𝓑𝒶𝒷 57

10.1K 509 104
                                    

Kaki yang tadinya laju melangkah sebaik sahaja keluar dari lif berubah perlahan. Suara Syed Faris menjerkah kuat kedengaran dari luar.

Kyle, pembantu peribadi Syed Faris yang sedang resah berdiri di hadapan pintu bilik majikannya melangkah mendekati Umaira.

"Puan Umaira." Kyle menunduk hormat. Nafas lega dihela sebaik sahaja melihat kehadiran Umaira.

Dari pagi lagi majikannya naik darah. Dia yang selalu tenang menghadap majikannya jadi serba tak kena. Hampir 10 orang pekerja yang hampir dibuang tapi nasiblah Syed Faris masih  berfikir secara baik.

"Kyle, kenapa tu?" Soal Umaira risau. Sepanjang perkenalan dengan Syed Faris memang lah lelaki itu agak kasar tapi dia tak pernah dengar suara setinggi ini. Ini kalau masuk all together now pun boleh ni. Eh?

"Sorry Puan, Puan tak boleh masuk lagi sekarang. Tuan Syed tengah jumpa dengan salah satu pekerja bahagian pemasaran."

Umaira mengangguk. Dia tak sepatutnya mengganggu suaminya sekarang tapi dia risau.

"Tapi Kyle, memang selalu macam ni ke?"

Laju Kyle menggeleng.

"Tak Puan. Ini kes diorang buat hal ni."

"Ouh.."

Bunyi pintu dibuka mematikan perbualan mereka. Seorang lelaki senyum pahit ke arah Umaira. Umaira senyum serba salah.

"Sorry." Ucap Umaira. Kesian pulak tengok muka lelaki itu. Nampak penat sangat.

"Tak apa puan. Saya yang salah. Saya pergi dulu." Umaira mengangguk kecil. Matanya memerhati setiap langkah lelaki itu sehinggalah lelaki itu hilang dari pandangannya.

"Saya rasa Tuan Syed perlukan puan sekarang." Ujar Kyle tenang.

Lantas Umaira menoleh memandang pintu bilik kerja Syed Faris. Satu keluhan lemah dilepaskan. Abang..

Umaira mengangguk kecil dan meminta diri kepada Kyle. Dia kena sejukkan harimau dalam kandang sana. Ghisau..

Pintu diketuk terlebih dahulu. Umaira versi biadap tak boleh buat perangai sekarang. Mahu kena ngap. Laungan suara menyuruhnya masuk buat hati Umaira berdebar resah.

Tolonglah, dia jarang nak sejukkan orang yang tengah marah ni. Takut. Pintu bilik pejabat Syed Faris ditolak perlahan.

Masuk sahaja dia nampak Syed Faris sedang duduk di kerusi kerja sambil menghadap pemandangan di sebalik tingkap lut sinar di belakang. Mata lelaki itu terpejam.

"Kan aku cakap jangan kacau aku Kyle." Syed Faris bersuara. Dia mahukan Umaira sekarang. 

Umaira tersengih. Mahu sahaja dia ketawa tapi disebabkan mood Syed Faris tak berapa baik tak naklah buat hal.

Dia berjalan perlahan-lahan ke belakang kerusi Syed Faris tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Bunga dan makanan yang di bawa diletakkan di atas meja perlahan-lahan.

Sebaik sahaja sampai di belakang kerusi lelaki itu, tanpa amaran dia memeluk leher Syed Faris dari belakang. Bahu Syed Faris nampak tersentak.

"Abang.." bisik Umaira ditelinga Syed Faris. Dada yang turun naik kasar Umaira usap.

"Oh no..please..pergilah. I really need the real you sayang. Not my imagination. Please go away.." Syed Faris mengeluh lemah.

Hampir terburai ketawa Umaira. Suami dia ingat dia just imaginasi. Terharu pulak. Nampak sangat suami kita rindu...

"Abang ni Umaira la..your sayang, sweetheart, babygirl and your lady."

Syed Faris menggeleng tak percaya dengan mata yang terpejam. Tangan 'Umaira Imaginasi' ditarik ke hadapannya.

Unrequited Love✓Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon