𝓑𝓪𝓫 65

8.6K 398 15
                                    

4 bulan kemudian...

Tangan sahabatnya digenggam erat mencuri sedikit semangat apabila hatinya berdebar bagai mahu gila. Ketika ini, dia sedang menunggu saat-saat status dirinya berubah dan sekelip mata tanggungjawabnya akan semakin bertambah. Mamanya yang setia mengusap belakang badannya dikerling sedikit.

Wajah wanita itu menahan sedih, sedih mahu melepaskan satu-satunya anak yang dia ada kepada orang lain. Mira menahan diri dari menangis. Umaira yang memahami rasa yang dialami menggenggam tangan Mira. Matanya memandang satu susuk lelaki kacak di sebelah pengantin lelaki. Lelaki itu duduk membelakanginya. 

Walaupun dari belakang wajah tampan itu masih dia ingat sebaik yang mungkin.

"Maira, aku takut." bisik Mira perlahan menarik Umaira kembali ke alam nyata. Nama Syed Faris saja sudah boleh buat dia terbang dari realiti. Belum termasuk jika lelaki itu di depan matanya.

"Tak ada apa. Istighfar banyak-banyak. Semuanya akan okay. Jangan risau." kata Umaira menghantar sedikit ketenangan di sudut hati Mira.

Rasa gentar Mira semakin bertambah apabila lafaz akad disebutkan oleh pengantin lelaki.

"Sah..." Disaat lafaz 'sah' disebutkan, berderai air mata Mira.

Bukannya tidak redha, tetapi dia terharu dengan semua apa yang Luqman lakukan sehingga lelaki itu dapat mengucapkan akad dan menakluki Mira untuk selamanya. 

Umaira memeluk kemas badan Mira. Singgah satu rasa sedih di hatinya. Rasa seperti Luqman akan mencuri Mira daripadanya. Mungkin ini yang Mira rasakan ketika Syed Faris menikahinya.

"Tahniah Mira.." Bisik Umaira sebelum melepaskan pelukan. Dia memberi peluang kepada Puan Maryam dan Datin Farhah untuk memeluk gadis itu.

Tersengih Umaira melihat gelagat Mira dan Luqman ketika pembatalan air sembahyang. Luqman yang nakal dan Mira yang malu tapi mahu. Walaupun Mira itu garang orangnya tapi bila dengan Luqman hilang, ghaib garangnya.

Terasa seperti diperhatikan, mata memandang ke bahagian lelaki. Apabila matanya bertemu dengan satu mata tajam dia tersenyum manis, suaminya. Syed Faris tersenyum melihat wajah berseri-seri isterinya.

Satu jelingan tajam Umaira hadiahkan kepada Syed Faris apabila lelaki itu mengenyitkan sebelah mata ke arahnya. Nakal.

Suami siapa tu?

***



"Sayang?" Suara garau yang memanggil membuatkan Umaira yang sedang duduk berehat di sofa di ruang tamu milik keluarga Mira menoleh. Dia tersenyum melihat Syed Faris yang melabuhkan duduk di sebelahnya.

Kepala Umaira ditarik ke arahnya sebelum dia melabuhkan ciuman di sisi kepala isterinya. Selepas itu, Syed Faris tunduk mencium perut Umaira yang membuncit membawa anak mereka. Usia kandungan sudah mencecah 3 bulan.

"Baby papa okay hari ni? Nakal tak harini?" Soal Syed Faris lembut sambil mengusap-uspa perut buncit Umaira.

"Baby baik harini papa cuma letih sikit ja." Balas Umaira bagi pihak anaknya sambil tersenyum.

Bahagia. Momen ini sangat membahagiakan mereka. Entah bagaimana rasanya bila bayi ini dilahirkan nanti. Sungguh nikmat dan rezeki yang Allah berikan pada kali ini sangatlah banyak.

"Sayang letih?" Umaira mengangguk lemah lalu menjatuhkan kepala pada bahu Syed Faris. Nasiblah tak ada orang kat dalam rumah sekarang, semua sibuk melayan tetamu kat luar. Jadi, bolehla dia nak bermanja dengan suami sekejap.

Perubahan hormon pun ya jugak. Sejak dia mengandung ni memang Syed Faris ja jadi ubat segala jenis penyakit dan alahan taknak benda lain.

Syed Faris menarik bahu Umaira merapa supaya isterinya lebih selesa untuk berehat.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now