𝓑𝓪𝓫 72

7.7K 365 45
                                    

Umaira mengeluh kasar. Bosan. Duduk di dalam bilik yang besar dan cantik tak mampu buat dia tak rasa bosan. Syed Faris cakap dia ada kerja kat bawah dengan papa jadi tinggallah Umaira bersendirian. Telefon pintar dilempar begitu sahaja di atas katil.

Semua benda membosankan termasuk telefon itu. Perlahan-lahan dia menurunkan kakinya memijak lantai sebelum menolak tubuhnya untuk berdiri. Lilitan kain batik di pingganggnya diketatkan. Mama cakap elok pakai kain batik.

Nasib baiklah Umaira ni bukan typical gadis bandar yang tak tahu kain batik tu apa. Setelah berpuas hati dengan kain batiknya dia berjalan ke arah pintu. Dia jengulkan sedikit kepala ke luar mahu memastikan tiada halangan untuk dia keluar dari bilik iaitu Syed Faris.

Bukannya dia patah kaki pun sampai tak boleh keluar bilik langsung. Sengaja ja. Umaira tersengih melihat tak ada orang di sekitarnya. Terkedek-kedek dia berjalan menuruni tangga. Pemegang dicengkam kemas. Risau jugak dengan diri sendiri walaupun degil tahap dewa.

"Alhamdulillah." Ucap Umaira sambil tersenyum sebaik sahaja selamat kakinya memijak lantai di tingkat bawah. Sekelilingnya dipandang, pun tak ada orang. Mana semua orang?

Sayup-sayup dia mendengar suara orang bersembang di dapur. Kakinya berpusing melangkah ke arah dapur. Perlahan-lahan dia berjalan memastikan tiada bunyi yang kedengaran.

Kak Mah dan Sharifah Safia ralit bersembang sambil tangan sibuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak langsung tak perasankan Umaira yang senang hati melabuhkan duduk diatas kerusi di belakang mereka.

"Itulah, boleh hero dia mati. Frust saya. Sakit hati betul dengan director tu. Sudahlah hero tu handsome." Umaira menekup mulut. Dia hampir tergelak.

Ingatkan bercakap soal orang-orang berumur, tapi cakap soal drama. Amboi bukan main mak mertua dia dengan Kak Mah. Sama naik.

"Betul Kak Mah. Menangis-menangis saya nasib baiklah ada laling saya boleh pujukkan."kata Sharifah Safia sambil tersengih. Umaira nampak Kak Mah mencebik meluat. Tersenyum dia.

Wah! Wah! Ini seorang lagi.

"Uhuk, uhuk!" Umaira pura-pura batuk sambil menepuk dadanya mahu meraih perhatian dua wanita itu. Sekaligus, mematikan perbualan mereka.

Kedua-duanya menoleh sebelum mata membuntang.

"Umaira! Ya Allah budak bertuah ni. Kenapa turun ni? Berjalan ke turun bawah?" Jerit Sharifah Safia yang berjalan ke arah Umaira diikuti oleh Kak Mah dibelakang.

Habis ditinggalnya bahan yang nak dimasak. Nasiblah baru sesi potong memotong bukan sesi menggoreng kalau tak hangit plus hangus lauk tengah hari ni.

Tergamam sekejap Umaira dibuatnya. Berjalan ke turun bawah? Eh? Takkanlah boleh terbang bila dalam pantang? Kalau boleh nanti dia cuba. Dia menggaru kepala yang tak gatal.

"Haah, berjalan lah mama." Jawab Umaira tanpa serba salah tanpa sedar membuatkan Sharifah Safia menggeleng kepala. Tak lupa, Kak Mah sekali.

"Patutlah angah pernah cakap Umaira ni degil. Eii nak ja mama piat-piat telinga tu." Telinga Umaira ditarik. Tak kuat pun biasa ja tapi merah jugaklah telinga budak tu.

"Mama...sampai hati mama." Bibir Umaira memuncung sambil tangan menekup telinga. Sakit tau!

"Ah! tak kisah. Kalau jadi apa-apa masa turun tadi macam mana sayang.." kali ini suara Sharifah Safia lembut bertutur. Kak Mah mengangguk setuju. Backup member.

"Awak tu belum habis berpantang lagi. Sabar kejap Maira sayang oi. Ish awak ni kan, kalau angah tahu ni haish.." tergeleng kepala. Kalau anak dia yang sorang tu tahu entah apa yang dibuatnya. Dikurung agaknya Umaira yang degil ni.

Unrequited Love✓Où les histoires vivent. Découvrez maintenant