𝓑𝓪𝓫 22

10.1K 443 13
                                    

Badan yang terasa berat cuba dibangunkan bersandar di kepala katil. Demam. Hasil dari jatuhnya seorang Umaira ke dalam kolam.

Namun dia puas hati. Sebaik sahaja Mira dan Sharifah Alia serta yang lain datang ke kolam renang sebaik sahaja terdengar percikan air habis lelaki itu dimarahi.

Berkali-kali Sharifah Safia memujuk Safia supaya dia menginap disana sebaik sahaja dia naik kerana jelas ketika itu wajahnynya pucat tak bermaya namun ditolak mentah-mentah olehnya.

Entah apa lagi yang akan dibuat oleh lelaki itu kalau dia menetap di sana. Akhirnya, Sharifah Safia membiarkan sahaja apabila Umaira berkeras tak mahu.

Dengan basah lencun dia memandu. Tak putus nafas Mira membebel dari rumah Sharifah Safia hingga ke rumahnya. Marah betul gadis itu.

Syed Faris langsung tak dia pandang. Memang taklah. Dengan segala hinaan yang dilemparkan, tawar hatinya. Selepas dia sihat ini, dia bertekad akan berdepan dengan Syed Faris.

Bukan nak balas dendam, nak ambil phone.

Telefon dicapai. Sebaris mesej dihantar kepada Amir memaklumkan ketidakhadirannya hari ini. Kalau tak mesej lebih panjang tazkirah yang bakal didengari. Tidak paling tidak, demamnya berkemungkinan semakin memburuk.

Terus dia berbaring semula apabila tiba-tiba kepalanya terasa berpusing. Pening. Akhirnya, dia tertidur.



***


"No! Mama tak kira. Angah kena ikut mama jumpa Umaira. Minta maaf." Ucap Sharifah Safia tegas.

Panas hatinya memikirkan kejadian semalam. Boleh anak lelakinya itu beriak selamba. Malah, hari ini dibantah pula apabila diajak ke rumah gadis itu.

"Alah..jatuh kolam renang je pun mama. Sikit ja." Ucap Syed Faris bosan. Apa entah nak dirisaukan sangat tentang gadis itu. Pandailah dia jaga diri.

"Lagipun kita bukan tahu pun kat mana rumah dia.." bohongnya.

"Mama tahu kat mana. Takde takde. Pergi naik atas. Bersiap! Ikut mama!" Arah wanita itu. Langsung tak memberi ruang anak lelakinya membantah.

Syed Faris mendengus. Namun, jauh disudut hatinya dia risau. Semalam wajah gadis itu tersangat pucat.

Sharifah Safia mengurut pelipis sebaik sahaja anaknya itu bergerak ke bilik. Haih. Anak oh anak! Suka buat mama sakit kepala.

Syed Fakhrul yang dari tadi memandang dua beranak itu bertekak hanya tersenyum tanpa ada niat mahu mencelah. Dia tak boleh masuk campur kalau his lady dah bersuara. Meminta namanya...



***


Syed Faris diam melihat mamanya yang gigih menekan loceng rumah Umaira. Dia beriak bosan. Nak buka pintu pun lambat ke?

Dua minit kemudian, pintu terbuka terjengul wajah Umaira bersama cool fever di dahi. Demam?

Terkejut Umaira melihat Sharifah Safia dan anak paling bertuahnya berada di muka pintu.

"Aunty...."

"Ya Allah! Demam ke? Ni semua salah awak tau." Dipukul tubuh Syed Faris. Geram betul dengan anaknya yang tidak berperikemanusiaan ini.

Unrequited Love✓Where stories live. Discover now