𝓑𝓪𝓫 79

9K 388 23
                                    

Umaira memandang ke luar tingkap kereta sambil tersenyum. Malam ini rasa seronok sangat. Boleh luangkan masa dengan keluarga dan kawan rapat. Banyak cerita yang dikongsikan dan yang paling tak percaya rupa-rupanya Laila lah gadis yang layan Tengku Danial endah tak endah sampaikan Tengku Danial gila bayang.

Sampaikan Umaira pula yang kena pergi hantar bunga malam-malam. Patutlah malam tu Syed Faris boleh tiba-tiba muncul. Cemburukan sepupu sendiri. Tengku Danial yang pecahkan rahsia ini tanpa pengetahuan Syed Faris. Macam-macam, tergeleng kepala Umaira.

 Umaira tersengih sendiri. Dia mengerling Syed Faris yang nampak kacak ketika memandu sekilas. Kalau pandang lama-lama nanti susah pulak. 

"Kenapa senyum?" soal Syed Faris bersama senyuman kecil. Sejak awal lagi dia nampak Umaira asyik tersenyum dan tersengih sendiri. Apa yang seronok sangat tu?

Semakin melebar senyuman Umaira. Dia berpusing duduk menghadap Syed Faris yang memandu. Drive pun kacak. Haih.

"Eh nak senyum pun tak boleh dah sekarang?" kata Umaira acah merajuk. Gedik.

Syed Faris tersengih. Jari besarnya dia sulamkan ke dalam jari kecil Umaira dan di bawa ke bibir. Tangan cantik Umaira dia cium kudus.

"Bukan tak boleh sweetheart..share lah dengan abang. Fikir apa sampai senyum sorang-sorang?" Umaira tersengih. Melebur hati, jantung, jiwa dan raga mendengar suara lembut Syed Faris.

"Sayang tengah fikirkan abang. Boleh macam tu?" Tangan Syed Faris di dalam genggamannya dia cium pula. Matanya sengaja dia kenyitkan kepada Syed Faris mengusik.

Memincing mata Syed Faris memandang Umaira di sebelah yang tersenyum manja. Lain macam ja Umaira malam ni? Tak lama kemudian dia tersenyum sinis sambil menggeleng kepala. 

"Fikir apa tu? Benda baik ke buruk?"

"Mestilah benda baik. Tak, sayang just happy sangat-sangat. Thank you abang sebab dah buat semua ni. Walaupun banyak drama tapi sayang suka." Sepantas kilat Umaira bergerak mencium pipi Syed Faris sebelum duduk seperti biasa macam tak ada apa-apa yang berlaku. Mengmalu.

"Itu je? Yang lain tak ada ke?" Soal Syed Faris nakal. Umaira memutarkan bebola matanya ke atas. Amboi, orang bagi betis nak peha.

"Nak apa lagi? Disebabkan malam ni abang dah buat macam-macam untuk sayang, so sayang cuba tunaikan. Nak apa?" ujar Umaira cuba bertoleransi. Orang cakap dalam any relationship, jangan biarkan hanya sebelah pihak sahaja yang memberi dan satu pihak lagi hanya menerima. Tak adil.

Kedua-duanya perlu sama-sama memberi dan menerima, barulah sesebuah hubungan itu boleh berjalan dengan lancar.

"How about love?" berkerut dahi Umaira. Love? Tak cukup ke kasih sayang yang dia bagi?

"Abang rasa abang kurang dapat kasih sayang dari sayang ke sebelum ni? dan apa maksud abang dengan 'love' tu?" tanya Umaira serba salah.

Genggaman mereka, Syed Faris lepaskan. Tak sempat Umaira nak buat apa-apa lehernya ditarik mengejut oleh tangan kiri Syed Faris. Tangan kanan lelaki itu pula kemas mengawal stereng kereta. Kereta automatik jadi tak perlu risau.

Umaira menahan nafas dengan mata terkelip-kelip apabila wajahnya hanya terpisah seinci sahaja dari pipi Syed Faris. Kalau bergerak sedikit saja lagi memang Syed Faris dapat ciuman percuma lagi halalan toyyiban.

Jantung rasa seperti nak terlompat keluar dengan tindakan yang tersangatlah tiba-tiba lelaki itu.

"Buat apa ni?" Bisik Umaira perlahan.

"Abang dapat banyak kasih sayang tapi abang nak banyak lagi dari sayang..."

Syed Faris diam seketika. Terukir senyuman sinis di hujung bibir. Umaira tak rasa itu adalah petanda yang baik, dia cuba mejauhkan wajah mereka tapi lain jadinya apabila lelaki itu selamba menarik leher Umaira mendekat sehingga bibir lelaki itu tercium telinga Umaira.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now