Bab 53

11.7K 532 32
                                    

Ok yang ni bukan scam ya sayang sayang..teruskan baca. Teruskannn..... SORRY YA SEMUAAAA!!

.

.

.

.

.

Setiap pelusuk rumah Umaira jelajahi. Syed Faris entah menghilangkan diri ke mana sebaik sahaja sampai tadi. Jadi, beginilah seorang Umaira. Terkial-kial di rumah sendiri.

Rumah baru mereka bertemakan black and white. Maskulin sangat tapi cantikla pada pandangan mata seorang Umaira.

"Umaira."

Laju Umaira menoleh bila namanya diseru dari belakang.

"Ya?" Sebenarnya dia terasa entah untuk kali keberapa bila lelaki itu memanggil namanya.

Mana sweetheart?! Mana?!

"Jom aku tunjuk bilik kau." Kata Syed Faris tanpa memandang Umaira. Matanya dibuat sibuk memandang telefon di tangan.

Umaira mengemam bibir. Kalau aku hempuk telefon tu jangan tanya kenapa!

Berkerut dahinya tiba-tiba bila terfikirkan satu ayat pelik yang suaminya lontarkan.

"Eh jap." Terhenti langkah Syed Faris yang baru membuka langkah.

Kening diangkat tanda 'apa' kepada Umaira. Kaki Umaira mendekati Syed Faris. Rapat dan dia sengaja. Sengaja nak menguji lelaki sombong di depannya ini.

Diam-diam Syed Faris menelan liur. Dah kenapa?

"Awak cakap apa tadi?" Soal Umaira semula.

"Mana? Bila? Yang mana?" Kalut Syed Faris bertanya. Panas pulak rumah ni. Rasanya aircond dah pasang dah.

"Awak cakap nak tunjuk bilik siapa tadi?"

Muka Syed Faris seperti sedang berfikir untuk seketika dan barulah dia tersedar sesuatu.

"Bilik kau." Jawab Syed Faris bersahaja.

Semakin berkerut dahi Umaira. Takkanlah pisah tempat tidur?

"Awak biar betul? Habis bilik awak?"

Suami dia dah taknak kat dia ke sampai nak pisah tempat tidur. Aaaa mula lah mata dia nak buat kerja.

"Bilik aku, bilik akulah." Balas Syed Faris senada.

"Awak...." Tak terkata Umaira dibuatnya. Mana boleh macam ni. Macam mana nak berbaik kalau jauh macam ni.

Siapa nak teman dia tidur. Mana boleh macam ni?!

"Awak, mana boleh laaaaa." Kata Umaira merengek tanpa sedar.

Syed Faris tahan senyum supaya tak terserlah. Bini siapa comel sangat ni.

Kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Mata menikam mata Umaira yang dah macam mata kucing dah meminta simpati.

"Kenapa tak boleh. Nanti kau sakit hati pulak asyik tengok muka aku je."

Terus menunduk Umaira.

"Mana ada.." kata Umaira perlahan. Dengar tak dengar je bila berlanggar dengar sistem pendengaran Syed Faris.

"Apa? Cakap apa? Kau lagi suka kita tak tidur sekali?" Kata Syed Faris mengusik.

"Taklah! Mana ada! Saya cakap tak! Saya taknak! Saya nak tidur dengan awak! Siapa nak peluk saya kalau saya tidur sorang-sorang. Awak dah taknak saya ke." Hampir menangis Umaira berkata.

Mana boleh! Nak ke tak nak ke, Syed Faris kena nak dia jugak. Dahla palau orang. Jahat!

Pak!

"Auch! Sakitlah!" Dahi yang dijentik Syed Faris dipegang. Jari ke kayu tu?!

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now