𝓑𝓪𝓫 30

13.4K 510 2
                                    

Umaira memandang kawan baiknya, Mira dengan pandangan yang mencurigakan. Entah terhantuk kepala dekat mana sampai pagi ni datang Umaira's Florist sambil membawa resume dan semua kelengkapan untuk meminta kerja.

"Kau kenapa ni? Kenapa tak masuk pejabat?"

"Aku dah resign." Ujar Mira selamba sambil meniup-niup kukunya.

Umaira mengeluh.

"Kau buat apa ni Mira? Jangan cakap kau buat apa yang kau bagitahu haritu."

"Sadly, aku dah terbuat."

Umaira memicit pelipisnya. Rambut yang cantik beralun diserabutkan.

"Suka betul buat hal kau ni." Keluh Umaira.

Mira memandang Umaira jengkel. Hello! Cakap dengan cermin ke tu? Baru buat hal sikit ja tau.

"Mama kau tahu tak ni?" Soal Umaira lagi

Pening kepala Umaira. Pandai betul Mira mencari cara menserabutkan hidupnya.

"Tahu dan aku cakap kau ajak aku kerja sini." Katanya dengan senyuman tak bersalah.

"Haih..nasib aku sayang kau."

Nak marah pun tak boleh. Degil.

"Yelah..kerja lah sini tapi jangan merungut eh. Gaji kat sini tak sebesar gaji jadi personal assistant si Luqman kesayangan kau tu."

Mira tersenyum kelat mendengar nama Luqman.

"Alah aku tak kisah. Aku anak orang kaya tau!" Katanya penuh lagak.

"Kau nampak pintu kat sana. Kalau dah rasa anak orang kaya sila keluar. Aku taknak pekerja bongkak macam kau ni."

"Kau ni kan..baiklah bos. Apa yang patut saya buat harini?"

Mira berdiri dan bercakap penuh semangat. Umaira mengeluh lagi. Macam mana nak handle Mira ni. Menyesal ajar Mira jadi degil. Teruk juga degil dia.

"Harini kerja kau jadi cleaner aku. Boleh?"

Umaira menjongket keningnya sebelah mengejek kawan baiknya itu.

"Boleh."

Eleh nak kenakan kita. Aku pro lah. Monolog Mira di dalam hati.

"Fine. Pergi jumpa Liya kat depan tanya dia mana nak ambil barang-barang cleaner."

"Okay." Balasnya pendek sebelum melangkah keluar dari bilik kerja Umaira.

Umaira memandang pemergian Mira. Mira menyembunyikan sesuatu. Dia tahu. Its must be something. Dia nampak muka gadis itu seperti tiada semangat, tiada seri seperti selalu.

Umaira mengeluh lagi. Its must have something to do with Luqman.

***



Syed Faris memandang pantai yang membiru. Serabut. Kepalanya serabut. Hatinya gusar. Kata-kata Mira terngiang di kepalanya. Semalaman dia tak boleh melelapkan mata kerana terlalu banyak berfikir.

Angin pantai yang bertiup menampar lembut kulit wajahnya membuatkan jejaka itu menutup mata menghidu bau pantai dan menghirup secebis ketenangan yang diinginkan.

Getaran didalam kocek seluarnya membuatkan jejaka itu membuka mata. Keluhan lemah dilepaskan.

Telefon bimbit dikeluarkan. Sekali lagi dia mengeluh melihat nama pemanggil.

Alisa Humaira..

Setelah beberapa saat berdering, Syed Faris hanya memandang tanpa ada niat untuk mengangkat penggilan itu sehinggalah telefon iti kembali gelap dan senyap.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now