia cakap dia nampak Umaira naik teksi. Haih."

Luqman tersengih. Gelagat Umaira memang susah dijangka. Unpredictable.

"Kau sengih pahal? Sengih-sengih.." herdik Syed Faris. Tetiba senyum sorang-sorang.

"Biarlah. Jap aku try tanya Mira."

Pintu kereta di sebelah penumpang dibuka oleh Luqman. Syed Faris memeluk tubuh sambil memerhati kawasan rumah yang diduduki Umaira. Kemas tapi perangai tuan rumah tak sekemas rumah. Tch!

Mira keluar dari kereta sambil menggosok matanya. Best pulak tidur dalam kereta Audi milik bos dia. Sejuk nyah. Macam taknak bangun.

"Eh! Umaira dah masuk ke?" Tanya Mira bila tidak melihat kelibat Umaira.

Luqman menggeleng. Mira membuat muka tak faham. Maksud?

"Kawan kau tak ada. Dia lari masa aku ajak dia balik." Kata Syed Faris dingin.

Mira menepuk dahinya. Ya Allah! Apa benda lah yang ada dalam kepala hotak kau ni sohabat. Aduhai...

"Haish. Buat hal betul lah Umaira ni. Ni mesti sebab ton suara awak tadi. Apa pun sorry sebab dia buat awak tertunggu."

Luqman dan Syed Faris mengerutkan dahi. Ton suara?

"Tak payah minta maaf, dia yang kena minta maaf dengan aku bukan kau dan kenapa dengan ton suara aku?" Tanya Syed Faris polos. Mira hanya mengangguk. Ngek betul Umaira.

"Yelah...cara awak cakap tu macam memaksa. Umaira pulak dia tak suka orang paksa-paksa sebab tu dia lari entah kemana. Mana dia pergi ni. Haish." Telefon pintar di tangan dibelek.

Susah ada kawan troublemaker ni. Ingat Mira je pandai buat hal? Umaira pon bolehla..

Syed Faris hanya mampu menghela nafas kasar. Niat nak membantu gone wrong. Membantu lah sangat. Tadi niat asal nak sakitkan hati Umaira lagi tapi tak sempat.

Kring! Kring!

Telefon di dalam poket seluarnya di capai. Dia memandang pelik telefon itu. Siapa punya ni? Kenapa ada dalam poket?

"Haih! Yang awak rampas phone dia kenapa?!" Tanya Mira berang.

Nak menjerit rasa apabila melihat telfon Umaira berada dalam genggaman Syed Faris.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now