𝓑𝒶𝒷 58

10.6K 491 30
                                    

Dia sendiri pun tak tahulah. Makanan yang dia bawa ini untuk si suami atau untuk dirinya sendiri. Sejak tadi Syed Faris hanya menyuapkan nasi ke dalam mulut Umaira.

Mulut sendiri tak seberapa pun. Umaira menahan tangan Syed Faris sambil menggeleng kepala.

"Abang makan la sama. Saya bawak ni untuk abang, bukan untuk saya." Pergelangan tangan lelaki itu dipegang menghalang dari kena suap lagi.

"Makanlah lagi sweetheart. Abang nak tengok sweetheart makan." Sekali lagi Syed Faris cuba menyuap nasi ke dalam mulut isterinya namun Umaira tetap menahan Syed Faris.

"Kejap." Tanpa pamitan dia bangun dari peha Syed Faris. Lelaki itu tak membenarkan dia duduk di tempat lain. Sebagai isteri yang taat, duduk ja lah. Ehekk.

Tandas dituju. Tangan dicuci sebersih-bersihnya sebelum dia kembali duduk di peha Syed Faris. Bekas makanan ditarik ke arahnya. Bekas air mineral diambil.

"Minta tangan kanan abang.." Tangan kanan Syed Faris dicapai. Bekas lauk yang sudah kosong ditarik mendekat. Tangan Syed Faris dibasuh sehingga bersih.

Boleh saja dia minta Syed Faris pergi basuh dekat toilet tapi sajalah.

"Okay, sekarang abang tenang je okay. Biar Umaira yang suap abang. Buka mulut suami ku.."

Umaira tersenyum manis apabila Syed Faris hanya menurut. Lapar rupanya ingatkan tak. Syed Faris sengih puas hati. Sedap.

"Sweetheart nak teman abang kat office?" Tepi pinggang Umaira diusap. Dia tak rasa nak izinkan Umaira balik kedai.

Membesar mata Umaira teruja. Laju dia mengangguk. Siapa taknak, boleh tengok muka suami. Bahagia dapat. Pahala pun dapat.

"Nak! Tapi abang kena rasuah abang Amir. Dia selalu dengki kalau Maira tak masuk kedai." Nasi disuap ke dalam mulut Syed Faris sambil-sambil mulut membebel.

Syed Faris mengangguk setuju. Apalah sangat setakat nak handle abang ipar dia seorang tu. Kacang saja. Mengbangga.

***

"Kau kena tolong aku Ris. Aku tak tahu macam mana nak propose dia. Kalau dia tunjuk yang dia sukakan aku, aku tak adalah rasa takut macam ni." Kata Luqman. Sempat dia mengerling Umaira yang tidur bersandar di dada Syed Faris.

Luqman mengeluh lemah dalam diam. Sabar je lah. Belum sampai masa lagi.

Syed Faris yang perasan akan mata Luqman merengus geram. Blazer di belakang kerusi di capai sebelum menyelimut badan Umaira. Melindungi tubuh itu dari pandangan mata Luqman.

"Watch your eyes dude." Kata Syed Faris tegas. Umaira bergerak sedikit, terganggu dengan suara-suara di sekelilingnya. 5 minit saja Syed Faris biarkan Umaira buat hal sendiri dan Syed Faris menyambung kerja yang tergendala. Umaira sudah pun tertidur 5 minit selepas itu.

"Possessive huh?" Luqman tersenyum sinis. Tengok muka pun dah tahu dah. Tak payah cakap. Macamlah kita nak ambil bini dia.

"Bini aku. Ikut suka aku lah." Balas Syed Faris menyampah.

"Ikut suka kaulah tapi sekarang ni kau kena tolong aku Ris. Macam mana aku nak buat?" Luqman mencengkam rambut kuat. Serabut.

Sebelum ni dia boleh saja bertenang tapi bila berkaitan buah hatinya dia jadi susah nak bertenang.

"Bila majlis ulang tahun perkahwinan mummy dengan daddy kau?"

Luqman menggeram kasar. Orang tanya lain, dia jawab lain. Tak pandai jawab soalan ke?

Unrequited Love✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora