Bab 49

11K 475 17
                                    

Sebaik saja doa diaminkan, Umaira teragak-agak sama ada mahu berdiri dan pergi begitu sahaja atau bersalam dengan Syed Faris. Kekok, itu yang dia rasakan sekarang. Sejak semalam sebaik sahaja dia tidur dia tak pasti sama ada Syed Faris tidur di sebelahnya atau tidak. 

Celik-celik mata sahaja dia dengar  bunyi air di dalam bilik air. Selimut dan bantal di sebelah seperti tak bersentuh. Dia tak suka keadaan ini. Lama Umaira termenung di atas sejadah sedangkan Syed Faris sejak dia berpusing ke belakang mengambil kesempatan untuk meneliti wajah isteri yang banyak dia sakiti sejak awal. 

"Sweetheart.." Tangan Umaira dia genggam dan diramas perlahan.

Tersentak Umaira dengan sentuhan dan suara yang menyapa telinganya. Hampir sahaja dia mahu terlentang kebelakang akibat terkejut. Mana tak terkejutnya lututnya dan lutut Syed Faris sudah bertemu satu sama lain. Rapat.

"Fikir apa hmm?" soal Syed Faris lembut. Suara serak basah lelaki itu di pagi hari membuatkan Umaira sukar untuk bernafas. Seksi. Eh?

"Kita." Jawab Umaira pendek. Tangannya juga membalas genggaman Syed Faris.

Syed Faris tersenyum kecil. 

"Baring sini." Arah Syed Faris.  Pehanya ditepuk-tepuk. Dia mahu isterinya berbaring berlapikkan ribanya. Terkebil-kebil Umaira. Biar betul?

"Hah? Apa?" 

"Sini.." kata Syed Faris meleret-leret. Apa yang slow sangat ni?

Kepala Umaira ditarik ke pehanya tak lembut tak kasar tapi cukup untuk buat Umaira terbaring menghadap perutnya. Keras Umaira disitu. Kekok. Semalam gaduh kan? Ke mimpi je?

"Kenapa dengan kita?" Soal Syed Faris. Kepala Umaira yang berlapikkan telekung yang berwarna putih diusap. 

Umaira memberanikan diri menyelesakan kepalanya disitu. Muka yang tadinya menghadap perut berotot Syed Faris kini menghadap ke atas bersamaan dengan wajah kacak, tampan si suami.  

"Are we good?" soal Umaira.

Syed Faris memandang wajah Umaira lama sebelum tunduk mencium dahi Umaira. Lama. Terdiam gadis itu. Dia menegakkan kembali tubuhnya. Kening Umaira pula diusap-usap.

"I don't know. What do you think?" jawab Syed Faris. Dia tak henti-henti membelek wajah Umaira dengan jari. Semuanya disentuh dari dahi hinggga ke dagu.

"I think we are not good." Mata Umaira tak henti menilik wajah Syed Faris. 

"Aku tahu. Aku tak minta kau percayakan aku. Aku just nak kau nilai dengan mata dan hati kau sendiri dengan apa yang kau nampak. Apa yang aku cakap semalam betul.I'm not lying. Its hard for you to believe but its alright. Yang penting kau ada kat depan mata aku."

Syed Faris ketawa.  Hidung Umaira dicuit pulak. Mancung dan kecil. Comel.

"Macam selfish je kan tapi biarlah. Kau isteri aku. Aku suami kau. So, takpa kalau aku tamak." jawab Syed Faris selamba. Betul apa?

Umaira mencebik. Mana adil macam tu. Tangan Syed Faris digenggam dan diletakkan di dadanya.

"I'm not trusting you, but my heart does."

Terhenti tangan Syed Faris yang sibuk mencuit setiap inci wajah mulus Umaira. Mata hitamnya memandang mata hazel Umaira .

"What?" berkerut dahi lelaki itu tak faham.

"I love you..."

"but I'm not trusting you."

Lama Syed Faris memandang mata Umaira. Laju Umaira melarikan matanya. Syed Faris tersenyum kecil.

Unrequited Love✓Onde histórias criam vida. Descubra agora